Terlebih dahulu ingin saya menyusun sepuluh jari atas ketiadaan saya yang begitu lama ini.
Terima kasih buat yang masih lagi kekal bersama KYA selama ini sedangkan author tidak.
- BG
_________________Nazif
" Oh, dah settle dah? " tanya lelaki Lolongan sebaik saja aku kembali semula kepada dia. Dia berdiri dari cangkungannya. Putung rokok yang diselit di bibirnya itu dicampak ke tanah, lalu dipijak supaya apinya terpadam. Lelaki bersiong itu berjalan mengengkang ke arah aku dengan senyumannya lebar. Ianya seumpama lelaki itu sengaja menakutkan aku menggunakan taringnya yang tajam dengan tersenyum demikian.
" Mana Zara? " tanya aku terus terang. Lelaki itu mengangkat kedua bahunya.
" Zara? Hm? Siapa tu? Tak kenal, tak kenal~ " balas lelaki itu, jelas bahawa dia sengaja berkata begitu untuk membuatkan aku marah. Air liur aku ditegup perlahan. Bukannya aku tak tahu apa yang berlaku kepada semua mangsa Lolongan. Semuanya mati dalam keadaan tak sempurna.
Dan kemungkinan besar, aku juga akan alami nasib yang sama.
" Apa nama kau? " aku mula meregangkan badan. Kasut yang aku pakai di kedua kaki aku tu aku cabut, meninggalkan tapak kaki aku bertemu muka dengan tanah yang lecak. Kedua kening lelaki itu terangkat, mungkin dia tak sangka aku bertanya serbagitu sebelum mula berlawan. Senyumannya meleret.
" Oh..aku? Nama aku Raja Zarith. " dia mula mengeluarkan tangannya dari poket. Perlahan-lahan, aku lihat dengan mata aku bagaimana kukunya mula memanjang dan bertukar kehitaman. tak ubah seperti kuku beruang yang disalut minyak hitam.
" Pemegang darah mutlak Raja Bersiong. "
Dia mengangkat kedua tangannya dengan sengaja untuk menunjukkan kukunya yang tajam. Matanya yang merah menyala itu memandang tepat ke aku.
" Kau pulak? "
Aku tersenyum meleret.
" Aku Wan Nazif. " kekuda aku dipasang sambil aku menarik sedikit seluar aku ke atas. Aku mula menghayunkan kedua tangan aku di udara, dan pada waktu itulah ke semua titisan hujan di sekitar aku berhenti sebelum mencecah tanah.
" Pemegang darah mutlak Mahsuri. " ucapku yakin.
*******
Julie tercungap-cungap mengambil nafasnya. Lelaki Deramang berambut putih itu dijeling dengan penuh rasa tak puas hati. Puluhan serangan dia berikan kepada lelaki itu namun sedikit pun dia tak tercedera. Bukannya seperti lelaki itu cekap berlawan ataupun mengelak, tidak. Langkahnya kekok dan pergerakannya pun lambat.
Tapi atas sebab-sebab tertentu, dia masih lagi mampu berdiri kuat.
" Siapa kau sebenarnya? " suaranya mendatar bertanya. Jelas kelihatan bahawa dia amat geram dengan Ricky. Lelaki berambut puth itu membalas soalan itu dengan senyuman.
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
FantasyNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...