17: Kit, Si Tuan Kedai Burung

437 58 17
                                    

[ happy new year !! ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ happy new year !! ]

" Kenapa korang masuk kat situ?  Kan dah tulis kat situ yang staff je boleh masuk. " tegah Nazif, wajahnya serius. Aku berkerut aneh mendengar perkara itu, dan spontan aku menoleh kembali ke muka pintu kedai tersebut. Kelihatan tertampal pada muka pintu itu sehelai kertas usang yang sudah kekuningan, dan tertulis di atas permukaan kertas itu, 

STAFF ONLY

" Ada staff ke masalahnya? " Bahu aku ditumbuk Nazif. Aku mengaduh sakit. Apa masalah mamat ni dengan bahu aku?! Dah dua kali dia pukul bahu aku untuk hari ni! 

" You could sign to be one, if you want to. " suatu suara bernada ceria membalas, dan spontan kepala aku berpaling ke punca arah suara tersebut. 

Berdiri tak kejauhan aku terdapat seorang.. manusia dewasa yang bertumbuh ramping tersenyum kepada aku. Rambutnya dipotong mullet, wajahnya kelihatan lembut dengan dihiasi bulu matanya yang melentik, tapi apa yang menarik perhatian aku ialah halkumnya yang tertimbul. Aku terdiam sejenak.

 Ini.. laki ke perempuan..? 

" Nadhia, Zack. Ini pemilik kedai ni, nama dia Kit. " Nazif memperkenalkan si pemilik kedai burung tersebut.  Kit melambaikan tangannya kepada kami berdua sambil tersenyum panjang. Aku dengan ragu-ragunya menyambut lambaian dia. 

" Hi! Korang suka ke tengok helang kat luar tu? " tanya Kit, dia melangkah mendekati aku. Pada waktu itu lah aku sedar ketinggian aku dengannya lebih kurang sama.

" Ah, ha'ah.. Helang tu nampak peramah. " aku memuji kosong. Kena lah jaga hati tuan kedai kan?

" Oh ye ke? Baru je minggu lepas dia lari keluar dan makan anak anjing kat kubur lama depan tu. Orang kampung punya lah takut dengan dia, jadi sebab tu lah aku kurung dia kat luar tu. Nak bagi punishment~" 

" Lari keluar?! " suara aku ternaik seoktaf. Dari ekor mata aku, aku boleh nampak bagaimana rakan-rakan aku yang lain juga turut terkejut.

Kit mengangguk yakin. " Mungkin sebab sangkar lama dia tu kayu, jadi senang dia nak tebuk. Dulu aku dah pernah suruh arwah ayah aku tukar, tapi dia tak nak. Kan dah makhluk tu buat hal. "

Kata-kata Kit buatkan aku tergamam. Kenyataan yang baru dikeluarkan oleh makhluk berjantina misteri ni meyakinkan aku lagi bahawa dia ni merupakan pembunuh bersiri. Patut ke aku call police..?

" Oh tentang helang tu, Kit.. " Nazif tiba-tiba menyampuk, " .. kitorang nak ambil helang tu. "

Oh hell nah.

Tanpa segan silu aku teruk menarik abang aku itu ke hujung penjuru kedai itu. Dia meronta-ronta minta dilepaskan, namun aku tak hiraukan. Aku perlukan explaination.

" Kau kenapa, Nad? " Nazif menghentak tangannya serentak itu membuatkan genggaman aku terlepas. Aku merenung ke dalam mata dia, meminta penjelasan. 

" Kau tanya aku kenapa, kau tu yang kenapa? Kata nak cari Garuda, yang kau nak beli helang tu pulak kenapa? Kau tau tak seekor helang tu berapa harga?  Aku tahu lah puisi itu ada sebut tentang helang, tapi takkan lah nak main rembat je mana-mana helang yang kau jumpa? " tempik aku pula. Soalan bertubi-tubi aku berikan kepada Nazif dan lelaki itu menghela nafasnya lemah.

" Look, Nad. Aku minta maaf sebab tak explain awal-awal, jadi nah, " Abang aku itu tiba-tiba mengeluarkan lipatan kertas usang dari pocket seluarnya lalu dihulurkan kepada aku, " naskah tu sebenarnya ada bagi kita peta. " 

Peta? 

Aku membuka lipatan kertas dan betul, ianya merupakan sekeping peta. Mata aku langsung meneliti lukisan peta itu dan pandangan aku berhenti pada tanda pangkah yang dilukis dengan pensel berwarna merah. Ianya terletak pada kedai burung yang berdepan dengan kubur lama. 

" Kenapa kau tak bagitahu aku dengan Zack awal-awal? " 

" Sebab aku tak nak kau buat perangai gila kau dan cari helang ni sendiri. " kening aku berkerut seribu mendengar tuduhan yang lebih berat daripada dosa Firaun. 

" Apa maksud kau? " 

" Tak payah nak acah lah, Nad. Aku tahu otak kau macam mana. Kalau tak disebabkan aku tahu tentang nombor Ricky, kau mesti fikir nak investigate kes ni sorang-sorang sampai habis. " terang Nazif pula panjang lebar. Aku terdiam mendengar penjelasan abang aku yang sorang itu.

" Mana ada. " aku menarik muncung sendiri. 

" Nad, Naz. Semua okay ke? " Abang Ricky muncul dengan riak wajah risau dengan disusuli Zack dari belakang. Mungkin dia terkejut tengok aku tiba-tiba tarik Nazif tanpa berkata apa-apa. Aku memberikan sengihan kerang. 

" Tak, tak ada apa. Dah settle da- " 

PUM! 

Bunyi guruh tiba-tiba berdentum kuat yang langsung membuatkan aku terperajat. Lantai di bawah kaki aku bergegar yang menyebabkan aku hampir hilang keseimbangan. Tak, itu bukan guruh. Bunyinya lebih dekat dan kuat. Tak ubah seperti.. letupan. Aku saling berpandangan dengan yang lain sebelum kami pergi mencari punca bunyi letupan kuat tersebut. 

Dan seperti yang aku sangka, ianya bukan guruh. 

Mata aku membulat, bibir aku terketar. Wajah aku bertukar pucat sebaik saja aku sedar separuh dari kawasan kedai itu sudah ranap dalam sekelip mata seperti dihentam meteorit yang dahsyat. Dari bahagian kaunter sehingga lah ke barisan sangkar-sangkar burung, semuanya bertukar menjadi debu dalam serta merta. 

Apa benda yang jadi? Letupan ke? Bom? Tanpa sebab? Lagi satu, Kit pulak mana?

Sedang aku masih lagi cuba memproses kejadian yang baru saja berlaku, mata aku menangkap suatu kelibat manusia yang berada di balik kepulan asap yang muncul disebabkan hentakan itu. Di dalam hujan yang lebat itu aku boleh lihat, dia mula berjalan menuju ke arah aku. 

" Kit? Kit ke tu? Kit! Awak okay ke- " aku baru saja mahu membuka langkah menuju ke kelibat tersebut namun tertahan sebaik saja tangan aku ditarik kuat ke belakang. Aku tersentak dan langsung melihat siapa yang menarik aku tersebut. 

Zack. 

" Zack, kau kenapa? Lepas lah, aku nak pergi tengok- " 

" Shh. Itu bukan Kit. " tegas Zack, wajahnya nampak serius. Matanya langsung tak lepas daripada kelibat tersebut, dengan genggamannya yang masih kemas di pergelangan tangan aku itu. Dari sebelahnya aku boleh lihat rahangnya diketap kuat seperti dalam kegerunan, tetapi kenapa?  

" Aaarghh... menyemak lah benda ni.. " aku berpaling apabila telinga aku muka menangkap suara yang garau. Melangkah keluar dari kepulan asap tersebut, terdapat seorang lelaki tinggi lampai yang mengenakan kot hitam panjang dengan kulitnya yang pucat lesi. Dia selamba saja meredah lopak dan kayu yang bersepah, seperti dia langsung tak tercedera daripada impak letupan tersebut. 

Jantung aku berdegup laju. 

Takkan lah dia ni..

" Oh, dah jumpa~! " tempik lelaki itu dalam nada gembira. Kepulan asap itu makin menipis dan pada waktu itulah rupa paras sebenar lelaki itu mula terserlah di pandangan mata. Di bawah kegelapan awan hujan, aku boleh lihat anak matanya yang merah menyala seumpama darah. Senyumannya terukir lebar, dan jelaslah taring giginya yang menikam. 

Dalam ketakutan yang menggila itu aku membisik perlahan, 

" Lolongan.. ? " 



-TBC

-TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kita yang AnehWhere stories live. Discover now