[ my babies ying & yang ]
" Apa perempuan ni buat kat sini? " tanya Zack dalam nada yang bengang. Remaja lelaki berambut belah tengah itu menoleh ke arah Ricky meminta penjelesan, padahal aku elok je duduk tercongok di depan dia. Lagak Zack sekarang ni tak ubah macam girlfriend yang tangkap boyfriend dia curang.
Aku mencebik geram.
" Excuse me. Aku sampai sini dulu. Kau buat apa kat sini? " aku bangun dari sofa dan mendekati Zack yang sudah berpeluk tubuh. Aku menjeling dia atas ke bawah.
" Aku nak jumpa dengan Abang Ricky. "
" Aku pun nak jumpa dengan Ricky. " balas aku juga, selamba. Mata Zack membulat mendengar balasan aku.
" Hah, sorry sikit eh. Abang Ricky. Kau fikir kau tu siapa? Kawan abang? Umur kau tu baya aku je tau, Abang Ricky dah umur 21. "
" And so abang aku. " kening halus milik Zack itu terjongket sebelah. Dia kemudianya melirik ke belakang aku, dan pada waktu itulah dia sedar akan kewujudan Nazif yang sedang menikmati drama 5 petang yang berlaku di antara aku dan Zack.
" Hi Zack. " dengan senyuman penuh annoying, Nazif menyapa Zack.
Remaja lelaki itu lagi sekali menoleh ke arah Ricky, manakala lelaki tinggi lampai itu hanya tersenyum nipis dengan wajahnya yang mula membiru.
" Abang boleh explain. "
******
" ..and so, disebabkan Zara tu saudara abang, dan Nadhia pulak kawan Zara, jadi kitorang decide nak bincang sama-sama pasal kes ni. Nazif pun join sekali disebabkan dia pun keturunan Mahsuri. Faham, Zack? " terang Ricky panjang lebar. Zack pula hanya berdiam diri di sebelah Nazif sambil menjeling ke arah aku.
Dia memang tak sorok bhai kebencian dia terhadap aku. Aku tak hiraukan, memandangkan segala kebencian terhadap aku tu masuk akal. Biarlah dia nak tenung aku sampai tembus kepala aku pun, asalkan dia tak serang aku dengan gigi taring dia sudah.
" Zack nampak tak serbuk ni? " Ricky menolak plastik serbuk putih itu kepada Zack, dan remaja itu menyambut.
Lama dia merenung beg plastik itu, sebelum kemudiannya wajahnya bertukar.. menjadi pucat.
" M-mana abang dapat serbuk ni? " tergagap remaja Siongan itu bertanya. Keningnya bercantum risau, manakala bibirnya sedikit terketar-ketar. Dia kenal serbuk tu?
" Zack tahu ke tu serbuk apa? " semua orang tertumpu kepada remaja lelaki itu.
" Ini.. serbuk hakisan taring Naga Kemboja. Fungsi dia tak ubah macam syabu untuk kaum jembalang. Tapi kalau gunakan pada keturunan istimewa, boleh bawak pitam. " serentak ketiga-tiga aku, Nazif dan Ricky terkejut dan sememangnya, aku lah yang paling terperanjat sekali.
Naga Kemboja? Naga jahat yang cetuskan peperangan antara naga-naga di tasik Chini dahulu? And excuse me, but how can jembalang pun ada mat pet?!
" Jadi ni kerja jembalang lah jadinya? " duga Nazif pula. Aku dah panik mendengar tekaan abang aku itu namun laju Zack menggeleng. Ricky pun ikut sama.
" Tak. Jembalang tak bijak. Diorang mungkin ada badan yang mirip manusia, tapi pemikiran diorang tak ada bezanya macam binatang. Ikut nafsu dan lapar. " terang Ricky pula.
Ouh, so that explains the mat pet jembalang.
" Zack tahu pasal serbuk ni dari mana? " tanya Ricky lagi. Kali ni Zack hanya merenung serbuk putih tersebut. Dia nampak ragu-ragu mahu menjawap soalan itu, atau lebih tepat, takut.
" Kitab Lolongan. "
" Lolongan? " serentak itu aku menyoal. Ini lagi satu istilah turun dari langit yang aku tak tahu. Aku menoleh ke arah Ricky dan Nazif untuk meminta penjelasan namun mereka dua hanya melepaskan keluhan panjang sambil menggeleng kepala. Nampaklah betapa menyusahkannya Kitab Lolongan ni.
" Kau ingat lagi kan apa yang aku explain pasal cara pemakanan Siongan? " Zack tiba-tiba bertanya kepada aku. Oh? Kita dah stop buat silent treatment ke?
" Oh, ingat. You are what you eat tu kan? "
" Yes. So Lolongan ialah group Siongan yang rebel, dan refuse untuk follow principle kami. Yang membawa maksud, diorang tak hisap darah haiwan herbivore. Diorang namakan diri diorang berdasarkan kitab Lolongan yang penuh dengan black magic. "
" Okay.. So, apa yang diorang hisap? "
" Darah manusia. Exactly macam raja tak guna tu. "
Oh shit. Now the real vampire is on the screen.
" Diorang bukan dah tak aktif ke? Kenapa tiba-tiba pulak diorang sibuk-sibuk nak kacau keturunan orang? " soal Nazif pula. Tak aktif? So maksudnya dulu pernah ada kes orang mati kena serang dengan vampire ke?
" Zack tak pasti. But whatever it is, Zack rasa ada kaitan dengan kehilangan Keris Taming Sari. "
Wowowow, sabar, what the heck. Firstly, aku jumpa mamat siong ni. And then member aku hilang entah ke mana. Dan lepastu tiba-tiba semua benda berkait? Lama-lama aku boleh tersadai kat ICU macam ni disebabkan plot twist yang berlapis-lapis.
" Wait. Kejap, kejap, kejap. Naz, buka berita kejap. " punya Ricky sambil matanya memandang screen phone nya. Nampak lah ada seseorang yang menyuruh dia untuk membuka TV dan tengok berita. Mungkin Maksu dia.
Nazif akur lalu dia pun membuka berita di TV seperti apa yang disuruh.
" Berita tergempar. Jam 8 pagi tadi telah dilaporkan bahawa SBP Ayer Hitam telahpun terbakar.. "
Mata aku membulat apabila terpapar di screen television itu imej sekolah ternama itu hancur dimakan api yang marak. Apa benda yang membuatkan aku meremang, kerana aku tahu lokasi sekolah tersebut.
" Sekolah itu kat mana? " Ricky bertanya.
" 2km jauh daripada sekolah kitorang. "
Kami saling berpandangan antara satu sama lain.
-TBC
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
FantasyNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...