Sedar tak sedar, sudah sebulan Delyn dalam pantang.
Hari ini merupakan hari terakhir dia dalam pantang.
Sepanjang tempohnya berpantang, makan minumnya dijaga dengan baik oleh Puan Dina dan Encik Denzel.
Keluarga Arash juga sudah beberapa kali datang melawatnya.
Cumanya, dia tidak pernah membenarkan Arash sendiri datang melawatnya.
Pada hari ini, Arash datang lagi ke rumah Encik Denzel untuk bertemu Delyn.
Keretanya diparkir di posisi sama seperti sebelum ini.
Dia betul betul berharap yang hari ini, Delyn sudi berjumpa dengannya.
Kalau tak sudi pun, dia akan tetap tunggu sehingga Delyn mahu bercakap dengannya.
Walaupun dia tahu, akhirnya Delyn tetap akan menghalaunya pulang.
"Assalamualaikum.." tiga kali dalam diberi, akhirnya Encik Denzel menjawab salam.
Dia menekan button pagar automatik, setelah pagar itu dibuka, dia mendekati menantunya itu.
Sebelum perbualan dimulakan, sempat dia menilik wajah yang sedikit pucat kelihatan di wajah menantunya itu.
Lingkaran gelap di bawah mata juga turut kelihatan..
Badan Arash juga kelihatan agak susut dari biasa.
Sejak dia dan Delyn bergaduh, bukan Delyn saja menderita, dia pun sama.
Asyik selalu memikirkan isterinya..
Asyik terlalu berfikir, apa yang boleh dia lakukan lagi agar Delyn kembali padanya.
Jadual penerbangannya selama sebulan juga turut dibatalkan. Dia tidak mahu menerbangkan pesawat dalam keadaan sebegini.
Apa yang dia inginkan saat ini hanya bersama dengan Delyn. Hanya Delyn.
"Arash nak jumpa Del ke?" Soal Encik Denzel.
Arash menggosok belakang tengkuknya, lalu mengangguk.
"Harini Del last pantang kan? Dia macam mana? Dah sihat ke pa?" Soal Arash pada ayah mertuanya itu.
"Baru baru nak sihat badannya, selera makan pun baru nak ada balik.." jawab Encik Denzel.
Arash mengangguk faham.
"Boleh Arash jumpa Del?" Soalnya.
"Boleh tu memang boleh, tapi Arash pun tahu Del macam mana.. papa tak janji dia nak cakap dengan kamu." Jelas Encik Denzel.
"Please pa, Arash betul betul rindu Del, dah dekat sebulan Delyn marahkan Arash.. bagilah Arash jumpa Del, sekejap je pa.." rayuan menantunya itu penuh dengan kesedihan.
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Romance[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...