25: friends, finally

627 55 74
                                    

Nadhia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nadhia

Aku menguakkan langkah aku menuju ke bilik yang diberitahu oleh Kit. Tombol pintu itu aku pulas, lalu aku tolak. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, mata aku terus menangkap kelibat Zack yang terbaring tak sedarkan diri di atas katilnya. Langsung aku pergi mendapatkan dia. 

Wajah Zack aku tenung. Kulitnya makin pucat. Tak ubah seperti lelaki Lolongan yang kitorang jumpa tempoh hari. 

" And yet he was guarding you when I met him. Dia gigit tangan dia sendiri untuk kawal diri dia sendiri. Dalam kondisi dia, dia tak sepatutnya ada rasionaliti atau kebolehan untuk berfikir. Aku tak tahu macam benda tu boleh jadi. It's either you or him. One of you is a miracle. "

Ayat Kit itu terngiang-ngiang di kepala aku. Spontan mata aku jatuh pada lengan kanan Zack yang berbalut. Nampaknya benda tu betul. 

Walaupun aku tak pernah rasa sakitnya digigit oleh Siongan ataupun Lolongan, aku pernah lihat gambar-gambar lukanya. Dan semuannya kelihatan dalam dan menyakitkan. Sedangkan waktu aku kena gigit dengan kucing dulu pun aku dah menangis bagai nak gila, inikan pulak digigit dengan gigi taring yang tak ubah seperti gigi taring singa. 

" Sampai bila kau nak tenung je aku? " aku tersentak apabila Zack bersuara dengan matanya yang masih tertutup. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan melirik kepada aku. 

Aku tergamam. 

" Err.. Tak, aku cuma nak make sure kau hidup ke tak. Kat.. luar ada makanan. Kalau kau lapar, keluarlah. " ujar aku, aku dapat rasakan bahang mula memenuhi wajah aku. Baru saja aku mahu melangkah keluar dari bilik tersebut,

" Eh, kejap lah. " 

Langkah aku terhenti apabila mendengar ayat Zack. Aku kembali memandang dia, dan aku lihat bagaimana remaja Siongan itu struggle untuk duduk di katilnya. Dahinya berkerut-kerut apabila dia secara tak sengaja gunakan tangan kanannya dan langsung aku pergi menolong dia. 

Senyuman nipis dia hadiahkan pada aku. 

" Terima kasih. " 

" Sama-sama. " aku membalas ringkas. Itu pertama kali dia senyum genuinely pada aku setelah sekian lama. Biasanya dia akan menjeling aku ataupun tersenyum mengejek. 

" Kau okay? " aku terdiam sejenak mendengar soalan dia. Dia planning untuk bersembang dengan aku ke? Okay.. 

Aku mengangguk pada soalan dia. 

" Better daripada kau, at least. " jawap aku pula. Mata aku kembali jatuh pada tangannya yang masih berbalut. Zack mengangguk-angguk mendengar balasan aku memandangkan dia boleh nampak perbezaan kondisi kami berdua. 

" Abang Nazif dengan Abang Ricky? " sebaik saja Zack menyebut dua nama tu, langsung imej kedua lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah kembali ke ingatan aku. Spontan aku terus memejamkan kedua mata aku untuk menghilangkan imej itu. 

Kita yang AnehWhere stories live. Discover now