A dark love story between
Arash Mikael Al-Qawiysh
X
Delyn FawaraCaptain Arash's only love
- Mr. Captain Gorgeous Wife -✈️✈️✈️
Kapal terbang PRIVATE KING mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Kapal terbang King 1 343 yang membawa penumpang dari Itali itu selamat sampai di Malaysia pada pukul 7.00 pagi.
"Good morning ladies and gentlemen.. this is Captain Arash Mikael Al-Qawiysh speaking.. we have just landed at Kuala Lumpur International Airport... please make sure don't leave your stuff in the aircraft. We hope you guys enjoy the flight with PRIVATE KING Airlines, And thank you for choosing PRIVATE KING Airlines. We hope you guys enjoy stay in Kuala Lumpur. "Semua para penumpang turun dari kapal terbang besar itu. Setelah itu, diikuti dengan para peramugari dan peramugara yang bersama ada di dalam penerbangan tadi.
✈️✈️✈️
Dengan penuh gayanya Arash berjalan menuju ke Gate A1. Uniform pilot tersarung kemas di badan tegapnya. Luggage hitam yang ditarik menggunakan tangan kanan. Topi pilot yang diselitkan di lengannya berserta cermin mata hitam yang melindungi iris mata biru itu.
Gaya itu cukup membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta pada jejaka ini. Tambahan lagi dengan statusnya sebagai seorang captain pilot yang juga merupakan CEO company PRIVATE KING Airlines. Mungkin dulu hanya segelintir sahaja yang mengenali siapa CEO PRIVATE KING Airlines ini tetapi kini hampir semua orang mengetahui tentang Arash.
Kaki panjangnya terhenti apabila melihat kelibat abang sulungnya, Arfif. Arfif juga merupakan seorang pilot. Tetapi hanya seorang Pilot yang telah bersara. Selepas perkahwinan nya dengan Hanna dia lebih suka untuk mengurus kan syarikat dari menerbangkan pesawat. Dia seolah tidak boleh berjauhan dengan isterinya.
Kini Arfif membantunya dan bekerja sepenuh masa dalam Company PRIVATE KING Airlines. Arfif sangat suka menjadi seorang juruterbang tetapi cinta yang dalam terhadap isterinya lebih kuat sehingga dia tidak mahu menerbangkan pesawat atas alasan tidak mahu berjauhan dengan isterinya.
Kaki panjang nya menghampiri abangnya yang berada di ruang menunggu itu. Dia juga memerhatikan cukup ramai wanita yang duduk di ruang menunggu itu memandang wajah kacak abangnya. Walaupun begitu Arfif hanya mengabaikan mereka semua.
Arfif juga seperti Arash tidak mudah untuk tertarik dengan wanita. Tambahan lagi sejak dia berkahwin dengan Hanna. Memang Hanna sahaja lah yang akan dipandang nya. Juga apabila mereka dikurniakan cahaya mata, Aeyan. Bertambah tambah sayangnya pada isterinya itu.
Dia duduk di sebelah Arfif yang sedang bermain telefon. Kini semakin ramai wanita memerhati Arash dan Arfif. Siapa je tak perhatikan? Dua dua handsome macam putera kayangan.
"Penat wey..." Suara maskulin Arash mula kedengaran di telinga Arfif.
"Biasalah.. flight jauh memang penat." Jawab abangnya sebaris ayat.
Cermin mata hitamnya dibuka. Kelihatan semua wanita yang menunggu di ruang menunggu Gate A1 itu kini hanya menumpukan perhatian pada mata biru laut nya. Tapi dia hanya mengabaikan mereka.
Dia tidak tertarik dengan mana mana perempuan kecuali tunangnya, Sara Syurina.
"Asal kau kat sini Fif?" Soalan dikemukakan pada abangnya yang masih sibuk bermain telefon itu.
"Bonda suruh aku ambik kau.. dia kata takut kau penat. Maklumlah malam ni nak nikah pun sempat bawa flight dari Itali."
"Alah.. flight Itali ke Malaysia je pun. Easy je.. best apa bawak kapal terbang malam." Arash menjawab sambil rambutnya yang berwarna coklat diraupkan ke belakang.
Hal itu menyebabkan semakin ramai wanita di sekelilingnya itu menatap. Aura yang terlampau kuat dari dalam dirinya itu sangat mempersonakan bagi setiap wanita.
"Dah ah jom cepat.. bini dengan anak aku dah tunggu kat umah. If it's not because of bonda I'm not gonna be here."
Kedua jejaka kacak itu berlalu pergi dari ruangan menunggu Gate A1. Sepanjang perjalanan menuju keluar dari KLIA itu semua mata wanita hanya tertumpu pada mereka berdua. Tambahan lagi dengan mata Arash yang sangat menyerlah terang biru lautnya.
Berbeza dengan Arfif. Mata Arfif hanyalah bewarna coklat biasa. Mata mereka berbeza kerana seorang mengikut bonda mereka manakala seorang lagi mengikuti ayah mereka.
Walaupun begitu kekacakan kedua beradik ini sentiasa menyerlah di pandangan wanita.
✈️✈️✈️
"Thank you datin.. come again.." suara lembut digunakan Delyn bagi mengucapkan terima kasih pada datin yang baru sahaja keluar dari butik itu.
Butik bonda Arash. Hanya disitulah dia boleh bekerja. Maklumlah Delyn ni tidak berpelajaran tinggi. Jadi susah untuk dia dapat kerja. Akhirnya dia memutuskan untuk bekerja sahaja di Aminah's Butik milik maksu nya itu.
"Delyn" panggilan itu membuatkan Del mengalihkan pandangannya ke arah puan Aminah yang sedang berjalan menuju ke arahnya.
Kelihatan juga Sara mengikuti puan Aminah dari belakang. Jujur Del akui dia kadang kala cemburukan Sara. Yelah. Semuanya dia ada. Walaupun dia kalah dari bab kecantikan tetapi dia selalu menang kerana dia mempunyai keluarga yang menyayanginya serta tunang yang kacak dan sayangkan dirinya.
"Del, nanti tolong bagi kan Sara baju dia dengan Arash untuk malam ni.."
Del hanya mengangguk. Malam ni.. ughh... Malam ni, sepupu angkatnya yang dicintainya lama itu kini bakal bergelar suami pada Sara.
Lama dia memendam rasa kerana kebencian Arash pada dirinya akibat kisah silam keluarga mereka. Tapi akhirnya takdir telah menentukan yang Arash adalah milik Sara.
Ini sahaja untuk bahagian prolog. Captain Arash's only love merupakan karya kedua I. Semoga cerita ini memberi manfaat kepada semua readers. Harap maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan. Hope you enjoy reading...
Dengan lafaz
꧁﷽⸙bismillah⸙﷽꧂
I present you my second story
Meet my second halal couple
Captain Arash Mikael Al-Qawiysh
And
Delyn Fawara
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Romance[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...