Nazif
" Hah... Hah.. " aku tercungap-cungap mengambil nafas sambil menahan rasa pedih pada setiap luka aku yang terbuka. Lengan, perut, dada, paha, betis, dan muka. Dia menyasarkan setiap anggota badan aku dan mengelak daripada melukakan nadi aku. Ianya seumpama dia berlawan dengan aku sebagai permainan.
Darah putih aku kian jatuh menitik dari setiap luka carikan yang lelaki Lolongan itu tinggalkan di badan aku. Tangan kanan aku menekan luka aku di bahu aku, memandangkan itu merupakan luka aku yang paling dalam yang Lolongan itu tinggalkan setakat ini.
" Come on lah, Na-Naz. Takkan itupun dah penat kot? Kata pure blood? " Zarith mengejek aku. Dia ketawa menyeringai, menunjukkan lagi gigi taringnya yang bersinar tersebut.
" Jangan panggil aku Na-Naz lah setan. " aku menjeling ke arah Lolongan tersebut. Zarith langsung tak tergugat dengan amaran aku sebaliknya dia hanya ketawa dengan lebih kuat.
" Comellah kau ni, Na-Naz. " ujar Zarith dengan senyuman senget terukir di bibirnya. Tak semena-mena, lelaki Lolongan itu lagi sekali meluru ke arah aku dan ZAP!!
Aku menghayunkan tapak tangan aku ke depan dan spontan membentukkan pendinding air di hadapan aku. Seperti yang aku sangka, Zarith teleport ke belakang aku dan SPLASH!! Aku memusingkan badan aku lalu terus menarik pendinding air itu ke belakang dan menghentamkan ia ke badan lelaki Lolongan tersebut seumpama air terjun yang deras.
Tubuh Zarith langsung terpelanting jauh ke udara. Buat seketika, Lolongan itu hanya terapung di udara sebelum kemudiannya belakangnya menghempap dinding kayu kedai itu yang masih lagi tersisia. Dinding kayu itu rentak, dan langsung punggung Zarith jatuh ke tanah. Badannya terus lenjun disebabkan serangan aku itu, dan buat seketika dia hanya kaku dalam posisi duduknya. Senyuman sinis aku terukir.
" Sekarang siapa yang comel, hah? Ri-Rith?" aku bertanya dengan nada menyindir. Mata aku meliar mencari kelibat Ricky namun helaian rambut putihnya itu sedikit pun tak kelihatan. Mana mamat ni? Aku perlukan dia untuk sembuhkan balik luka aku. Takkan dia betul-betul mati kot?
Aku mengerling ke arah Zarith itu semula. Dia masih lagi di situ. Tak bergerak.
Aik, dah kalah ke?
Aku membentukkan bola air di tapak tangan aku dan langsung membalingkan ia ke arah Lolongan tersebut dan ia mengenai tepat ke wajahnya. SPLASH! Tak bergerak.
Aku baling bola air yang kedua ke mukanya. SPLASH! Masih lagi tak bergerak.
Bola ketiga aku sasarkan ke mukanya semula.
SPLASH!
Pun tak bergerak.
Kening aku terangkat ke langit. Apa keturunan Lolongan ni lemah dengan air ke? Jangan-jangan diorang ni robot tak? Aku tak fikir panjang, dan langsung menghayunkan langkah aku untuk pergi mencari Ricky. Melihat daripada bagaiman senangnya aku tumpaskan pure blood Lolongan, mestilah Ricky pun dah menang.
YOU ARE READING
Kita yang Aneh
FantasyNadhia terpaksa melalui 17 tahun kehidupannya menjadi gadis berdarah putih atas faktor genetik. Apparently nenek moyangnya telahpun menurunkan sumpah kemarau terhadap tanah Langkawi untuk 7 keturunan dan kisah tu tercatat sebagai lagenda Melayu. Tak...