2: vampire ada kat Malaysia?

1K 88 14
                                    

「 vermilion eyes 」

" Wha- MAK!! "

" Aaargh!! "diakibatkan rasa terkejut yang teramat sangat, aku spontan menolak lelaki bertaring itu dengan kuat daripada terus menindih aku. Dia kemudiannya terjatuh terbaring di tengah-tengah jalan tar. Mulutnya mengerang kesakitan.

Tangan aku teraba-raba di atas tanah, mencari-cari apa-apa objek yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai senjata. Mata aku menangkap sebatang ranting kayu berdekatan dengan aku, dan tanpa banyak songeh aku terus mencapainya. 

" Jangan dekat dengan aku! " larang aku, suara aku bertempik kuat. Dengan beraninya, aku menghalakan batang ranting itu ke arah lelaki bertaring itu supaya dia tidak menyerang aku. Tangan aku terketar-ketar. Dada aku berdebar takut. 

Makhluk apa lelaki tu? 

" Hah.. siallah.. " bibir lelaki itu melepaskan carutan halus, dia berusaha untuk berdiri dari jalan tar tersebut. Tangan kirinya digunakan untuk membantu dirinya untuk bangun, dan selepas itu debu yang melekat di tangannya ditepuk-tepuk. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit. 

Anak matanya yang berwarna merah geliga itu kini memandang tepat ke arah aku. Marah, semestinya. Aku baru saja tolak dia jatuh dan sesiapa saja akan marah dalam keadaan sedemikian. Bulu romaku meremang. Jelingan tajamnya membuatkan aku berasa gerun. 

Mata merah menyala dan gigi taring. Jangan kata yang dia..? 

" Seriously? Not even thank you? Aku baru tolong kau kot. " lelaki itu bersuara dan serentak itu gigi taringnya juga turut menyerlah setiap kali dia mengucap kata. Aku sedikit terkejut melihat taringnya dan secara tak sengaja aku berundur selangkah. 

" Kau fikir aku nak percaya benda tu? " aku memberanikan diri untuk melawan. Tangan aku masih statik menghalakan ranting itu ke dia.

" Hah? " kerutan di dahi lelaki itu makin bertambah. 

" Aku tahu kau tu vampire. Mesti kau sebenarnya nak hisap darah aku, kan? " sambung aku lagi, yakin. Walaupun aku sedikit pelik tentang bagaimana golongan vampire wujud di Malaysia, tetapi itu tak penting sekarang ni. Mana tahu sebenarnya dia dah lama aim aku sebelum aku hampir kena langgar tadi? Vampire bukan baik.

Soalan aku tak berjawap, sebaliknya lelaki itu lama memandang ke arah aku tanpa berkedip matanya. Tak lama selepas itu, senyuman sinis mula terukir di wajahnya disusuli dengan ketawa mengekek. Garau dan tidak nyaring, tetapi itupun boleh menimbulkan rasa takut sesiapa yang mendengar.

" Vampire, ek? Hahahaha.. " ulang lelaki itu, ketawanya masih tersisa dan kepalanya digeleng-gelengkan. Dia mula menguakkan langkahnya menuju aku. 

" Kalau aku vampire pun kenapa cik adik? Kau nak tunjuk salib kat aku? Baca ruqyah? Ke, kau nak sihir aku guna ranting tu? " duga lelaki bermata merah itu. Makin dia mendekat, makin aku terundur ke belakang. 

Mata aku dah berselang-seli memandang wajah makhluk bertaring itu dengan pintu pagar rumahku yang cuma beberapa tapak dari tempat aku berdiri. Nak je aku lari, tapi apa jadi kalau makhluk ni boleh 'teleport'? Tak ke naya nanti?

Pap. Kaki aku berhenti apabila belakang aku tiba-tiba bertemu dengan permukaan yang keras. Terdapat batang pokok yang menghalang aku daripada terus berundur. Jantung aku berhenti.

" Jangan dekat aku kata..! " aku terus menghayunkan batang ranting di dalam tangan aku dengan agresifnya. Mata aku tertutup akibat takut, tubir mataku mula bertakung dengan air mata. Mak..! Nazif..! Tolong Nad..! 

Pap. Ranting di tangan aku berjaya ditangkap oleh lelaki itu. Mata aku membulat, air mata aku dah mula berjuntaian. Tangannya yang lagi satu sudah dipasakkan pada batang pokok di mana aku bersandar, betul di sebelah pingang aku. 

Kita yang AnehWhere stories live. Discover now