Captain Arash's only love: 39✈️

36.9K 980 56
                                    

Arash duduk lagi di kerusi yang tersedia di ruangan menunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arash duduk lagi di kerusi yang tersedia di ruangan menunggu.

Dia mengeluh perlahan.. tangan sasa nya dibawa ke dahi, lalu dipicit-picit kepalanya.

Tak lama kemudian, Delyn serta mama papa nya keluar dari bilik wad itu.

Setelah melihat isterinya Arash kembali bangun.

"Sayang nak balik dah ke? Jom lah biar I angkat beg you tu.." Arash cuba mengambil hati isterinya.

"Tak payah..." Jawab Delyn kasar.

Arash hanya diam buat seketika..

"Hmm, Del, sayang, tunggu dekat depan tu dulu lah.. papa nak bayar bil hospital Del dulu." Kata Encik Denzel pada anak serta isternya.

"Eh, pa tak pe.. biar Arash je bayarkan bil hospital Del.." Arash pula mencadang.

"Hmm, biar lah dia bayar pa, lagipun dia punca Del masuk sini.. suruh je dia bayar.. setakat bil hospital tak luak pun duit dia.." Jawab Delyn.

Arash senyap.. sedaya upaya senyuman terus dikekalkan.

"Betul ke kamu nak bayarkan?" Soal Encik Denzel.

Arash mengangguk.

"Kalau macam tu kami pergi dulu." Kata Puan Dina.

"mama papa bawa Del balik ke?" Soal Arash pada kedua mertuanya.

"Dah tu, takkan nak ikut you ? Silap silap arwah I kena pukul lagi dengan you." Delyn menjawab dengan cukup kasar.

Jelingan juga turut dihadiahkan buat suaminya itu.

"Satu lagi, I tak nak tengok muka you . Jangan datang rumah papa.. jangan dekat pun dengan I " Delyn memberi amaran keras.

Arash masih mendiamkan diri.

Setelah Encik Denzel memimpin anaknya berjalan, Puan Dina sempat berborak sedikit dengan menantunya.

"Makanan dalam bungkus plastik ni, Arash bawa ke?" Soal Puan Dina sambil plastik yang dipegangnya diangkat.

"Tu bonda yang suruh bagi Del, dia kata tu makanan orang dalam pantang.. mama suruh Del makan tau.." minta Arash.

Puan Dina mengangguk.

"Arash sabar ye, banyakkan doa supaya Fawa lembut hati nak terima kamu balik." Kata Puan Dina.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now