Kelopak mata Qayish terbuka perlahan-lahan. Qayish meneliti sekeliling ruang itu. Sangat bercahaya sehingga sakit matanya. Tiba-tiba fikirannya terlintas pada sang isteri.
Dimana isterinya? Dia ada bermimpi melihat jasad kaku isterinya. Dia toleh ke sisi. Kosong! Mana semua orang? Kenapa dia berada di dalam wad? Perasaan ingin tahu muncul. Tak sampai beberapa saat muncul abang kembarnya. Qayish bangun dari baring dan bersandar di kepala katil.
"Along... Mana isteri Qay? D-dia dah selamat melahirkan anak kita orang? Qay nak jumpa dia...." Pinta Qayish berharap. Melihat riak wajah abang kembarnya yang sayu, Qayish sudah dapat agak.
"Qay... Qaseh sudah... Tiada." Ujar Qalish perlahan tidak mahu menyakiti hati kembarnya. Dia tahu betapa tersiksanya apabila hilang orang yang kita sayang. Sakit. Amat sakit.
Qayish tundukkan kepala. Jadi semua itu bukan mimpi? Dari masa dia berada dalam bilik persalinan melihat isterinya mempertaruhkan nyawa sehinggalah melihat jasad isterinya yang kaku... Semua itu realiti?
Tiba-tiba Qayish teringat akan sesuatu. Dia angkat kepalanya.
"Anak Qay mana along? Dia selamatkan? Tolong along! Cakap anak Qay selamat!" Rayu Qayish. Cukuplah dia kehilangan anak pertama dan isterinya. Dia tidak mahu kehilangan anak dia buat kali kedua.
Pintu wad terbuka dari luar. Qayish pantas menoleh. Dia melihat kakak iparnya membawa seorang bayi.
Mawar mendekati Qayish dan bayi itu bertukar tangan. Qayish senyum perit melihat wajah bayi itu. Wajah anaknya sangat mirip dengan Qaseh. Comel. Berkulit putih kemerahan.
"Comel anak kita sayang..." Ujar Qayish perlahan sebelum mencium kepala bayi itu. Kepala Qayish teringat akan sesuatu sebelum dia tersenyum nipis.
"Tulip... Kita nak namakan apa baby boy ni?" Tanya Qayish lembut sambil mengusap perut Qaseh. Qaseh turut sama mengusap perutnya sebelum tersenyum.
"Nuha rasa nak bagi nama..."
"Qayl arshan."
Qayl arshan. Sebaris nama yang diberi oleh Qaseh. Qayish senyum perit.
"Assalamualaikum, Qayl arshan bin Qayish ilyaz. Anak papa dan mama." Ujar Qayish lembut kepala anaknya diusap lembut. Kelahiran anaknya yang sangat dinanti-nantikan oleh Qaseh. Tapi apabila lahirnya bayi comel ini, Qaseh pula yang pergi buat selama-lamanya.
"Terima kasih Nuha dah lahirkan anak kita. Terima kasih dah pertaruhkan nyawa untuk Qayl arshan. Abang janji abang akan jaga dia dengan baik sesuai permintaan Nuha." Bisik Qayish lembut. Dia akan jaga dengan baik amanah Allah yang satu ini.
Qayish menahan rasa sebak ketika ini. Jenazah yang berada di dalam keranda sekarang ini adalah jenazah isterinya. Qaseh arnuha. Rasa hiba apabila jenazah isterinya sekarang yang dia angkat sepanjang jalan ke kubur milik isterinya.
Tiba di kubur yang sudah siap gali. Jenazah di keluarkan. Qayish menahan tangisnya apabila dia sendiri menyaksikan jenazah isterinya dimasukkan ke dalam liang lahad. Dia sendiri yang membawa tubuh isterinya itu masuk ke dalam liang lahad.
Selesai itu, dia turut sama menggambus jenazah isterinya dengan tanah. Matanya tidak lepas melihat isterinya yang sudah sempurna dibaluti kain kafan. Kain kafan yang tadinya putih suci sudah kotor terkena tanah.
Habis itu, Yasin dibacakan. Qayish tidak habis merenung batu nisan isterinya. Tidak percaya. Tadi dia sendiri sudah mengangkat keranda isterinya, membawa isterinya masuk ke dalam liang lahad dan juga menanam jasad isterinya.
Kini, dia menyiram pula air bunga ke atas kubur isterinya. Sakit. Tak terkata sakitnya. Apabila menjadi saksi semua itu.
Alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Pengebumian Qaseh selesai tanpa ada sebarang masalah. Semua orang yang datang sudah mula pulang. Hanya Qayish dan Qalish yang tinggal di situ. Qalish diam membiarkan Qayish merenung kubur isterinya yang masih merah. Qalish berdiri tidak jauh dari adik kembarnya.
"Qaseh arnuha... Bidadariku. Abang harap Nuha sudah tenang di sana, sayang. Abang di sini akan selalu ingatkan Nuha. Memori cinta kita abang akan selalu kenang dan simpannya dalam hati. Pahit dan manis yang sudah kita lalui bersama akan abang hargai. Abang akan jaga hati abang hanya untuk Nuha. Nuha tunggu abang tau? Assalamualaikum bidadari Qayish ilyaz." Qayish cium batu nisan isterinya sebelum bangun dari duduknya. Tikar digulung sebelum dia bawa bersamanya. Dia mendekati abang kembarnya. Oh. Fikirnya Qalish sudah pergi ternyata masih berada di sini menemaninya.
Dengan langkah yang berat dia berlalu pergi. Tak sampai berapa meter Qayish berhentikan langkah membuatkan Qalish turut sama berhenti. Qayish menoleh ke kubur isterinya. Berat hati mahu tinggalkan tempat ini.
Qayish menghela nafas berat sebelum menundukkan kepalanya. Dia angkat kepala semula apabila bahunya diusap lembut. Qayish pandang abang kembarnya. Qalish senyum tipis sebelum angguk kecil. Qayish lambat-lambat senyum sebelum menguatkan dirinya berlalu pergi dari situ.
This is the last chapter... But tulip, I want you to know that our story will never end. There's no last chapter in our story. Till we meet again in another universe. Love you lillahi ta'ala.
~QAYISH ILYAZ
Stay tuned for the epilogue gess 🥀
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...