Part 39✔

686 29 2
                                    

Bella menghenyak punggungnya di sofa. Kepala dipicit berulang kali. Sakit di kepalanya sejak 2 hari lalu kian berlarutan. Sudah ditelan ubat, masih tidak menjadi.
Bella baring di sofa. 

Tangan masih lagi memicit kepala. Kerja rumah dah lah tak siap lagi. Baju di tempat pengering belum lagi disidai. Syafiq pula keluar sebelum Zuhur sampai sekarang pun tidak pulang lagi. Katanya ada hal. Bella memandang jam di dinding.

Jarum sudah berganjak pukul 4 petang.
Bella membetulkan posisinya. Mata dipejam rapat dengan tangan masih memicit kepala.

*****

"Assalamualaikum." Syafiq memberi salam dari luar rumah.
"Asal dia tak tutup pintu ni?" Soal Syafiq sendiri bila dia tiba di hadapan pintu.

"Sayang?" Syafiq mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Serta merta kepala menggeleng dengan senyuman dibibir.

"Allah. Sampai atas kepala bantal kecil tu." Syafiq berjalan mendekati sofa yang Bella baring. Dia melutut di sisi sofa itu dan dia mengangkat perlahan bantal kecil dari menutup muka isterinya.

Syafiq merenung wajah Bella. Tangan naik mengusap lembut ubun-ubun Bella. 

"Sayang. Bangun." Syafiq mengejutkan Bella dari lenanya. Macam pelik pula tiba tiba saja Bella tidur petang.

"Sayang." Panggil Syafiq lagi.
Syafiq berhenti memanggil bila Bella sudah terjaga dari lenanya. Syafiq menghalang Bella bangun dari pembaringannya.

"Sayang demam ke?" Syafiq memekuk muka Bella dengan perlahan. Haba yang keluar dari badan Bella cukup panas. 

"Sikit je ni," Bella cuba memujuk Syafiq dari terus risau akan dirinya.

"Dah makan ubat?" Syafiq berterusan menyoal. Kalau tak makan lagi, nak bawa pergi hospital terus.

"Dah. Pagi tadi 2 biji, tengah hari sebiji baru." Jawab Bella dengan yakin. Muka dimaniskan.

"Sayang ni sukalah buat orang risau. Dahlah minggu depan nak pergi Lumut, Sayang pula sakit macam ni." Syafiq duduk di lantai. Dagunya dilabuhkan di tepi muka Bella. Bella mengiring menghadap muka Syafiq. Jarak antara muka mereka terlalu dekat.

"Sayang okay. Don't worry okay. In Syaa Allah, esok lusa sembuhlah ni." Pujuk Bella. Syafiq menggesel hidungnya dengan hidung Bella. Bella hanya melayan.

*****

Syafiq memandu kereta Audi miliknya menyusuri jalan raya. Di kerusi sebelah, dia ditemani Bella yang telah sembuh dari demamnya tiga hari lalu. Risau juga Syafiq mahu tinggal isteri kesayangannya itu dalam keadaan yang tidak sihat.
Syafiq membelok ke kanan, memasuki kawasan pejabat. Syafiq memberhentikan keretanya di bawah garaj. Enjin kereta dimatikan.

"Sayang. Jom pergi jalan-jalan." Ajak Syafiq setelah dia menanggalkan tali pinggang keledar. Bella mengangguk dengan ajakan Syafiq. Maka, mereka berdua mula melangkah menuju ke pesisiran pantai.

Bella mula berjalan menghampiri air pantai ditemani oleh Syafiq disisinya.
Syafiq membiarkan air pantai membasahi kakinya. Syafiq mula memeluk pinggang Bella.

"Sayang...."

Bella kalih pandang. Melihat syurganya yang bakal merantau jauh ke tengah laut yang sedang dihadapnya.

"Sayang take care tau. Biy tak ada nak jaga sayang ni. Jangan workaholic. Jangan skip makan. Kesihatan tu penting. Even sayang working as a doctor pun, bukan sihat selalu." Bebel Syafiq panjang.
Bella memberhentikan langkahnya. Syafiq turut berhenti. Masing-masing berpaling memandang antara satu sama lain.

"Biy bebel apa ni? Orang okay je la. Biy tu. Jaga makan. Jaga anak kapal Biy tu. Fokus kerja. And yang penting..."
Bella mendekatkan jarak antara mereka.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now