Captain Arash's only love: 42✈️

38.1K 1K 45
                                    

Hacoo!!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hacoo!!!!

Sekali lagi Arash bersin untuk kali ke seribu agaknya..

    Dari tadi dia tidak berhenti-henti bersin. Bibir dan wajahnya pucat dari biasanya.. wajahnya juga kelihatan merah.

     Batuk juga asyik menyerang.. begitu juga denyut di kepala.

    Sangat lelah dan tidak bermaya dia rasakan ketika ini.

     Manakala Delyn yang berada di sebelahnya hanya mengabaikan semua itu, jujur dia sebenarnya risaukan keadaan Arash.

  Tetapi perasaan benci sentiasa wujud apabila dia memikirkan apa yang telah Arash lakukan. Layakkah Arash diberi peluang kedua?

Setelah setengah jam, barulah mereka tiba di perkarangan rumah agam mewah di atas bukit itu.

    Sebaik Arash memakir keretanya, dia terus menyandar kan kepala di bahagian kepala sit kereta.

      Tangan sasa nya dibawa memicit kepala yang sangat kuat berdenyut. Mata dipejamkan semasa memicit.

      Delyn hanya lekas turun dari kereta. Dia menuju ke pintu belakang untuk mengambil beg pakaiannya.

    Sebaik Arash perasan apa yang ingin dilakukan Delyn, dia terus keluar dari kereta dan membantu isterinya.

    Kaki yang lemah dikuatkan juga untuk memastikan Delyn tidak perlu mengangkat beg pakaian yang berat itu.

"Eh sayang, takpe.. biar I angkat.. you masuk dulu.. beg ni berat.. takpe I buat hmm.." lembut bicara Arash pada ketika ini.

    Dia telah bersumpah yang dia tidak akan sesekali berkasar lagi dengan isterinya itu.

"You nak angkat sangat kan? Nah angkat semua." Delyn kemudian melepaskan tali beg yang berat itu, dan dicampakkan kepada suaminya.

Kasar sekali perbuatan nya pada ketika ini.

Walaupun begitu, Arash hanya diam.. malah dia boleh lagi mengukir senyuman di bibir. Dia tahu yang Delyn masih marahkan nya.. sesiapa saja yang ada di tempat Delyn sekarang ini akan lakukan perkara sama.

     "Assalamualaikum..." Sebaik suara yang amat dirindui memberi salam, berlari puan Aminah menuju ke pintu.

   Lekas lekas wanita itu membuka pintu untuk menantunya. 

     "Ya Allah, menantu bonda.. rindunya bonda dekat Del, Del dah sihat? Semua ok? Del nak makan tak? Jom kita masuk.." Beria ria Puan Aminah memeluk menantunya itu.

   Delyn juga turut membalas pelukan mak mertua nya itu.

      Sebaik masuk ke ruangan dapur besar itu, Hanna dan Arin turut melepas rindu pada Delyn. Nampak sangat kesemua mereka di situ rindukan keberadaan Delyn di sisi.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now