Pang!
Qaseh memegang pipinya yang terasa pedih akibat tamparan dari ibu mertuanya. Walaupun air mata sudah berjela keluar, mata wanita itu menatap tajam Qaseh.
"Sebab kau, anak aku kena tanggung semua ni tahu tak!" Bentak Elvira pada Qaseh. Langsung tiada rasa belas kasihan melihat tangisan Qaseh. Bagi dia Qaseh pembawa malang. Qaseh penyebab Qayish menanggung rasa sakit di dalam bilik pembedahan.
"Umi" Perlahan suara Qaseh memanggil ibu mertuanya.
"Kau jangan nak panggil aku umi! Aku bukan mak kau! Aku tak pernah anggap kau sebagai menantu aku sekalipun. Kau penyebab Qayish masuk hospital! Kalau apa-apa jadi pada anak aku, aku takkan maafkan kau!" Elvira meluru ke arah Qaseh.
"Elvira liany stop!" Qash menahan isterinya dari menyerang Qaseh yang sedang sarat mengandung. Tubuh isterinya ditarik menjauh dari Qaseh.
Qaseh memejam rapat matanya, perut yang buncit itu dipegang, mahu melindungnya.
"Jangan buat kecoh di sini! Awak tak malu ke? Daripada awak marah dia baik awak berdoa supaya anak kita yang tengah bertarung nyawa tu baik-baik sahaja!" Ujar Qash keras. Tidak suka dia dengan tindakan isterinya itu. Ini semua takdir tuhan bukan salah sesiapa pun.
Elvira menjeling tajam Qaseh yang sedang menundukkan kepala. Qalish mengeluh kecil dia berjalan dekat ke arah uminya.
"Umi, dah lah jangan macam ni. Bukan salah dia pun.. Kita doa yang baik-baik sahaja ya? Semoga Qayish selamat" Pujuk Qalish lembut.
"Qalish pun nak pertahankan perempuan murah tu ke?! Heh kau dah bomoh ke anak dan suami aku ni sampai dia orang nak bela orang macam kau ni?!" Tengking Elvira. Panas hati dia bila anak dan suaminya seakan membela Qaseh.
Qalish meluru ke arah Qaseh.
"Qaseh, saya rasa baik awak balik dulu. Emosi umi tak stabil lagi ni. Nanti dia buat apa-apa pula dekat awak. Lagipun Qaseh tengah sarat baik Qaseh berehat" Tutur Qalish lembut.
"Tapi along, Qaseh nak tunggu suami Qaseh. Dia perlukan Qaseh, along" Ujar Qaseh enggan untuk pulang. Dia mahu tunggu Qayish sehingga suaminya sedar.
Qalish mengeluh.
"Please Qaseh, awak balik dulu. Awak jangan risau, saya akan beritahu awak kalau Qayish sudah sedar" Pujuk Qalish.
"Saya tahu awak berat hati tapi kali ini sahaja saya mohon, tolong balik" Sambung Qalish. Makin gugur air mata Qaseh. Dia berat hati ingin pulang. Qaseh menyeka air matanya dan mengangguk kecil.
"Baiklah kalau itu yang kamu semua mahukan. Saya balik dulu"Qaseh mengangkat kaki pergi dari situ. Qalish, Mawar dan Qaylisha menatap sosok Qaseh dengan rasa kasihan.
Mawar memegang lengan suaminya.
"Abang hantarlah dia balik. Dah malam ni, bahaya. Dia kan tengah mengandung" Pinta Mawar pada Qalish. Qalish memandang Mawar dan mengangguk kecil.
"Baiklah" Qalish menghulurkan tangannya pada Mawar dan dengan pantas Mawar menyalam tangan suaminya. Qalish mengucup dahi Mawar sebelum berlari mengejar Qaseh.
First of all, saya minta maaf kalau cerita ni akan ade banyak kekurangan and tak berapa interested. I really hope u guys boleh enjoy with this story 😘. Happy reading! <3
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...