Captain Arash's only love: 4 ✈️

33.2K 1.2K 34
                                    

"Boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boleh.. tapi kenapa Del? Suruh lah Sara."

"Sara tengah bersiap.. juru mekap dia baru sampai tadi. Del tolong jelah ye? Hantar kan baju ni kat dia pastu terus kejutkan dia. Dia pening katanya tadi nak tidur.. Dia suruh kejut nanti katanya. Del hantar pastu terus kejutkan dia ye?" Jelas Puan Aminah.

Del hanya mengangguk. Baju yang dipegang menggunakan hanger itu diambil dari tangan Maksu nya. Baju melayu putih yang cukup simple tetapi elegant itu dibawa naik ke tingkat atas menuju ke bilik Arash.

Anak tangga yang mempunya corak bunga-bungaan emas itu dinaiki satu per satu.

Sesampai sahaja di bilik besar milik Arash dia berasa takut untuk mengetuk pintu bilik itu. Tangan nya mula menggigil kerana takut peristiwa lama berulang kembali.

Flashback

Tok...tok...tok... Diketuk pintu bilik Arash oleh Delyn atas tujuan memanggil Arash untuk turun makan. Puan Aminah menyuruh Delyn memanggil anak teruna nya itu untuk turun.

Harini mood Arash tak baik. Dia baru lepas bergaduh dengan abangnya akibat kejadian di sekolah.

Pintu dibuka kasar oleh Arash. Rambutnya kelihatan sedikit serabai namun tidak sikit pun mengurangkan ketampanannya.

"Apa kau nak ha?" Dingin sekali suara Arash bertanyakan Del.

"I nak panggil you turun makan. Bonda you panggil you makan." Dalam ketakutan gadis berambut kelabu itu menjawab.

Pada ketika ini umur mereka 15 tahun. Del masih belum bertudung jadi sentiasa terserlah mahkota cantiknya di mata lelaki ajnabi. Tambahan pula rambutnya mempunyai warna yang unik sejak lahir. Sama seperti mamanya.

"Aku tak nak lah..kau berambus lah, menyampah lah aku tengok muka kau." Jerkahan itu menyebabkan Arfif dan Arin membuka pintu bilik. Mata kedua anak Puan Aminah itu tertuju pada Arash dan Delyn.

"Kenapa lagi ni Arash? Tak cukup apa yang jadi kat sekolah tadi?" Tanya Arfif dingin.

Arin hanya mendiamkan diri.

"Ni perempuan ni... Bila agaknya dia nak berambus dari rumah ni.. menyampah lah aku. Terketuk ketuk pintu aku kenapa?" Semakin kuat jerkahan Arash kedengaran.

"I cuma nak panggil you turun makan je.." jawab Delyn terkebil kebil.

"Kalau aku lapar aku tahu lah nak makan. Yang kau nak sibuk tu kenapa hah? Ish kau ni kan memang.." Arash menarik tangan mulus sepupu angkatnya itu.

Arash menarik kasar tangan Delyn diheret tangan nya itu untuk ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arash menarik kasar tangan Delyn diheret tangan nya itu untuk ke bawah. Tetapi Delyn berusaha cuba melawan. Akhirnya setiba di tangga Arash melepaskan tangan Delyn. Terjatuh Delyn ke bawah sebanyak lima anak tangga.

"Aghhhh..." Halus jeritan Delyn semasa Arash sengaja melepaskan tangan nya sehingga dia terjatuh.

Kakinya diurut urut supaya hilang kesakitan. Arfif berlari ke arah mereka selepas melihat apa yang telah berlaku.

Manakala Arin memanggil bondanya Puan Aminah. "Bonda, bonda.. kakak Del jatuh tangga." Kata budak kecil itu cemas.

Arin masih budak sekolah rendah pada masa ini. Setiba sahaja Puan Aminah di ruang tamunya itu kelihatan Delyn menangis semasa Arfif cuma mengurut kakinya.

"Hiks..Hiks... Abang.. slow lah.." rengeknya dalam tangis.

Arash pula hanya buat muka tak tahu. "Apa jadi ni? Del? Bukan maksu suruh Del panggil Arash turun makan ke? Kenapa boleh jatuh tangga ni?"

"Apanya bonda diorang bergaduh. Arash tolak Del." Kata Arfif lalu kembali fokus mengurut kaki Delyn yang sudah terseliuh.

"Eh please lah aku tak tolak dia.. dia yang minta aku lepaskan dia aku lepaskan lah." Dingin suara itu.

"Sudah!!! Jangan nak bergaduh. Arfif, call doktor. Arin hantar kak Del masuk bilik."

"Arash pergi makan.. bonda nak kemas dapur kejap lagi.."

Kesemua remaja itu menurut perintah kecuali Arash. Haih.. keras kepala betul budak ni.

Dia hanya berlalu ke biliknya seolah tiada apa terjadi..

End of flashback..

✈️✈️✈️

Del menggelengkan kepalanya apabila teringatkan peristiwa itu. Terasa kembali sakit di kakinya yang pernah dialaminya dulu.

Tok..tok..tok... Lembut ketukan itu kedengaran. Masih tiada sahutan. Sekali lagi Delyn memberanikan diri mengetuk pintu bilik itu.

Selepas beberapa minit Del memutuskan untuk membuka saja pintu bilik itu.

Plakk!!!

Perlahan pintu dibuka. Baju melayu putih yang dipegangnya digantungkan di tombol pintu wardrobe bilik besar Arash itu.

Lalu dia cuba untuk mengejutkan Arash. "Arash.. bangun lah.. bersiap.. kejap lagi you dah nak nikah dah.. takkan tidur lagi."

Arash yang berselubung dengan selimut itu mula menggeliat. Kepalanya dipicit-picit mungkin akibat pening seperti yang dinyatakan oleh Puan Aminah tadi.

Jelas kelihatan wajah penat Arash. Yalah, dia kan baru turun flight dari Itali pagi tadi. "Sara.. Sayang..." Sura serak garau milik Arash mula memanggil Sara.

"Arash Sara mana ada dia tengah bersiap... You pun patut bersiap jugak.. ni I, Delyn.." perlahan suara lembut Delyn sekali lagi cuba menyedarkan Arash.

Arash kembali menyelubungi mukanya dengan selimut tebal.

Walaupun begitu Arash kelihatan pelik. Seolah tidak sedar apa yang berlaku. Dia meracau memanggil Sara. "Sara... Sayang... I pening lah.."

Delyn yang sudah berputus asa akhirnya menarik selimut tebal yang menyelubungi Arash. Ditarik selimut itu sampai ke paras pinggang nya. Terbuntang mata kelabu Delyn apabila melihat six pack yang dimiliki sepupu angkatnya itu.

Terus Delyn beristighfar... Dia cuba mengawal perasaan. Dia tidak mahu dihasut oleh syaitan.

Tiba tiba tangan sasa Arash menarik tangan mulus Delyn sehingga jatuh Delyn ke sisi Arash yang sedang baring di atas katil King besar yang empuk itu.

"Astaghfirullahalazim... Arash... Apa you buat ni?"

"Shhh.... It's me Sara..." Arash memeluk erat tubuh kecil Delyn.

"I told you I'm not Sara." Delyn cuba melepaskan diri tetapi gagal. Lama kelamaan entah kenapa dia rasa selesa. Walaupun dia tahu itu adalah perbuatan haram tetapi dia buat seketika berharap Arash akan menjadi miliknya.

Selama hari ini berkali kali dia cuba untuk membuang perasaan nya terhadap Arash kerana Arash bakal berkahwin tetapi apa yang berlaku sekarang menyebabkan dia gagal membuang perasaan cinta nya terhadap jejaka tampan, Arash Mikael Al-Qawiysh.

"Astaghfirullahalazim... Ya Allah Ya Tuhanku... Arash Mikael Al-Qawiysh... Delyn Fawara."

Panggilan yang penuh amarah itu kedengaran. Terus tersedar Arash yang tadinya kelihatan mabuk dan terus menolak Delyn jauh darinya.

To be continue...

Tu sahaja untuk kali ni.. macam mana lah Arash boleh tak sedar apa yang jadikan?
Hope you enjoy reading.. Assalamualaikum.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now