Setelah malam tiba, kawasan belakang rumah menjadi tempat mereka semua berkumpul untuk makan dan memanggang barbeque.
Kesemua nampak bahagia dan seronok.
Kecuali Kristal.. keadaannya agak murung.. entah kenapa.
Delyn mahu bertanya, tetapi dia rasa dia tahu angkara apa kemurungan Kristal itu. Mungkin kerana suaminya.
Sebenarnya sejak semasa di Itali Delyn sudah mengesayaki bahasa Kristal dan Khairan mempunyai masalah.
Tetapi dia tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang lain. Jadi dia diamkan saja.
"Sayang...." Setelah panggilan manja itu, Arash terus memeluk Delyn dari belakang..
"Janganlah peluk peluk sangat, malu lah.." kata Delyn.
"Biarlah.. I rindu you.." rengeknya.
Tergelak Delyn.
"Sayang you asyik panggang barbeque je.. meh lah suapkan I makan.." ajak Arash manja.
"Tak malu ke.. tengok Aeyan tu, budak kecil macam Aeyan tu pun mommy dia tak suapkan. You dah tua ni nak I suap lagi.. eee mengada lah.." Delyn menolak.
"Tak kisah.. I nak you jugak suapkan.. " rengeknya lagi.
Pelukan di pinggang Delyn tetap tidak dilepaskan.
Ketawa Delyn.
"Yelah sayang meh sini.. makan ye.." ajak Delyn pula.
Terus Arash mengikuti isterinya itu.
Seperti yang diminta, disuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Tersengih sengih Arash dapat layanan manja isterinya itu.
"Sayang.. besok kita balik rumah kita hmm?" Soal Arash.
"R.. rumah k...kita..?" Apabila menyebut sahaja tentang rumah, memori lama kembali di ingatan.
Memori saat dia selalu dihina dan dicaci, memori saat dia selalu dimarahi dan memori paling teruk, memori saat dia dipukul hingga keguguran..
"Sayang... Sayang dengar tak apa I cakap tadi?" Soal Arash.
"Hah? A..apa?" Soal Delyn kembali...
"Sayang kenapa? Ok tak ni?" Soal Arash berbau risau.
Delyn menggeleng.
"Tak ada apa.." jawabnya.
"P...perlu ke ki..kita balik sana?" Soal Delyn pula.
Takut takut suaranya kedengaran.
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
عاطفية[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...