"Assalamualaikum"
Tak sempat Qayish ingin menjawab salam matanya terpandang sejambak bunga lili putih yang berada di tangannya. Hati Qayish mula tak sedap.
"Waalaikummusalam. Siapa bagi bunga tu" Tidak sempat Qaseh ingin melabuhkan punggungnya di sofa, soalan daripada Qayish menyentakkan Qaseh.
"Pakwe" Jawab Qaseh selamba. Dari situ Qaseh dapat tahu, bukan Qayish yang memberinya bunga selama ini. Habis tu siapa? Orang macam dia pun ada peminat rahsia ke?
Mata hazel Qayish menikam bunga lili itu. Siapa yang berani sangat memberi bunga pada Qaseh ni? Fikiran Qayish teringat pada lelaki misteri yang menyerangnya semalam. Makin tak sedap hati Qayish.
"Buang bunga tu" Arah Qayish tegas. Qaseh memandang Qayish tidak puas hati.
"Kenapa pula?"
"Ikut perintah saya Qaseh arnuha. Jangan melawan"
"Asal? Hati awak tergugat bila ada lelaki lain beri saya bunga? Huh! Awak dah ada girlfriend kan buat apa nak kesah pasal saya. Saya tertanya lah kenapa awak datang rumah saya semalam. Asal awak tak pergi je rumah girlfriend awak? Dia boleh rawat awak lebih baik dari saya!"
"She's not my girlfriend!"
"I don't care! Awak tak ada hak nak tentukan hidup saya."
"Pasal bunga bodoh tu awak tinggikan suara awak pada saya? Bernilai sangat ke bunga tu?" Soal Qayish garang. Qaseh berdecit malas.
"Malaslah nak layan awak. Sekarang saya rasa awak ni dah sembuh, jadi lebih baik awak balik. Kalau awak rasa luka tu masih belum sembuh pergilah dekat perempuan tu! Suruh dia rawat awak! Jangan datang rumah saya lagi!" Bunga itu dihempas ke atas lantai sebelum Qaseh masuk ke dalam biliknya.
Qayish terduduk di atas sofa. Bunga lili yang selamat berada di lantai dipandang. Qayish bangun semula dari duduknya, kad kecil yang ada pada bunga itu di ambil
"You broke my heart into piece.... I disappointed? Siapa ni?" Qayish berfikir keras. Lelaki misteri itu? Qayish masih ingat raut wajah di sebalik pelitup muka itu terkejut apabila Qayish mengaku sebagai suami Qaseh. Qayish masih tertanya siapakah itu?
Qaseh tersentak apabila terasa satu tangan melingkar di pinggangnya. Saat dia ingin menoleh satu suara terlebih dahulu menghalang.
"What are you trying to do huh? Let me go"
"Shuhh let me hug you for a while. Emosi Nuha masih tak stabil. Calm down tulip" Bisik Qayish perlahan. Mungkin betul apa yang Qayish cakap, emosinya tidak stabil. Entah kenapa dia senang marah dua tiga hari ini. Ada sahaja yang tak kena, pantang di usik pasti Qaseh akan melenting tak tentu pasal.
Qaseh memejamkan matanya, menikmati ayat Al-Quran dan beberapa zikir yang dibisikkan Qayish pada telinganya. Qaseh mula tenang mendengar suara merdu Qaseh.
Qayish tersenyum nipis melihat isterinya yang mula tenang. Perlahan-lahan bibirnya melabuh pada atas kepala Qaseh.
Qayish berkerut dahi apabila tangannya yang berada di pinggang Qaseh ditepis lembut.
"Awak baliklah. Saya perlu masa untuk bersendirian." Ujar Qaseh lemah. Dia tidak mahu perasaan marah mengawal dirinya.
"Tapi saya risau awak duduk sini seorang-seorang. Kalau apa-apa jadi pada awak?"
"Saya reti jaga dirilah!" Qaseh mula melenting. Qayish tidak percaya pada dirinya?
Qaseh meraup kasar wajahnya dan beristighfar. Dia mengangkat punggung berjalan pada tingkap. Dia hanya memandang langit yang gelap itu tanpa memandang wajah Qayish yang sudah muram.
Qayish mengatur langkah ke arah Qaseh.
"Kalau itu yang awak nak, baiklah. Saya balik dulu. Hati-hati" Ujar Qayish lembut. Qayish tersenyum perit apabila Qaseh langsung tidak menoleh ke arahnya.
"Assalamualaikum i-isteri abang" Qayish melangkah lemah pada pintu. Sekali lagi dia menoleh ke arah Qaseh berharap Qaseh menghalangnya pergi namun semuanya hampa. Qaseh hanya membeku di situ.
Qaseh mematung lama di situ. Perlahan-lahan air mata jatuh. Dia kecewa pada dirinya, entah kenapa dia rasa serba salah menengking Qayish tadi.
Mata Qaseh bergerak memandang motor Qayish yang keluar dari halaman rumahnya. Di sudut hatinya meminta Qayish akan patah balik. Dia mahukan Qayish. Tapi dia juga yang telah menghalau Qayish tadi.
Qaseh meraup kasar wajahnya, huh! Di mana sahaja dia pergi pasti ada wajah Qayish yang muncul. Dia dah mabuk Qayish agaknya ni.
"Hish! Benci betul!"
"Ya Allah dah kenapa Qaseh cakap seorang-seorang ni?" Tegur Kak Fara dari jauh lagi dia melihat Qaseh seperti orang tak betul.
Qaseh memandang Kak Fara sebelum tersengih malu.
"T-tak ada apa-apa lah Kak Fara, emm kerja ni hah. Qaseh stress hadap komputer ni hari-hari."
"Haih Qaseh ni pelik betul dua tiga hari ni. Oh ya! Lepas balik ni jom kita pergi keluar, ada festival food dekat-dekat ni. Nisa dan Wani pun ada nanti"
"Lia ada tak?" Qaseh saja bertanya dan tersenyum nakal. Kak Fara menarik muka.
"Memang taklah Kak Fara nak ajak dia! Nanti ada je benda dia complain! Panaslah, sesaklah. Huh!" Qaseh tergelak lucu. Kak Fara memang anti dengan Lia termasuklah Qaseh hahahaha!
"Hmm oklah kalau macam tu. Malam ni pun Qaseh tak ada buat apa-apa" Setuju Qaseh. Dia pun bosan duduk rumah itu seorang-seorang. Selalunya kalau nak makan dia akan masak sendiri sahaja.
"Cantekk!"
Qaseh dari tadi termenung. Keropok lekor cheese itu dicucuk-cucuk. Nisa, Wani dan Kak Fara memandang satu sama lain, bukan mereka tak perasan riak wajah Qaseh dari tadi. Kalau tunjuk bahagia pun jelas berpura-pura.
"Qaseh" Kak Fara menyentuh lembut lengan Qaseh membuatkan wanita itu tersentak. Dia menoleh ke arah Kak Fara.
"Ye Kak Fara?"
"Qaseh okay ke ni? Qaseh tak selesa eh ada dekat sini" Tanya Kak Fara bersahaja. Yelah di sini banyak digerumuni orang, tambah lagi dengan orang yang sibuk bercakap di atas pentas itu membuatkan suasana di situ bertambah bising.
"T-tak adalah, Qaseh okay je" Qaseh tersengih sebelum matanya terpandang jeruk buah di tangan Wani. Qaseh terkecur air liur melihatnya.
Wani mengikut mata Qaseh pandang ke arah mana. Jeruk buahnya!
"Err Qaseh nak sikit?" Teragak-agak Wani menolak bekas jeruk buahnya pada Qaseh. Bukan berat hati mahu beri Qaseh tapi, cara mata Qaseh pandang itu macam orang tak makan seminggu. Mengidam ke ni?
"E-eh tak apalah Wani! Qaseh boleh beli sendiri" Qaseh tersengih sebelum menolak kembali bekas itu pada tuannya. Kalau ikutkan nafsu makan memang dia habiskan tapi itu milik orang mana boleh.
"Tak apalah ambil sahaja. Sedap tau!" Wani tersenyum manis. Qaseh menggaru kepalanya sebelum menyambut huluran Wani. Dia menyucuk satu jeruk pelam sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Emm sedap!
Wani melopong melihat Qaseh tenang mengunyah jeruk pelam miliknya. Punya tenang muka tu macam tengah makan gula-gula. Masam kot benda tu!
"Tak masam ke Qaseh? Punyalah Wani try hard nak telan benda tu!" Wani bersuara. Qaseh hanya menggeleng polos. Bagi Qaseh jeruk pelam ini tak terlalu masam! Dia mahu benda yang lebih masam.
"Cik Wani oi! Awak tu memang tak boleh makan benda yang masam! Nanti mulalah muka tu berkerut." Kak Fara bersuara.
Ketiga-tiga wanita itu gelak sakan, suka dapat kenakan Wani Si mulut murai!
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...