Setelah dua bulan berlalu. Baru sekarang mereka dapat menunaikan umrah. Kerja-kerja Qayish semua telah selesai. Kandungan Qaseh pula sudah masuk lima bulan.
Selesai mereka mengemas baju dan barang-barang yang ingin di bawa ke umrah, mereka duduk di katil.
"Abang sebenarnya ada benda yang nak bagi pada Nuha. Sekejap." Qayish angkat punggungnya berlalu keluar pergi ke bilik kerja.
Qaseh diam menunggu suaminya datang kembali. Beberapa minit kemudian Qayish datang kembali bersama satu sampul surat coklat berukuran A4. Qayish duduk di birai katil.
"Nah, ambillah." Sampul surat itu dihulur pada Qaseh. Qaseh lambat-lambat mengambil sampul surat itu. Sampul surat itu dibuka, dia mengeluarkan sehelai kertas putih dan dibaca dengan teliti.
AzQa corp? Bukankah ini syarikat milik daddy...
"A-apa ni?"
"Harta daddy untuk Nuha dan kakak Nuha."
"Bukan ke semua harta daddy jatuh pada Dato' Mukhtar? Dia kan kawan daddy. Peguam daddy sendiri baca wasiat daddy depan Nuha dan Kak Ariyani."
"Tak sayang, peguam daddy dah dirahsuah oleh Dato' Mukhtar. Wasiat sebenarnya, Dato' Mukhtar hanya perlu jaga harta daddy sampai umur Nuha dua puluh tiga. Semua harta daddy milik Nuha dan kakak Nuha bukan Dato' Mukhtar."
"T-tapi kenapa? Kenapa Dato' Mukhtar sanggup rahsuah peguam daddy?"
"Sayang... Orang kalau dah tamak harta dia tak pandang apa dah. Kawan sendiri pun dia sanggup tikam." Ujar Qayish menahan geram. Qaseh mengeluh berat. Penat sungguh dia dengan semua ni. Manusia sekarang semua tak boleh dipercayai.
"Nanti dah sampai jangan lupa Whatsapp ya?" Pesan Mawar lembut. Qaseh senyum sambil angguk kecil. Qayish memeluk bahu isterinya dari samping dan tersenyum nipis.
"Kak long jangan risaulah, sampai je kami terus bagitahu."
"Babai papa ngah!" Qayla adalyn melambai ramah tangannya bersama senyuman. Qaseh senyum kecil melihat telatah budak kecil itu. Comel.
"Bye sayang."
"Hati-hati dekat sana nanti." Pesan Qalish pula. Qayish dan Qaseh mengangguk faham. Qayish memandang sekelilingnya. Berharap umi akan datang tetapi tidak. Abi dan adiknya pun tidak dapat datang atas urusan kerja.
"Eh! Dah lah, takut nanti tak sempat nak naik kapal terbang dah kena tinggal." Ujar Mawar menyentakkan Qayish. Qayish mengangguk laju. Tangan Qalish disalam. Mereka berdua berpelukan sebentar. Mawar dan Qaseh juga berpelukan dan membalas senyuman.
"Kami gerak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam."
Qaseh menahan ngantuknya berada di dalam kapal terbang. Dia mahu meneman Qayish buat kerja tapi aircond yang sejuk membuatkan ia mudah dibuai mimpi. Kepala yang ingin jatuh Qaseh tegakkan semula. Terkedu Qaseh apabila terasa kepalanya disandar lembut ke bahu suaminya.
"Shhh tidurlah. Abang ada." Ujar suara garau itu lembut. Qaseh senyum malu apabila terasa bahunya ditepuk lembut. Cepat saja dia dijemput lena.
Qayish senyum tipis melihat isterinya sudah lena. Matanya fokus kembali pada komputer ribanya, tangan masih tidak berhenti menepuk bahu isterinya.
Ting!
Telefon yang berada di dalam poket seluar diambil. Qayish memeriksa telefonnya.
Raina
You pergi umrah? Kenapa tak bagitahu I?Qayish berdecit. Telefonnya dimatikan dan dimasukkan semula dalam poket seluar. Biar Whatsapp dari Raina tidak dibalas, tidak penting untuknya membalas pertanyaan remeh itu.
Setelah beberapa minit, Qaseh tiba-tiba meracau. Qayish memandang isterinya.
"Muhammad.. Muhammad.." Tergamam Qayish mendengar nama Muhammad. Qayish memandang tangannya yang digenggam erat oleh Qaseh tanpa isterinya itu sedar.
"Nuha sayang..."
"Muhammad"
"Nuha bangun sayang" Qaseh tersentak. Matanya sudah sepenuhnya terbuka, kepala refleks bangun dari bahu Qayish. Qayish menutup komputer ribanya, bahu isterinya disentuh.
"Nuha?"
"A-abang, Muhammad..." Tiba-tiba air mata Qaseh menitis. Qayish bawa Qaseh masuk ke dalam pelukannya. Kepala Qaseh diusap lembut.
"Shhh sayang mimpi apa hm? Cakap dengan abang."
"Muhammad... Dia panggil Nuha. Dia nak Nuha ikut dia." Ujar Qaseh tersedu-tersedu. Qayish terkedu. Tangan Qayish berhenti dari mengusap kepala Qaseh.
Qaseh jauhkan diri dari Qayish. Mata basahnya memandang Qayish yang turut memandangnya.
"Abang... Nuha dah nak mati ke?" Soalan spontan dari Qaseh buat Qayish tergamam. Pantas Qayish menggeleng laju.
"Nuha jangan cakap macam tu! Soal hidup mati bukan kita yang tentukan. Itu semua rahsia Allah. Jangan cakap macam tu lagi, abang tak suka." Wajah Qayish sudah berkerut. Qaseh menundukkan kepalanya. Dia sendiri pun tidak suka, tetapi... Bagaimana kalau semua tu kenyataan?
Elvira berdecit. Pergi umrah?! Huh!
"Kenapa umi tak nak ikut kami hantar Qayish dan Qaseh ke airport tadi?"
"Dia bukan anak umi lagi. Buat apa umi nak hantar dia? Entah-entah dia pun tak nak tengok kedatangan umi. Dia yang pilih isteri dia berbanding umi kan?" Ujar Elvira dingin. Qalish mengeluh berat. Kenapa umi berperilakuan seperti ini? Susah sangat ke nak terima mereka berdua itu?
"Dah lah umi, Qal malas nak cakap apa lagi. Bagi umi semua orang salah kan? Umi je yang betul." Qalish bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Mawar memandang suaminya yang sudah pergi. Ibu mertuanya pula dipandang.
"Tengok? Semua orang benci umi! Semuanya sebab perempuan tak tahu asal usul itulah!" Marah Elvira sendiri. Mawar telan air liur. Sudahh...
"Umi, janganlah marah-marah... Mari kita masak? Dah nak malam ni. Boleh kita masak untuk makan malam. Ria masak ayam masak lemak cili api untuk umi ya?" Ujar Mawar lembut. Dia tersenyum nipis.
"Tak apalah umi tak lapar. Kamu masak sajalah untuk suami dan anak kamu. Abi dan adik pun tak tahu bila balik ni." Elvira bangun dari duduknya dan berlalu pergi. Mawar mengeluh kecil.
Suasana rumah ini sekarang sudah berubah. Sekarang tiada lagi keluarga yang selalu bersama. Semuanya sudah berpecah belah. Dia tidak dapat salahkan takdir, ini semua sudah tertulis. Mawar berharap sangat keluarga ini akan kembali bersatu menjadi keluarga yang bahagia. Tiada lagi perasaan benci atau tidak suka. Mawar juga berharap umi dapat terima Qayish dan Qaseh.
Semoga semua itu akan terjadi setelah Qayish dan Qaseh pulang ke Malaysia. Harap umi akan lembut hati.
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...