[ my white princess ]
" Haih.. " keluhan lemah aku lepaskan sebaik saja aku menutup semula buku yang bertajuk 'Misteri Raja Bersiong' karya Ibnu Ibrahim At-Tawari. Itu saja buku tebal Raja Bersiong yang aku boleh jumpa di perpustakaan, yang selebihnya merupakan buku kanak-kanak yang hanya mempunyai 9 mukasurat.
Maklumat yang aku berjaya kumpul tak begitu banyak, dan tak ada lah juga sikit. Nama sebenar Raja Bersiong ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Apa yang menarik perhatian aku ialah kenyataan di mana dia merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa.
Tapi sampai situ saja lah yang aku berjaya korek.
Selebihnya buku itu cuma mengulang kisah yang sama di mana Raja Bersiong mula dahagakan darah setelah menyantap masakan tukang masaknya berperisakan darah. Adapun maklumat berguna, mungkin juga kenyataan di mana raja itu mencecet lari ke Ijok dan menyorok di gua yang terletak di Selama, Perak.
Mungkin kes keturunan Raja Bersiong ni lebih kurang kes family aku lah kot.. Cuma diorang-diorang je tahu rahsia family.
Lagi sekali aku mengeluh. Raja Bersiong ialah manusia bertaring yang dahagakan darah, bukan monster macam vampire. Dalam kisah tu tak mention yang dia terbakar bila waktu pagi jadi maksudnya Raja Bersiong cumalah cannibal kerabat diraja yang tak makan daging(?). Dia tak ada kuasa dan kelemahan.
Andai kata betullah vampire yang aku bertembung haritu merupakan susur galur Raja Bersiong yang terlepas, ada kemungkinan besar bahawa dia boleh bekerja, belajar dan keluar seperti orang lain.
Tapi bila aku ingat balik, mata dia merah kan? Gigi taring dia pun boleh tahan obvious, jadi mustahillah orang tak perasan benda tu. Jangan kata dia boleh turn on turn off appearance dia tu? Tapi waktu bila je?
Makin lama aku fikir, makin aku buntu. Bukannya aku boleh main agak-agak je kalau tak ada maklumat.
" Nad, aku nak kunci pintu dah ni. " sapa Zara, pengawas perpustakaan yang bertugas, juga merangkap rakan sekelas aku ketika tingkatan 3 dahulu. Entah sejak bila dia berdiri di sebelah aku pun aku tak perasan.
" Oh, sorry! Kejap, aku letak balik buku ni. " balas aku dengan kelam kabut. Aku terus menyimpan semula buku-buku yang aku ambil ke raknya. Zara hanya merenung aku dari tempatnya berdiri.
" Kau nak tulis cerita ke? " soal gadis itu lagi, tiba-tiba. Aku spontan menoleh kepada dia.
" Hah? " Zara menjuihkan bibirnya pada buku-buku yang aku sedang susunkan di rak.
" Semua buku yang kau ambil semuanya pasal Raja Bersiong. Tak ramai pun ambil kisah pasal cerita dia memandangkan cerita dia tergantung. " beritahu Zara lagi. Wajahnya masih lagi beku. Aku tak dapat tafsir apa yang dia fikirkan.
" O-oh.. Tak ada lah. Aku cuma tiba-tiba tertarik nak baca dongeng melayu. " tipu aku. Sumpah suara aku langsung tak convincing. Tapi logik lah kan alasan aku tu? Aku budak Melayu yang berimaginasi tinggi, mestilah teringin nak baca dongeng melayu.
" Dongeng ke? " Zara melentokkan sedikit kepalanya ke bahu kanannya. Matanya memandang terus ke mata aku.
" Bukan ke? " aku pula bertanya. Sejujurnya aku tak tahu kisah Raja Bersiong tergolong dalam kategori yang mana; dongeng, hikayat, ataupun lagenda. Tak, actually memang tak ada orang pun terangkan kepada aku perbezaan ketiga-tiga kategori itu dan aku tak pernah teringin nak ambil kisah pun. Pada aku benda tu tak penting.
Senyuman mula terbit di wajah Zara.
" Entahlah.. Tapi makcik aku pernah bagitahu, dongeng tanpa penutup biasanya betul. " ujar gadis itu selamba, dan serentak itu terus melangkah menuju ke pintu perpustakaan. Aku terkaku sejenak. Terkejut.
Kenapa dia cakap macam tu..?
" Nad, aku kunci pintu ek. "
" Ah kejap..! "
* * * * * * * * *
" Aaargh.. kemek pulak.. " Aizat mengeluh perlahan melihat bumper keretanya yang sudah kemek. Malam tadi ketika dia memandu pulang ke rumah dari kelab malam, secara tak sengaja dia terlanggar seorang gadis. Mujur dia sempat lari, tak perlu lah dia membayar apa-apa bil hospital.
" Pelik betullah.. " monolog lelaki itu sendiri sambil duduk mencangkung di sebelah bumper keretanya yang sudah remuk. Bahagian yang kemek itu masih lagi berasap, namun bila dia lihat enjin di dalam, tiada apa yang rosak. Asapnya pula tidak berkepuk, ianya halus seperti asap ubat nyamuk.
Dia mengeluh lagi dengan kening yang berkerut-kerut.
Pelik. Bagaimana dia fikirkan pun, ianya terlalu pelik. Walaupun dia dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu berlaku, dia tahu dia sempat berhenti sebelum dia melanggar orang tersebut. Dan dia juga ingat bagaimana gadis itu sempat diselamatkan oleh orang yang lain.
Jadi kenapa bumpernya masih lagi kemek?
" Argh, mampos lah. " carut Aizat. Dia kembali menghayunkan langkahnya masuk ke dalam rumah. Malas dia mahu fikir. Bos Cina komunisnya akhirnya memberikan dia cuti setelah 2 minggu dia bekerja tanpa henti. Dia mahu manfaatkan cutinya dengan tidur.
Sebaik saja kelibat Aizat lesap ke dalam rumahnya, seorang lelaki tiba-tiba saja muncul dan mendekati kereta murah milik Aizat. Entah dari mana lelaki itu muncul tak pasti. Pakaiannya berjenama dan serba hitam seumpama dia berkabung. Matanya tak kelihatan dek kerana sunglasses yang dipakainya, tetapi jelas bahawa kulitnya pucat.
Lelaki misteri itu menyentuh kawasan kereta Aizat yang kemek itu dengan selamba, asap kereta itu boleh dilihat bermain-main di antara celahan jarinya. Wajahnya tiba-tiba didekatkan pada kawasan kemek itu, lalu dengan lembutnya dia meniupkan hembusan pada kawasan tersebut.
Asap di bumper yang kemek itu menghilang.
Serentak itu terserlah lah suatu simbol di kawasan kemek tersebut. Simbol ukiran bunga tulip. Senyuman senget terukir di wajah lelaki itu sebaik saja simbol itu menjamah matanya. Barisan giginya yang tersusun kemas terserlah.. juga termasuk gigi taringnya yang menajam.
" Dah jumpa~ " lelaki itu menyeringai.
- TBC
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
Viễn tưởngNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...