Captain Arash's only love: 36✈️

35.1K 1K 54
                                    

Sebaik tiba sahaja di pejabat agama Arash bergegas masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik tiba sahaja di pejabat agama Arash bergegas masuk..

    Dia mengarahkan supaya Ray balik terlebih dahulu dan meninggalkan kereta, dia memberitahu dia sendiri ingin memandu pulang.

        Sebaik tiba di ruangan yang diberitahu, kelihatan susuk tubuh isterinya sedang duduk sambil menangis..

   Manakala Tyler duduk dan menyilangkan tangan seolah tiada apa berlaku.

      Arash berjalan ke arah Tyler.. dia mencengkam kolar baju jejaka itu.

    Ditumbuk muka kacak Tyler sehingga bibirnya berdarah.

    "Hoi, kau gila ke?" Marah Tyler.

"Aku gila? Kau yang gila lah bodoh.. apa kau buat kat bini aku?" Soal Arash dalam keadaan marah.

"Sudah.. Encik Arash bawa bertenang.. biar saya jelaskan apa yang berlaku.." salah seorang dari pejabat agama itu cuba meredakan keadaan.

    "Kami terima aduan yang ada lelaki dan wanita yang tidak mempunyai ikatan sah berdua duaan di dalam sebuah penthouse."

"Apabila kami sampai, memang betul. Kami lihat Encik Tyler dan Puan Delyn berdua duaan dalam penthouse tu."

"Apa yang lagi tidak menyenangkan, keadaan mereka apa masa itu. Encik Tyler hanya mengenakan tuala manakala Puan Delyn pula sedang baring di atas katil." Jelas lelaki itu.

      "Jadi sekarang, kami telefon untuk tanya pendapat Encik Arash sendiri, sama ada Encik Arash nak ceraikan Puan Delyn dan benarkan dia nikah dengan Encik Tyler ataupun Encik Arash sendiri mahu bayar wang denda." Soal lelaki itu lagi.

Arash diam.. rahangnya diketap kuat.

       "Arash, I tak tahu apa yang jadi.. tapi sumpah, sumpah I tak buat apa apa dengan Tyler."

Tiba tiba Delyn bersuara... Dia bangun dari duduknya.

      Lengan sasa suaminya dipaut..

Kepalanya sangat sakit, sedikit yang terjadi pun dia tidak tahu. Wajahnya pada ketika pucat lesi.. amat pucat dari sebelumnya.
     
          Matanya juga bengkak akibat tangisan.

      Arash menepis tangan Delyn.

  Terduduk Delyn apabila Arash bertingkah laku sedemikian.

     Dia kembali menangis.

"Saya bayar denda.." Akhirnya Arash membuat keputusan.

      Dia takkan lepaskan Delyn, malah dia mempunyai rancangan untuk mengajar isterinya itu.

    "Kau nak simpan benda yang dah kena tebuk ke?" Tiba tiba Tyler menyoal.

"Kau bagi jelah perempuan ni kat aku.. kan senang." Katanya lagi.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now