1: well now that's awkward

1.6K 117 20
                                    

[ my babies ying & yang ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ my babies ying & yang ]

Darah. Kalau dari sudut saintifiknya, sel darah merupakan suatu komponen penting yang menjadi pembawa DNA dan juga bekalan oksigen untuk badan. Punca darah berwarna merah ialah disebabkan kehadiran hemoglobin, sel protein yang memainkan peranan untuk membawa oksigen.

Aku tak berapa ingat istilahnya yang tepat memandangkan dah hampir 5 tahun semenjak kali terakhir Nazif berteriak dalam keadaan tertekan, cuba untuk menghadam fakta-fakta itu sehari sebelum exam. Dia yang ambik sains tulen, aku tak.

Nak dijadikan ceritanya, kajian itu cumalah palatao semata. Ataupun, aku boleh katakan, separuh palatao. Jangan serang aku dulu, aku tahu bahawa aku bukan siapa-siapa untuk berani menafikan kajian yang sudah dilakukan puluhan tahun lalu. Tapi percayalah, dasar aku berasas.

Puluhan tahun lalu; atau lebih tepatnya tujuh generasi yang berlalu, berlakunya pertumpahan darah di tanah bumi Langkawi. Lagenda yang takkan lapuk dek zaman. Mahsuri, si gadis berhati mulia telahpun dituduh mendua oleh Wan Mahora, si mulut puaka yang berhati busuk. Tiada siapa pun percayakan kata-kata Mahsuri, membawa kepada kata sepakat orang kampung inginkan gadis itu mati.

' Aku bersumpah pulau Langkawi menjadi padang jarak terkukur untuk selama tujuh keturunan! ' langit berdentum, badan Mahsuri ditombak. Yada, yada, yada. Fast forward, terbukti lah bahawa Mahsuri innocent disebabkan darahnya yang berwarna putih.

So, balik kepada kenyataan aku mengenai bahawa kajian itu merupakan suatu bentuk palatao, kalau kita gunakan hukum yang sama, ianya takkan mampu menerangkan tentang kenapa darah Mahsuri boleh bertukar putih. Dan semestinya, bila sampai ke tahap ini, semua orang akan mengatakan bahawa lagenda Mahsuri itulah yang palatao.

" Argh! " aku terjerit sebaik saja aku terkena papercut ketika menyelak helaian muka surat novel Anomali. Muncul di jari telunjuk aku, segaris luka yang mengeluarkan cecair putih; darah aku sendiri.

" Nadhia! " tak semena-mena, nama aku tiba-tiba diseru oleh Ibu. Aku lantas menutup buku Anomali lalu bergegas ke dapur; di mana Ibu berada. Selamba aku menapak ke sebelah Ibu sambil menjilat luka aku yang kecil.

Hi, nama aku Nadhia, berumur 17 tahun. Dan perkara menarik tentang aku ialah aku datang daripada keturunan Mahsuri. Ini pertama kali aku perkenalkan diri aku dengan terselit fakta tu, dan yup, this is kinda refreshing.

Mengikut kata Ibu, sebaik saja Mahsuri dihukum mati, warna darah anaknya, Wan Hakim juga turut bertukar menjadi putih. Perkara ini tidak diketahui oleh orang ramai disebabkan kedua Wan Derus dan Wan Hakim sudahpun tinggalkan Pulau Langkawi pada waktu kejadian itu berlaku.

Tolak mengenai fakta yang darah aku berwarna putih, overall aku cumalah gadis biasa. Haha, kau mesti harapkan aku ada some kind of superpower, kan? Itulah, aku pun awalnya harapkan perkara yang sama namun 17 tahun percubaan telekinesis yang gagal menunjukkan bahawa aku ni biasa-biasa je.

Kita yang AnehWhere stories live. Discover now