Hari demi hari berlalu, hari ini merupakan hampir dua minggu mereka tinggal berdua.
Jam berbunyi tepat pukul 6.00 pagi, Arash bangun terlebih dahulu untuk menutup jam telefon yang berbunyi kuat.
Lampu mula dibuka. Benda pertama yang dia lihat ialah susuk tubuh isteri yang masih tidur di sebelahnya.
Tangan mengusap lembut rambut isterinya.. diselitkan rambut cantik itu ke belakang telinga Delyn.
Tersenyum Arash melihat wajah yang begitu anggun jelita milik isterinya.
Terus satu kucupan dihadiahkan buat Delyn.
"Assalamualaikum sayang..." Ucapnya.
"Jom bangun solat subuh yang.." kejutnya pula.
Setelah tiada sahutan.. sekali lagi dia mengejut..
"Jomlah bangun sayang, solat dulu.." ajaknya lagi.
Delyn mula menggeliatkan badannya. Mata cantiknya turut dicelik kan.
"Waalaikumussalam my dear captain.." jawab Delyn dengan suara lembutnya.
Arash tersenyum.. panggilan 'my dear captain' itu sangat sangat dia suka. Lagipun hanya Delyn yang suka memanggilnya sebegitu.
"Kenapa Captain Arash? Harini captain kena pergi kerja lagi ke?" Soalnya manja.
Setelah itu, Delyn bangun dari pembaringannya dan duduk bersandar pada katil.
"Mestilah kena pergi.. nanti next week I kena flight pulak.." jawabnya. Kepala dibaringkan di atas riba isterinya.
"Ala.. next week you dah start flight.." rengek Delyn.
"Kenapa kalau I fly?" Soal Arash.
"Nanti I rindulah.." jawab Delyn.
Tergelak kecil Arash.
"Kejap je yang, dua hari, I balik lah sini balik.." jawabnya.
"Yelah, suami pilot ni susah jugak." Rengeknya lagi.
"Tak susahlah.. suami you tu bukan pilot biasa.. CEO PRIVATE KING Airlines kut.. Cawangan syarikat airlines I bukan kat Malaysia je tahu?"
"Kat seluruh Asia dengan Eropah... Bagi tahu I kenapa susah pulak?" Arash berkata.
"Eleh, dia nak tunjuk kaya lah tu." Kata Delyn.
Arash ketawa.
"Alah, takdelah kaya mana.. setakat black card tu memang banyak I ada." Arash berlagak berbau gurauan.
Delyn juga turut ketawa.
"Berlagak betul.." dia kemudian menampar manja pipi putih suaminya.
"Dahlah yang, jom solat.." ajak Arash.
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Romance[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...