Bab 37 🌷🖤

1.4K 62 1
                                    

Ringgg!

Telefon yang tiba-tiba berdering menyentakkan Nadine, gadis itu langsung menyeluk tangannya ke dalam beg tangan Dior nya. Serentak dengan itu tiba-tiba beg tangannya dirampas kasar. Membulat mata Nadine sebelum dia mahu merebut beg tangannya tetapi lelaki itu masih berkeras mahu meragut beg Nadine.

"Anybody help!" Nadine terus menjerit minta tolong. Lelaki itu tidak peduli dengan jeritan Nadine, dia masih berusaha merampas beg tangan Nadine.

"Woy!" Nadine dan lelaki itu terus menoleh ke arah punca suara itu.

"Emir!" Emir meluru ke arah mereka. Peragut itu terus melepaskan beg tangan Nadine membuatkan Nadine jatuh ke atas jalan tar. Peragut itu terus larikan diri. Nadine mengaduh sakit, terseliuh kakinya kerana memakai kasut yang bertumit tinggi.

"Nadine! Are you okay?" Emir menyoal sebelum ingin berlari mengejar peragut itu tetapi Nadine terlebih dahulu menahan.

"It's okay Emir, let him be." Ujar Nadine perlahan, wajahnya berkerut menahan sakit.

"No! He's dangerous! Macam mana kalau dia cuba ragut orang lain pula? I perlu jalankan tanggungjawab I!" Emir pantas menyeluk poket seluarnya mengambil telefon. Nombor bawahannya ditelfon, dia memberitahu tentang peragut itu dan menyuruh mereka segera datang ke kawasan ini. Peragut itu mungkin masih tidak jauh dari sini.

Emir menjatuhkan sebelah lutut dihadapan Nadine.

"Can you walk?" Tanya Emir prihatin. Nadine mengangguk kecil. Dia perlahan-lahan bangun dari jalan tar. Tak sampai sesaat Nadine berdesis.

"Why? Kaki you terseliuh ke?"

"Ter what?" Tanya Nadine semula tidak dapat tangkap ayat Emir. Emir menahan senyum.

"Cakap pandai bahasa melayu, takkan terseliuh pun tak tahu?"

"I baru belajar. What do you expect?" Ujar Nadine sinis. Emir menjulingkan matanya ke atas. Dengan Qayish bukan main lembut.

"I pergi dulu" Baru sahaja Nadine mahu melangkah tapi kakinya terpelecuk mahu jatuh, mujur Emir pantas menyambutnya.

"Lain kali jangan nak sombong sangat minah saleh. Cubit kang." Gumam Emir. Nadine berdecit. Geram dia tak dapat tangkap ayat Emir.

"Let me go."

"No. Let me send you to clinic." Emir ambil beg tangan Nadine yang berada di bahu kiri gadis itu dan dia sangkut pula beg itu pada bahu kanannya. Dia membantu Nadine jalan hingga ke kereta.










Telefon yang berdering membuat tangan Qayish yang berlari di papan kekunci komputer terhenti. Dia toleh ke sisi memandang telefonnya. Tertera perkataan 'Adik Icha' di skrin telefonnya. Tanpa membuang masa dia menjawab panggilan dari adiknya itu.

"Assalamualaikum, ha dik. Kenapa call angah ni?" Tanya Qayish matanya tidak lepas memandang skrin komputer.

Wajah yang serius tadi bertukar kendur mendengar suara panik adiknya.

"Angah, balik sini sekarang! Umi tengah mengamuk tu!" Qayish telan air liur. Kenapa umi mengamuk?

"K-kejap angah on the way!" Qayish terus bangun dari duduk dan mencapai kunci keretanya. Dia berlari keluar.

Qaseh yang baru keluar dari dapur terkejut melihat suaminya yang tiba-tiba berlari keluar. Ada apa-apa kecemasan ke?

Qaseh buang fikiran negatif terhadap suaminya dan terus berjalan ke sofa, TV dibuka. Tak sampai berapa minit dia menonton TV, bunyi loceng menyapa ditelinga. Takkan Qayish kut?

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now