[ my babies ying & yang ]
Aku duduk termenung di bangku yang tersedia di luar rumahku. Mata aku terpasak pada bulan mengambang yang bercahaya indah. Ya, malam ni bulan penuh. Tak macam haritu di mana bulan cuma separa.
Sebaik saja aku melihat Zack 'henshin' di belakang sana, aku mengalami kejutan yang teramat sangat. Ibu dan Nazif cuba terangkan apa yang jadi tapi otak aku terlalu serabut untuk menghadap semua yang berlaku.
Jangan salah sangka. Aku bukannya terkejut tentang the fact that Zack memang seekor vampire, tapi aku terkejut yang Ibu dan Nazif tahu benda tu. Tanpa memberitahu aku.
" Kau okay? " suatu suara menyapa aku dan aku pun menoleh. Zack. Rupa parasnya sudah kembali asal. Hah.. now that tembelang kau pecah, sopan kau pun hilang?
" Kau rasa? " sinis aku bertanya. Lelaki berambut belah tengah itu tak memberi reaksi, sebaliknya dia melabuhkan punggung pada bangku yang satu lagi.
" Kau tak perlu marahkan mak dan abang kau. Pakcik aku yang minta diorang rahsiakan benda tu. Aku pun mungkin takkan tahu pasal rahsia family kau, kalau tak disebabkan accident hari tu. " jelas Zack lagi. Kening aku terjongket sebelah.
" Kau tanya pakcik kau pasal darah putih aku? "
Lelaki itu mengangguk.
" Aku suprise yang kau tak tanya mak kau pasal kejadian hari tu." Senyuman sinis aku terukir.
Memang taklah aku nak tanya mak aku pasal benda tu. Kau tu vampire, hisap darah orang. Tak ke nanti mak aku mati sakit jantung kalau aku tanya benda tu?
" Pakcik kau pun vampire jugak, ke? " soal aku pula. Zack mengangguk.
" Pakcik aku tak suka perkataan 'vampire' tu. Yang tepatnya Siongan. " Kali ni aku menoleh apabila mendengar perkataan yang tak pernah aku dengar. Zack juga turut menoleh memandang aku.
" Siongan maksudnya kau.. "
Lelaki itu mengangguk lagi, " .. keturunan Raja Bersiong. "
Oh. Jadi betul tekaan aku selama ni. Heh, entah kenapa aku tak rasa gembira pun bila tahu pasal kenyataan yang aku betul.
" Siongan tak hisap darah manusia macam raja tak guna tu, " wow, raja tak guna? Now that is an interesting way to describe your moyang.
" -kitorang cuma minum darah lembu dan kambing; haiwan herbivore lebih spesifiknya. You are what you eat. Kalau kitorang minum darah haiwan herbivore, kitorang boleh consume sayur macam manusia normal. " terang Zack lagi. Kening aku terangkat mendengar fakta itu.
" Korang tak boleh makan sayur ke, awalnya? " Zack menggeleng lagi.
" Macam kau tahu, raja tak guna tu dulu cuma makan santapan yang ada darah manusia. Addictions dia tu eventually menyebabkan dia tak boleh makan makanan manusia normal dan muntah. Dan paling tak gunanya, keturunan dia pun kena tanggung side effects yang sama." cerita Zack panjang lebar. Boleh aku lihat dendam kesumatnya terpapar di mata Zack. Sungguh tragis.
" Kenapa tak minum darah haiwan omnivore je? Boleh kau makan daging sekali. "
" Dan jadi cannibal? "
Oh. Macam tu pulak?
" Gene kitorang lain daripada manusia normal. Predator instinct kitorang tak ada bezanya dengan haiwan buas. Minum darah haiwan carnivor ataupun omnivore cuma akan terukkan keadaan. " terang Zack lagi, panjang lebar. Now those are some information yang kau takkan boleh cari dalam buku.
Betullah aku kata, rahsia keturunan diorang cuma keturunan diorang je tahu.
" So, secara logiknya, Siongan.. " aku terdiam sejenak untuk mencari perkataan sesuai, " cumalah bunch of vegans vampire lah? "
Zack terdiam. Aku pun ikut terdiam.
Shit. Shit. Shit. Aku silap cakap ke? Dia terasa ke? Mati lah aku-
" Pfft. Bodoh lah kau ni. " Zack tersenyum sedikit, menampakkan senyumannya yang manis. Otak aku jammed sebentar untuk mentafsir reaksi dia.
Lah.
Dia gelak kat lawak aku ke tu? Hambarnya. Kalau aku bagi lawak kat koala pun lagi bersemangat tau binatang tu gelak.
" Kenapa kau tak explain benda ni waktu kita first jumpa? " soal aku pula. Terasa sia-sia pula masa aku yang digunakan untuk risaukan keselamatan rakyat Malaysia untuk 2-3 hari ni.
Dia tersenyum sinis. " Hah. Masalahnya kau bagi ke? "
Hm?
" Kau fikir aku percaya benda tu? "
" Aku tahu kau tu vampire. Mesti kau sebenarnya nak hisap darah aku, kan? "
" Jangan dekat aku kata..! "Aku menutup mataku rapat apabila memori perit kembali ke ingatan. Otak aku mengulang tayang imej aku menghayun kayu ranting yang tidak berdosa kepada Zack berkali-kali, seumpama otak aku sendiri gembira mahu memalukan aku. Ya Allah, sungguh tak sedar diri hamba-Mu sorang ni.
" Kau tak boleh salahkan aku. Aku cuma panik, dan kau pulak rupa macam tu. Macam mana lah aku tak takut? "
" Rupa like what? Eh, aku tolong kau tau hari tu. Kau berterima kasih pun belum lagi, nak kutuk-kutuk muka aku pulak. "
" Aku bukan kutuk lah, aku tak kata pun muka kau buruk. Muka kau yang normal nampak okay je, tapi bila kau 'henshin' dulu yang buat aku terkejut sebab kau nampak- "
" -terrifying? " Aku terdiam sejenak apabila Zack memotong ayat aku. Pada waktu itulah aku sedar betapa unsensitive-nya kata-kata yang aku hamburkan dari tadi. Oh shit, Nadhia. Apa yang kau dah buat?
" Kau salahkan rupa 'vampire' aku untuk explain kenapa kau attack aku dulu. Bijak, Nadhia, bijak. Daripada gaya kau berkata-kata, nampak lah kau sangat mudah untuk terlepas daripada hukuman mahkamah. " Zack bangun dari bangkunya.
" Zack, aku- "
" You know what? Aku datang comfort kau dengan sepenuh harapan untuk clear this whole shit up and be friends. Aku finally think that aku akan ada kawan yang faham struggle aku memandangkan kita berdua dalam situasi yang sama, but it seems to you that I'm the only freak here. " ujar Zack dengan nada mendatar. Jelas di wajahnya bahawa dia terasa dengan kata-kata aku.
" Tahniah, Nad. Kau orang pertama yang berjaya buat aku kecewa untuk dua kali berturut-turut. You are exactly what I thought you were when I first met you. " ujar Zack, kemudian menghayunkan langkahnya keluar dari perkarangan rumahku. Hati aku kini dihimpit-himpit rasa serbasalah. Aku tertunduk, mata aku terpasak pada kakiku sendiri.
There you go, Nad. You did it again. You blow this whole shit up. Nadhia bila kau nak berubah? Bila kau nak sedar bahawa lidah kau tu merupakan masalah terbesar? Andai kata aku boleh putar balik semula masa, aku akan telan semula kata-kata aku tapi aku tahu bahawa aku tak boleh lakukan perkara tu.
Aku yang salah untuk kali ni.
-TBC
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
FantasyNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...