Kelopak matanya perlahan terbuka.. dari pembaringan, terus Arash kelam-kabut bangun.
Mimpinya yang buruk itu menyebabkan dia bangun secara terkejut..
Arash mendesis kesakitan dan memegang bahagian bahunya yang berbalut.
Suasana sekeliling ditilik, ternyata ini bilik di rumah bondanya.
Arash kemudian perlahan turun dari katil..
Dia mula menapak keluar.. sebaik pintu dibuka,
Kaki melangkah turun dari tangga.
"Eh, Arash, alhamdulillah.. bangun pun dia.." tegur Hanna.
'bangun pun dia?' apa? Lama sangat ke dia pengsan?
"Kak, Del mana?" Soalnya pada kakak iparnya itu.
"Del dengan bonda dekat dapur... Arash ok? Nak call mak long ke suruh cek luka?" Soal Hanna.
"Tak.. tak payah.. ok je .. aku tengok Del kejap.." kata Arash.
Terus dia melangkah menuju ke dapur.
Kelihatan Delyn sedang duduk di meja pulau sambil bersembang dengan Puan Aminah.
Nampak sahaja kelibat suaminya, terus Delyn berlari mendekati Arash.
"Sayang, you ok? Kenapa tak panggil I ? Kenapa jalan turun bawah? Kalau luka you berdarah lagi macam mana?" Bebel Delyn.
"Ok.. I ok.." balasnya.
Terus Delyn dipeluknya erat..
"I miss you my gorgeous.." bisiknya..
Delyn hanya tersenyum dalam pelukan hangat suaminya.
"Amboi.. sedar sedar terus cari bini dia.. bonda dia kat sini pun tak nampak dah.." tegur Puan Aminah.
Ketawa kecil mereka..
"Alhamdulillah.. bangun pun Arash.. ok ke?" Tiba tiba Encik Ariffin turut menyoal. Dia baru tiba dari belakang rumah.
"Ok yah.. luka sikit je ni.." kata Arash.
"Sikit apanya? Darah you hilang banyak tahu? Sampai seminggu tak sedar.. sikit konon.." bebel Delyn lagi.
"Yelah Rash, bonda risau dah.. ingatkan tak jumpa dah anak bonda sorang ni.." kata Puan Aminah sebak.
"Apalah bonda ni, Arash ok lah.." jawabnya..
"Arash? Ha bangun pun.. haih risau kami semua.." kata Encik Denzel.
"Eh, pa, ma, bila sampai?" Soal Arash, justeru itu terus menyalam kedua mertuanya.
"Pagi tadi.. Arash ok?" Soal Puan Dina.
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Storie d'amore[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...