Bab 14 🌷🖤

1.8K 66 3
                                    

"Tadaaa!!" Qayish dengan bangganya menunjuk semangkuk bubur yang berjaya di buatnya. Berterima kasihlah pada pakcik google.

Qaseh memandang selamba semangkuk bubur itu. Matanya lebih tertarik melihat jari-jari Qayish yang ada tertampal handsaplast. Dia ingin bertanya tetapi niat itu dicampak jauh-jauh dahulu.

"Duduklah tulip. Cuba rasa bubur saya buat ni" Qayish menarik kerusi. Qaseh perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Qayish berlari anak ke hadapan Qaseh. Kerusi di hadapan Qaseh ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ.

"Awak tak ada letak racun kan?"

"Astagfirrullahalazim! Mana ada! Eh ada lah! Racun cinta. Saya siap jampi bubur tu biar awak jatuh cinta pada saya semula"

"Menyampah" Qaseh melafadzkan Bismillah sebelum bibir itu selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Tawar" Komen Qaseh selamba.

"Aaaaa..... Eh! Orang sakit memang kena makan benda yang tawar. Tu saya saja buat bubur tu tawar" Hish padahal dia dah ikut sebiji-sebiji kut! Macam mana boleh tawar?!

"Ye lah tu" Qaseh kembali menyudu bubur itu dan di masukkan ke dalam mulutnya.

Suasana hening. Qayish hanya memandang Qaseh yang menyantap masakannya.

"Jari awak tu kenapa?" Qayish menjongketkan keningnya apabila Qaseh tiba-tiba bersuara. Dia memandang jari-jarinya.

"Emm kena pisau masa nak potong kentang dengan carrot tadi" Qayish tersengih malu. Dia mengusap belakang lehernya.

"Emm awak pasal-"

"Jangan nak bangkit-bangkitkan lagi tentang hal itu. Saya sakit hati"

"O-okay! Okay! Saya tak cakap dah!" Qayish terus menutup mulut. Tidak mahu mengganggu Qaseh.

Qayish hanya memerhati Qaseh yang tenang melahap bubur yang dimasak olehnya. Tinggal setengah sahaja sisa bubur di dalam mangkuk Qaseh menolak mangkuk itu kepada Qayish.

"Awak pun demam. Makanlah" Ujar Qaseh perlahan. Bukan dia tak perasan semasa bangun dari tidur tadi. Semasa Qayish menyentuhnya dia dapat merasakan suhu yang agak panas.

"T-tak apa. Saya ok je. A-awak makanlah. Dari tengah hari awak tak makan kan?"

"Kalau awak tak nak makan saya pun tak nak makan dahlah" Ugut Qaseh halus. Tak tahulah Qayish tu tergugat tak dengan ugutannya.

"Ala awak ni main ugut-ugut pula!"

"Saya nak masuk tidur. Pagi-pagi esok saya keluar dari sini" Qaseh angkat punggungnya. Langkah diatur pada bilik.

"Okay okay! Saya makan!" Qayish pantas menghalang laluan Qaseh. Qaseh menahan senyum.

Mereka berdua duduk semula di kerusi berkongsi bubur yang khas dibuat oleh Qayish.







Qaseh tidak dapat tidur dengan nyenyak. Di pusing tubuhnya ke kiri ke kanan untuk mendapat posisi yang selesa.

"Huh! Tak boleh tidur pula!" Qaseh memandang siling bilik itu. Entah tiba-tiba rasa tak lengkap. Patutnya Qaseh sedikit gembira, Qayish memberi bilik yang lain untuk dia tidur.

Qayish pun sekarang rasanya sudah sedap bermimpi dalam bilik.

Qaseh memandang pintu. Kedengaran seperti ada orang di sebaliknya. Qaseh memejam rapat matanya, berpura-pura tidur.

Bunyi pintu yang terbuka menyapa di telinga Qaseh. Qaseh menahan gugup. Takut pula jikalau Qayish mengapa-apakan dirinya.

Terasa satu tangan kasar menyentuh dahi dan seterusnya di leher. Tidak cukup dengan itu terasa kepalanya di usap lembut.

"Sorry, sebab saya, awak jadi macam ni. Saya tak ada niat nak sentuh awak malam tu. Saya tak dapat nak kawal perasaan saya. Awak tahu? M-masa saya dalam tempat tu, banyak perempuan cuba goda saya, mereka rela jadi pemuas nafsu saya tapi saya kuatkan diri untuk tak jatuh dalam tangan mereka. Saya cuma ingat awak sahaja, isteri saya" Tangan Qayish tidak berhenti dari mengusap kepala Qaseh. Tangannya beralih pada pipi Qaseh. Jari telunjuknya mengusap pipi gebu itu.

"Hati saya sakit. Hati saya sakit bila awak suruh saya ceraikan awak. Tuhan je tahu betapa remuknya hati saya bila perkataan tu keluar dari mulut awak." Qaseh menahan air matanya dari gugur. Tindakan dia sebelum ini salahkah? Dia cuma mahu bebas dari kesakitan ini.

"Biarlah awak fikir saya selfish sebab tak nak ceraikan awak. Saya tak nak hilang awak lagi. Dua tahun tu dah cukup sakit untuk saya tanggung. Saya akan tebus semula kesalahan saya pada awak." Kelopak mata Qaseh terbuka. Qayish tergamam pantas dia menjauhkan tangannya dari wajah Qaseh. Tidak mahu Qaseh salah faham.

"S-saya minta maaf! S-saya tak buat apa-apa pun. Saya cuma nak tengok keadaan awak" Qayish bangun dari duduknya menjauhi Qaseh. Tolonglah, dia tidak mahu Qaseh bersangka buruk terhadapnya.

"S-saya haus"

"Saya ambilkan awak air sekejap ya" Ujar Qayish prihatin dan berlalu keluar.

Qaseh bangun dari baringnya, belakang badan disandar pada kepala katil. Tidak perasan air matanya gugur. Hatinya tersentak mendengar jelas setiap perkataan yang keluar dari mulut Qayish atau boleh juga katakan, suaminya.

Berdosakah aku ya Allah?

"Ya Allah awak kenapa menangis ni!" Qaseh tersentak sebelum memandang Qayish yang laju mendekatinya.

Walaupun di bilik itu agak gelap, mata Qayish tajam menangkap air mata isterinya.

"Berdosa ke saya sebab lari dari awak dua tahun lalu. Saya isteri yang nusyuz?" Tanya Qaseh tiba-tiba. Qayish terdiam.

"Saya yang jahat selama ni. Saya yang tinggalkan suami saya."

"T-tak. Awak isteri yang baik. S-saya yang dayus. Saya cuma pandang awak sebagai tempat saya puaskan nafsu." Ujar Qayish gugup. Terlalu pahit itu dia ingat semula perbuatan jahatnya dahulu.

"Sudahlah jangan kita bahas lagi tentang ini. Saya nak masuk bilik saya. Kalau ada apa-apa awak panggil je saya ya?" Qaseh mengangguk kecil. Qayish senyum tipis sebelum berlalu keluar.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now