Captain Arash's only love: 33✈️

31.3K 968 32
                                    

      Perlahan kelopak mata dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan kelopak mata dibuka.. jam menunjukkan pukul 6.00.

Delyn kuatkan juga dirinya untuk bangun, walau terasa sakit setiap bahagian badan. Tangan sasa yang melingkar di pinggangnya ditepis.

Apabila dia menoleh ke sebelah, kelihatan Arash masih lena tidur.. tiada sehelai benang pun di badannya sasa nya.
Delyn mengambil tuala, destinasinya bilik mandi.

Sebaik tiba di bilik mandi itu, cermin dilihat.

Kelihatan di bahagian leher, terdapat kesan kesan merah.

Teringatkan saja peristiwa semalam, air matanya perlahan mengalir jatuh ke pipi.

Akhirnya dia membuka air pancut dan mandi..

Setelah beberapa minit, barulah Delyn keluar.

Seluar palazzo putih, baju berwarna baby blue serta cardigan putih menjadi pakaiannya hari ini.

Dia kemudian membentang sejadah dan menyarung telekung..

Solat subuh ditunaikan. Setelah selesai, dia keluar dari bilik itu..

Dia tidak mahu tunggu Arash terbangun. Dia tidak mahu bertengkar dengan suaminya itu lagi.

Dia berjalan turun menuju ke dapur.

Bahagian atas dapur itu dinaiki dengan tangga.. barang barang basah semuanya terletak di situ.

Dia mengambil isi ayam, mee di dalam paket dan beberapa jenis sayur.

Setelah setengah jam, siaplah mee goreng.

Delyn menghidangkan mee tersebut di atas meja di bawah.

Sebaik makanan dihidangkan, Arash turun dari lift.

Dia menuju ke dapur dan melihat Delyn sedang mencuci kuali.

Dia duduk di meja yang telah terhidang nya makanan.

Sedap bau makanan yang dimasak isterinya itu.

Sebaik selesai mencuci kuali, Delyn terus berlalu pergi.

Belum sempat kaki ingin melangkah, tanganya ditarik Arash.

"Makan sekali jom.." ajak Arash lembut.

Delyn menarik tangannya.. dia menggeleng.. justeru itu, terus dia berlalu pergi ke bahagian belakang rumah.

Arash hanya menghantar isterinya melalui ekor mata.

Keluhan dilepaskan. "Dia marah aku betul betul ke kalini?" Arash mula bercakap sendirian.

Akhirnya makanan yang dimasak isterinya hanya sikit dijamah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now