"Buat apa tu?" Qayish menjenguk apa yang ada di dalam periuk. Qaseh memasak sup ayam.
Lama dia terperap dalam bilik, malam baru berdaya sedikit ingin bergerak. Demam dia pun makin membaik.
"Pergilah berehat, jangan kacau saya nak masak" Ujar Qaseh dingin. Qayish buat pekak sahaja.
"Saya bosan. Biarlah saya teman awak masak."
"Menyibuk je" Gumam Qaseh perlahan tapi masih dapat didengari Qayish.
"Aip tak baik cakap macam tu dekat suami"
"Awak bukan suami saya"
"Eh eh dia ni. Dah lama tak jumpa makin nakal eh. Melawan je tahu"
"Saya belajar dari kesilapan. Dulu saya lemah, ikut je kehendak awak tapi sekarang tak" Ujar Qaseh tanpa nada. Qayish tersentap.
"Saya minta maaf. Saya tahu kesalahan saya tak dapat dimaafkan, s-saya jadikan awak pemuas nafsu saya dahulu"
"Oh baru sekarang awak sedar ke? Baguslah. Tak payah saya cakap banyak kali. Huh saya pun rimas tengok awak sekarang ni" Ujar Qaseh tanpa sedar. Qayish menundukkan kepalanya lama dan bersuara kembali.
"Maaflah kalau kedatangan saya ni buat awak rimas. Saya balik dulu lah. Assalamualaikum " Qayish berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Qaseh. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan kata-kata Qaseh tadi kan. Cuma itulah... Dah memang salah dia, memang patut Qaseh cakap begitu.
"W-Waalaikummusalam" Qaseh memandang Qayish yang berlalu hingga sosok itu hilang. Qaseh sudah melampaukah?
Qaseh memandang Qayish yang berjalan tenang tanpa menoleh ke arahnya. Wajah itu sangat dingin.
Qaseh menggigit bibir bawahnya. Qayish marah padanya ke tentang semalam? Selalunya Qayish akan menyapanya dahulu sebelum masuk ke dalam pejabat Harraz tapi harini jeling pun tak.
"Mesti dia terasa pasal semalam. Ya Allah berdosanya aku" Qaseh mengusap kasar wajahnya sebelum rambut panjangnya diraup ke belakang.
"Perlu ke aku minta maaf ?" Ujar Qaseh sendiri.
"Qaseh" Qaseh tersentak. Dia memandang sosok tubuh yang berdiri tegak di hadapan pintunya.
"Y-ye Kak Fara?"
"Ni ha ada bunga lagi untuk Qaseh" Kak Fara memberi sejambak bunga ros merah itu pada Qaseh. Qaseh menyambut huluran itu dan tersenyum nipis. Bunga lagi..
"Oh ya! Encik Harraz nak jumpa pukul dua belas empat puluh lima nanti di bilik dia. Jangan lambat tau" Pesan Kak Fara sebelum berlalu pergi.
Qaseh mengerling jam tangannya. Hmm lagi dua puluh minit. Harap-harap masa tu Qayish sudah tidak ada dalam bilik Encik Harraz. Takut ingin bersemuka dengan Qayish.
Tergamam Qaseh melihat jejaka yang berada di dalam bilik pejabat Harraz. Hanya ada dia dan Qayish sahaja dalam bilik itu.
"M-mana Encik Harraz?" Qaseh gagahkan juga diri untuk bertanya. Jejaka itu hanya menjongketkan kedua-dua bahunya, mata hazel jejaka itu hanya tertumpu pada tablet nya, wajah Qaseh? Hmph langsung tak dipandang. Nampak gayanya jejaka ini mesti marah padanya.
"K-kalau dia tak ada tak apalah. Saya keluar dulu" Qaseh memandang Qayish sekilas tapi langsung Qayish tidak membalas pandangan itu.
"Saya keluar ni" Hampa. Qayish memang tidak ingin memandangnya.
"Fine!" Qaseh mengambil langkah yang laju ingin pergi ke pintu keluar.
Tombol pintu di pulas. Tak sampai berapa sentimeter pintu itu terbuka ia kembali tertutup semula kerana satu tangan kekar menolak pintu itu membuatkan ia tertutup.
Qaseh tergamam melihat tangan berurat itu. Qaseh perlahan-lahan menoleh ke belakang. Terkelip-kelip mata Qaseh melihat Qayish.
Qaseh merapatkan belakang tubuhnya dengan pintu apabila Qayish meletak sebelah lagi tangannya di sisi Qaseh. Memerangkap Qaseh.
Tidak cukup dengan itu, Qayish membongkokkan tubuhnya supaya ketinggiannya sama seperi Qaseh. Qaseh mengecilkan tubuhnya. Dia gugup. Mata Qayish membuatnya terkaku.
"Where'd you think you can go huh? After making me upset" Ujar Qayish dengar suara garaunya. Mata Qayish beralih pada bibir nipis Qaseh.
"Apa? I did nothing wrong" Ujar Qaseh tidak puas hati. Asal nak 'upset' pulak? Huh gedik!
"Uh hmm?"
"I-ishh s-sanalah. Saya nak keluar" Qaseh cuba menolak Qayish namun gagal. Entah kenapa dia lemah sangat sekarang ni.
"Not until I get your forgiveness" Ujar Qayish selamba. Qaseh memandang tajam Qayish. Matanya turun pada halkum jejaka itu. Qaseh menelan air liur. Qayish nampak seksi. Aishh terpuji pulak! Rasa macam nak tarik kata-kata tu tapiii...
Tangan Qaseh tanpa sedar menyentuh halkum itu dengan jari telunjuknya. Tertelan air liur Qayish dibuatnya.
"N-no! Please don't!" Qayish menangkap pergelangan tangan Qaseh.
"Don't tulip. I afraid if I can't control this feeling. Saya tak nak ulang salah saya" Qayish perlahan menjatuhkan tangan Qaseh. Dia melangkah ke belakang beberapa tapak supaya jauh dari Qaseh.
"M-maaf" Qaseh menundukkan kepalanya. Bukan Qayish saja yang takut hilang kawalan, Qaseh juga.
"It's okay, I start it first."
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Qayish dan Qaseh serentak memandang sosok itu.
Harraz memandang Qayish dan Qaseh bersilih ganti.
"Qaseh? Awak buat apa dalam bilik saya ni?"
"B-bukan ke Encik Harraz yang panggil saya?" Soal Qaseh kembali. Dia mula keliru, bukankah tadi Kak Fara yang cakap Encik Harraz ingin bertemu dengannya?
Harraz memandang Qayish curiga. Bila pula lah dia nak jumpa dengan Qaseh ni?
"Oh ya! Saya ada panggil awak tadii.." Ujar Harraz sambil memandang Qayish. Qayish menghela nafas lega. Harraz memahaminya.
"Emm saya dah lupa pula nak cakap apa. Tak apalah awak boleh keluar dulu" Ujar Harraz tersenyum nipis. Qaseh mengangguk ragu-ragu sebelum meminta diri untuk beredar.
"Mind to explain Qayish ilyaz??" Tanya Harraz. Dia memeluk tubuh, menjongketkan sebelah keningnya. Qayish mempunyai hutang dengannya.
"None of your business"
"Huh! Cakap je lah kau suka Qaseh tu kan? Tapi agak-agak lah kau nak layan dia macam ex girlfriend-ex girlfriend kau dulu. Qaseh bukan perempuan macam tu tau!"
"Aku tahulah bukan aku buat benda tak baik pun dekat dia tadi. Eleh kalau ada pun, dia isteri aku bukan salah pun" Ayat terakhir itu diucap dengan nada perlahan tidak mahu didengari Harraz. Tamat riwayat dia kalau Harraz tahu.
"Apa dia kau cakap?"
"Nothing!"
"Hm.. Eh esok lepak jom! Member aku ada buat party malam esok" Ajak Harraz menyenggol lengan Qayish. Qayish menarik muka.
"Kau tahu kan, aku dah lama tak jejak kaki kat situ. Malas lah, baik layan adik aku tengok kdrama" Ujar Qayish malas. Club? Bukan lagi minatnya. Mungkin dulu itu adalah tempat dia tapi bukan sekarang.
"Alah Qay, sekali ni je. Kau mesti rindu wine kau kan? Favourite kau kut!"
"Jangan paksa aku, Harraz. Mati aku kalau Qal tahu aku pergi tempat tu lagi"
"Tak payah bagitahu dia. Simple! Jom ah Qay, sekali sekala hilangkan stress" Harraz cuba memujuk lagi dengan lembut. Qayish memandang Harraz lama.
Tak lama kemudian Qayish mengangguk kecil.
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...