Captain Arash's only love: 27✈️

30.7K 1K 31
                                    

Setelah Arash menerangkan hal sebenar kepada pihak polis, barulah dia dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah Arash menerangkan hal sebenar kepada pihak polis, barulah dia dilepaskan.

   Tiada sebarang bukti menunjukkan Arash yang merogol Vivyan Argin.

      Balik sahaja dari balai polis, dia mendapat tahu satu berita buruk. 

Bahawa Vivy telah meninggal dunia. Buat seketika cuak dia. Jikalau keluarga Argin akan menyalahkan nya..

  Tetapi apa mereka boleh buat tanpa bukti?

Dan kejadian pada hari itu, hanya diketahui oleh dirinya, abangnya serta sepupu mereka Qiura Mariean.

Sejak hari itu juga, segala projek dan aktiviti yang dijalankan antara syarikat Pattenson family dan syarikat Argin family dibatalkan dengan alasan tidak mahu terlibat dengan sikap Arash.

    Pada mulanya Encik Ariffin pelik, tetapi tidak lagi setelah syarikat keluarga Pattenson berkembang mekar.

  Ya, Encik Ariffin tidak pernah mengetahui hal ini.

End of flashback

Sehingga hari ini keluarga Argin itu masih menyalahkan Arash.

    Mungkin juga berdendam. Cuma nya Arash harap tidak akan melibatkan isteri atau keluarga belah bondanya.

    Ini hanya perihal di Itali saja. Haraplah..

"Arash.. you dengar tak I panggil ni?" Soal Delyn buat kali ke tiga.

    Terhenti lah lamunan Arash setelah mendengar panggilan itu.

"Hah? Apa?" Soalnya semula.

"I nak cari baju untuk malam ni.. ayah suruh.. tapi I tak tahu nak cari kat mana. Boleh tolong? Kalau you taknak ikut, bagi nama kedai ke?" Soalnya lagi.

"Aaa... Jom jom.." terus dia berjalan menuju ke pintu bilik untuk keluar.

                  Sebuah kereta mewah bewarna hitam meluncur laju masuk ke dalam perkarangan sebuah butik.

Apa lagi kalau bukan cawangan butik Versace?

       Ini ialah cawangan butik Versace yang berada di Rome, Itali.

     Besar dan cantik. Kena dengan harga setiap pakaian yang dijual.

Satu perkataan, mahal. Hah. Mestilah mahal.

      "Kita beli baju kat sini, tak mahal ke?" Soal Delyn sebelum kaki menuju masuk ke butik itu.

      "Ada aku suruh kau bayar ke?" Sindir Arash pula..

Arash kemudian masuk dan meninggalkan isterinya di luar.

    "Mentang mentang dia kaya.. kerek.." Delyn mengomel sendirian.

Dia kemudiannya melangkah masuk ke butik Versace itu.

    Terbuka luas mulutnya melihat semua rekaan baju baju di situ.
 
    Cantik, unik, menarik serta menawan.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now