Qaseh memandang benda yang baru dicampak oleh Qayish dia atas katil. Hish tak boleh letak elok-elok ke?
"Apa ni?"
"Tengoklah" Qaseh mengambil plastik itu dan melihat isinya. Qaseh memandang Qayish polos.
Tudung dan pelitup muka?
"Kau nak keluar sangat kan? Hari ini kita keluar. Tapi dengan syarat kau pakai benda yang aku beli tu. Aku tak nak orang cam kau"Jelas Qayish dan melepaskan tali lehernya. Dua butang kemeja dari atas dibuka, mendedahkan sedikit dada bidangnya. Di bahagia lengan pula disingsing hingga ke siku.
"Perlu ke tudung tu?"
"Jangan banyak tanya. Kau nak ke tak nak? Kalau tak nak kita tak payah keluar hari ini"Ugut Qayish halus. Terus Qaseh masuk ke bilik persalinan.
Qayish tersenyum lucu. Tahu takut.
Qayish membetulkan sedikit rambutnya di hadapan cermin.
"Awak, saya dah siap"Tegur satu suara lunak milik Qaseh.Pantas Qayish menoleh.
Terpana Qayish melihat Qaseh memakai tudung. Tampak lebih manis. Tak jadi lah nak keluar macam ni...
Qaseh yang perasan dengan renungan itu menilik dirinya. Ada yang tak kena kah?
"Awak"
"Ilyaz!"Qayish tersentak sebelum mengalihkan pandangannya. Jejaka itu berdehem sebelum memandang Qaseh semula.
"J-jom"Qayish mencapai satu mask hitam dan memakainya.Qayish menyulamkan tangannya dengan tangan Qaseh dan berlalu keluar.
Qaseh tersenyum bahagia di sebalik pelitup muka itu. Huh dah lama tak tengok dunia, sebulan lebih terperap dalam rumah mamat dingin plus miang ni, bosan tahu tak?
"Awak, saya nak tengok wayang boleh?"Qayish memandang Qaseh sebelum mengangguk kecil. Mereka menaiki escalator untuk pergi ke GSC.
Qaseh memandang sekelilingnya. Teruja betul, macam kanak-kanak. Tersenyum lucu Qayish dibuatnya.
Agak-agaknya sampai bila mereka berdua boleh bersama? Bagaimana kalau ibu bapa Qaseh sudah tahu keberadaan Qaseh? Pasti mereka akan dipisahkan. Qayish akan pastikan perkara itu tidak berlaku. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Qaseh bersamanya.
Tapi yang sangat menakutkan untuk Qayish ialah jika keluarganya tahu tentang kewujudan Qaseh.Pasti uminya akan marah besar.
Qaseh memandang wajah Qayish yang lebih dingin dari selalu. Ini mesti masih tidak puas hati pasal hal di pawagam tadi. Pst pst ada orang mengorat Qaseh tadi tu yang dingin je muka orang sebelah Qaseh ni.
"Ilyaz, kita main bowling pula nak tak?"Ajak Qaseh cuba menceriakan suasana. Takut nanti Qayish iku perasaan, mahu dia ajak Qaseh balik. Terus tak ada peluang nak keluar lagi.
"Hmm"
"Ilyaz, jangan la masam je. Nanti tak handsome"Tambah Qaseh cuba menceriakan Qayish. Qayish memandang Qaseh dengan pandangan dalam. Gerun Qaseh dibuatnya dengan pandangan itu.
"Macam mana aku tak masam. Kau tu ha mamat tu minta nombor kau boleh pula senyum-senyum dekat dia" Luah Qayish. Walaupun mamat itu tidak dapat melihat senyuman Qaseh kerana pelitup muka yang menghalang dia tetap sakit hati bila teringat pasal mamat telinga capang tu minta nombor dekat Qaseh. Mamat tu tak nampak ke kewujudan Qayish ni? Huh ada juga yang makan penumbuk ni kang, nasib baik mamat tu dah blah.
Sedang Qayish membebel Qaseh sembunyi senyum disebalik pelitup muka. Wow, Qayish membebel. Teringat pula, kali pertama perjumpaan mereka..
"Ala dia bukan nampak pun senyuman saya. Kan saya pakai mask ni."Qayish mengecilkan matanya. Menjawab budak ni, nasib baik ada dekat tempat awam, kalau dekat rumah... Memang tak selamat lah kau.
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
Roman d'amourQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...