"Ni baju akad nikah you.." lembut suara Delyn berkata sambil menyerahkan baju kurung putih yang bersulamkan manik berkilat di sekelilingnya pada Sara."Thanks Del, by the way, malam ni you datang kan majlis akad nikah I dengan Arash?" Sara bertanya sambil membelek belek manik berkilat di bajunya itu.
"I tak sure Sara. You pun tahu kan, Arash tu bukan suka kalau I datang." Delyn membalas.
"It's okay.. just come..kalau Arash marah, cakap je I and maksu yang jemput ok?"
"Hmm..tengoklah macam mana." Delyn kemudian berlalu pergi menuju ke kaunter.
"Okay..kalau tak ada apa apa lagi I gerak dulu lah.." Sara kemudiannya keluar dari butik itu.
Baju tu memang dia tak bayar. Semuanya Puan Aminah sponsor untuk perkahwinan dia dengan Arash. Haih.. untungnya... Bakal suami handsome, kaya, bakal mak mertua pun sayang.. Del mempertikaikan kenapa lah bukan dia yang kahwin dengan Arash.
"Maksu? Maksu nak balik dah ke? Bukan harini butik tutup pukul 12.00 ke?" Delyn menegur makcik angkatnya itu yang bergegas hendak keluar dari butik."Lah..malam ni kan majlis akad nikah Arash dengan Sara maksu kenalah siapkan apa yang patut.." balas wanita itu.
"Nak Del tolong ke?" Delyn pula bertanya.
"Boleh ke Del tolong.. ni kan majlis Arash.. Del dengan Arash kan masih tak berbaik."
"Kalau nak tunggu Arash berbaik dengan Del memang sampai bila bila pun tak jadi maksu."
"Kalau macam tu datanglah rumah maksu petang ni... Dalam pukul 2.00 macam tu."
"Ok..nanti Del datang."
✈️✈️✈️
Seperti yang dijanjikan tepat pukul 2.00 petang Delyn sampai di rumah agam mewah milik maksu nya yang pernah didiami nya suatu ketika dahulu.
Rumah agam yang terletak di kawasan yang berbukit tinggi. Agak sukar untuk dijumpai tetapi sangat cantik terletak rumah agam itu.
Dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah agam mewah ini selepas tamat belajar kerana tidak mahu sering bertengkar dengan anak maksu nya, Arash.
Arash sangat bencikan Delyn akibat apa yang telah berlaku pada masa silam. Walaupun Del tidak kena mengena dengan hal itu dia masih bencikan gadis itu atas sebab Del merupakan anak kepada isteri kedua ayahnya.
Penjaga rumah agam itu membuka pagar untuk Del masuk ke dalam perkarangan rumah agam mewah itu. Perlahan pagar automatik itu dibuka. Lama dia tidak menjejakkan kaki di rumah ini.
Kolam air pancut di tengah tengah kawasan lapang. Taman bunga yang berada di bahagian kiri rumah itu serta kolam ikan yang berada di sebelah kanan. Sangat menarik reka bentuk rumah agam ini.
✈️✈️✈️
Kelihatan sebuah kereta Mercedes benz berwarna merah diparkir sempurna di tempat parkir nya. Kalau tak silap Delyn kereta itu milik Arash. Nampaknya Arash dah pun balik dari Itali.
Tanpa berlengah Delyn menuju masuk ke pintu utama rumah agam besar itu. Dia sudah menggigil kesejukan kerana angin mula terasa kuat di kawasan sekeliling. Maklumlah, kawasan tinggi memang angin kuat sebab itu sejuk.
Salam diberi tetapi tiada sahutan. Kemudian loceng ditekan olehnya.
Tidak lama kemudian pintu dibuka. Kelihatan satu susuk tubuh tegap yang tersarungnya baju t shirt hitam beserta seluar tracksuit kelabu. Kedua pakaian itu kelihatan mahal yang teramat.
Delyn yang sibuk memerhatikan susuk tubuh itu dari atas ke bawah dikejutkan dengan teguran darinya "Who are you?"
"Aaa.. Ni I lah.. Delyn.." baru dia perasan susuk tubuh itu ialah susuk tubuh sepupu angkatnya yang telah lama dia tidak berjumpa. Terus cepat cepat Delyn mengenalkan diri.
Berkerut wajah kacak Arash apabila melihat gadis cantik di hadapannya itu mengenalkan diri sebagai Delyn.
Sungguh dia tidak percaya. Delyn? Delyn Fawara? Perempuan yang paling dibencinya kini berada di depan matanya.
To be continue....
Terima kasih sudi baca cerita mengarut ni.. apa pun hope you guys enjoy it..
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Romance[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...