Nadhia
" Mana kau tahu abang aku pure blood? " soal aku kepada Zack. Dia telahpun melepaskan pelukan dia daripada aku. Budak lelaki Siongan itu terdiam sejenak. Dia kelihatan serbasalah untuk membuka mulutnya.
" Sebab.. pakcik aku yang bagitahu.. " jawap Zack pula, ragu-ragu. Kedua kening aku terangkat mendengar jawapan dia.
" Dan pakcik kau pulak tahu dari..? "
" Well, umm... mak kau..? " Aku spontan memejamkan mata aku, menahan sabar. Kepala aku sandarkan pada dinding sangkar itu yang yang berdebu. Of course lah Ibu bagitahu jiran kami ni dulu daripada aku kan? What else is new?
Aku mengeluh perlahan. Aku meraup kasar muka aku mengunakan tangan aku sebelum membuka mata aku semula. Baru saja aku mahu melanjutkan soalan aku kepada Zack, mata aku bertembung dengan sepasang mata yang menyala di penjuru sangkar tersebut.
" Wargh!! Apa benda dia buat kat sini? " aku terjerit kuat apabila aku mendapati burung helang itu masih lagi terdapat di dalam sangkar tersebut. Aku menyorok di belakang Zack, dan Zack yang dalam keliru itu pun menoleh ke arah burung helang tersebut.
" Woh, oh shit. " Zack mencarut dalam terkejut. Tak seperti kami, burung helang itu kelihatan langsung tak terkejut dengan kehadiran kami. Dia hanya bertenggek pada batang tempatnya berdiri, sambil matanya masih tak lepas daripada kami berdua.
" Kau tak rasa ke kita patut keluar? " cadang aku kepada Zack. Remaja Siongan itu laju menggeleng,
" Tak, tak payah. Kira okay lah ni dia tak serang kita. Jangan gerak banyak sangat, sudah. " balas Zack pula. Aku sekadar menarik muka apabila rancangan aku untuk keluar tidak berhasil. Aku beralih dari belakang Zack dan kembali semula ke tempat aku tadi.
Lagi sekali aku merenung burung helang tersebut.
" Zack, mana kau tahu cerita Si Tanggang tu? " soalan aku itu membuatkan Zack kembali menoleh ke arah aku.
" Hah? "
Eh, mamat ni. Buat tak tahu pulak.
" Tadi yang kau cerita kat aku tu lah. Cerita Si Tanggang tu bertukar jadi helang. " aku menerangkan dengan lebih detail. Kali ini kedua kening Zack pula terangkat.
" Oh, yang tu. Aku ada baca bukunya kat library. Entah apa tajuk dia. Tapi menarik lah juga versi tu. " balas Zack pula. Aku mengangguk-ngangguk. Lagi sekali aku memandang ke arah burung helang tersebut. Kali ini dia tak lagi memandang ke arah aku dan Zack, sebaliknya dia hanya menutup mata. Tidur pulak ke?
Aku berdiam sejenak.
" Kau tak rasa ke benda tu mungkin berkait? " Kerutan di dahi Zack mula muncul.
" Berkait dengan apa? "
" Alah, berkait dengan tu lah.. " aku mengerling ke arah burung helang itu lagi, " dengan garuda yang kita cari tu. "
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
FantasiNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...