Captain Arash's only love: 37✈️

40.2K 1K 83
                                    

Arash membuka bajunya dan merebahkan diri di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arash membuka bajunya dan merebahkan diri di atas katil.

      Dia berasa amat geram dengan apa yang telah terjadi.

Kalau ikutkan memang mati Delyn dia kerjakan, tetapi dia tidak boleh berbuat sedemikian.

      "Betul ke dia mengandung?" Tiba tiba Arash menyoal diri sendiri.

"Eish, dasar perempuan murah." Arash meraupkan rambut coklatnya ke belakang.

   Akhirnya Arash hanya tidur dalam keadaan itu.

Arash bangun pada pagi itu pada pukul 6.30 pagi...

      Solat subuhnya dia tunaikan.

Dia menuruni tangga konon hendak menjeguk Delyn.

    Selalunya pada jam begini Delyn sedang memasak di dapur.

    Dia menjenguk ke seluruh rumah, tetapi masih tidak nampak kelibat isterinya itu.

      Akhirnya dia kembali mengetuk pintu bilik kecil isterinya..

     Apabila kejadian semalam kembali berulang di fikiran, Arash baru teringat yang dia kunci Delyn di dalam bilik itu semalam.

   Terus dia mengambil kunci dan membuka pintu.

Kelihatan susuk tubuh isterinya masih terbaring di atas lantai..

      Rambut kelabunya menutupi bahagian muka.

"Hoi, sampai bila kau nak tidur.. bangun lah." Tengkingnya.

Tiada sahutan, beberapa kali dia melakukan perkara sama, tetapi tetap tiada sahutan..

    Sehinggalah dia mencangkung, bahu isterinya digoyangkan.

    Dia memusingkan badan Delyn yang membelakanginya.

    Hampir terkeluar biji mata biru laut nya melihat darah yang sangat banyak mengalir dari isterinya.

Bergetar tangannya selepas itu, apa yang dia telah buat? Teruk sangat ke dia pukul Delyn sehingga Delyn tidak sedarkan diri?

"De...Del... Del.. Delyn... Del bangun, Del please bangun.." Dia cuba mengejutkan isterinya yang telah terkulai lemah itu.

      Wajah isterinya ketika ini pucat tidak berdarah.

   Bibir soft pink nya tidak lagi kelihatan, malah bibirnya bertukar putih, menunjukkan bertapa pucat nya dia.

     Arash bergegas mengangkat Delyn keluar dan masuk ke kereta.

     Sempat dia mengambil tudung milik isterinya dan membaluti aurat isterinya itu.

      Sesampai di hospital, Delyn dibawa terus ke wad kecemasan.

    Arash pula menunggu di ruang menunggu dalam keadaan yang amat merisaukan.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now