Bab 51 🌷🖤

1.3K 49 4
                                    

Perlahan-lahan air mata Qaseh gugur. Sangkanya malam itu Qayish tidur di bilik lain rupanya suaminya itu keluar. Kebetulan waktu itu hujan lebat. Dan paling menyayat hatinya apabila dapat berita suaminya itu kemalangan.

"Saya minta maaf bagi pihak umi."

Suara garau itu membuat Qaseh menoleh. Dipandang wajah yang seiras Qayish.

"Tak apa. Apa yang Puan Elvira cakap tadi betul. Saya... Pembawa malang. Saya penyebab Qayish accident. Kalaulah saya tak minta cerai pada dia mungkin semua ini tak berlaku."

"Semuanya dah tertulis. Kita tak boleh nak patah balik. Mungkin ini cara Allah buat umi tunjuk yang dia masih sayang pada Qayish." Ujar Qalish. Matanya fokus memandang hadapan, stereng kereta dipegang kuat. Tipulah kalau dia tidak sakit hati lihat keadaan adik kembarnya tadi. Penuh dengan darah. Mungkin ini perasaan Qayish apabila dia kemalangan dulu.

"Saya minta maaf kalau dah susahkan along nak kena hantar saya balik."

"Tak susahkan pun. Awak adik ipar saya. Kita kan satu keluarga. Tak ada istilah 'susahkan' di antara kita" Ujar Qalish nada biasa.











Qalish bukakan pintu untuk Qaseh. Qaseh melangkah masuk ke dalam rumah sebelum menoleh ke belakang semula.

"Terima kasih sebab sudi hantar saya."

"Sama-sama. Awak jangan risau. Qayish tak apa-apa. Dia kuat. Dia boleh lalui semua ini selagi awak ada di sisi dia." Ujar Qalish agar Qaseh berhenti risaukan Qayish. Qaseh lambat-lambat senyum.

Ya. Abang kuat. Nuha tahu abang kuat.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Qalish berlalu pergi. Qaseh pandang pemergian abang iparnya selepas menjawab salam.

Qaseh menutup pintu sebelum menoleh ke ruang rumah. Dia pandang isi rumah itu. Tiada lagi Qayish.

Perlahan-lahan dia melangkah ke ruang tamu memandang setiap sudut rumah. Baru berapa jam tidak berjumpa dia sudah rindu akan suaminya.

"Abanggg... Cepatlah sihat. Nuha nak abang. Macam mana Nuha nak lalui hidup tanpa abang. Abang ialah separuh dari nyawa Nuha." Lirih hati Qaseh. Dia usap perutnya.

"Baby, kita doa biar papa cepat keluar dari hospital ya. Baby pun mesti rindu papa. Semoga Allah lindungi papa."















"Abang, Qay dah lepas tahap kritikal. Alhamdullilah, dia dah dipindahkan ke ward biasa." Beritahu Mawar pada suaminya. Beribu syukur apabila doktor beritahu mereka semua tadi bahawa Qayish tiada apa-apa.

"Dia dah sedar?"

"Belum. Dia ditidurkan. Tapi abang jangan risau ya, adik abang kuat. Kita tahu benda itukan?"

"Ya. Abang tahu. Qayish kuat. Adik abang kuat." Ujar Qalish lembut. Dia senyum tipis. Syukur pada Allah kerana telah lindungi Qayish.

"Abang nak stay sini ke?"

"Ha ah. Tapi Mawar baliklah rumah ya? Tak elok Mawar duduk sini. Mawar baru habis pantang. Abang nak tunggu Qay. Boleh ya sayang?"

"Boleh abang. Lagipun Qay lebih perlukan abang sekarang. Abang pergilah tengok dia. Umi ada sekali."

"Umi ada? Umi tak balik ke?"

"Tak. Umi cakap dia nak temankan Qay." Ujar Mawar perlahan. Terkejut juga apabila umi ambil keputusan ingin duduk di sini. Umi dah terima Qayish?

"Hmm yelah. Marilah abang hantar Mawar balik."



















Mianhaeee... This chapter is too short 🥲

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now