Qayish hanya diam membiarkan Qaseh tenang dengan sendiri. Dia masih tertanya, siapa Muhammad?
"Siapa Muhammad?" Sebaris pertanyaan dari Qayish itu cukup membuat Qaseh tergamam.
"D-dia.... D-dia"
"Dia siapa?"
"A-adik saya. Dia meninggal sewaktu kemalangan bersama ibu bapa saya"
"Tipu. Jujur dengan saya Nuha. Siapa Muhammad?!" Qayish sudah meninggikan suaranya, dia hilang sabar. Pasti Qaseh ada menyorokkan sesuatu darinya.
Qaseh masih tidak menjawab apa-apa melainkan hanya mengeluarkan tangisan. Qayish mengeluh. Tubuh Qaseh dimasukkan ke dalam pelukan. Belakang tubuh diusap lembut, menenangkan Qaseh.
"Dah dah jangan nangis lagi. Saya minta maaf dah tinggikan suara pada awak tadi"
Mungkin bukan sekarang untuk mereka berdebat tentang Muhammad yang Qayish sendiri pun tidak tahu siapa itu.
Qayish merebahkan badannya di atas katil. Terlalu banyak yang berlaku hari ini. Hatinya masih bertanya siapa Muhammad, dia rasa terikat dengan nama itu.
"Muhammad"
Farhan. Lelaki itu lagi satu! Siapa mamat tu pada Qaseh? Kenapa dia tidak kenal Farhan. Qaseh langsung tidak cerita apa-apa padanya. Oh lupa! Dia tidak dianggap suami pun.
"Ya Allah, stress aku fikirkan benda ni!" Qayish meraup kasar wajahnya. Hati dia tidak tenang! Ikutkan hati ingin saja dia pergi ke rumah Qaseh malam ini, tetapi Qaseh tengah tenangkan diri, dia tidak mahu mengganggu.
"Mamat tu menyemak betullah. Nampak sangat cara dia pandang bini aku tu macam nak terkam, haih kalau aku ni tak ada kesabaran, biru biji mata dia aku buat. Nasib baik ada Nuha" Bebel Qayish sendiri, muka sudah berkerut-kerut. Dia tidak suka cara Farhan memandang Qaseh, langsung tak jaga mata! Sama macam orang tua itu.
Cemburu? Semestinya! Qaseh miliknya sahaja tahu! Siapa berani kacau siaplah dia!
Bibir Mawar melakar senyum. Terhibur dia melihat Qalish yang sedang bercakap dengan perutnya.
"Assalamualaikum, anak ayah. Sihat ke dekat dalam tu. Hari ini ibu naughty tak?" Qalish tersenyum mengusik.
"Abang! Dia tak besar lagi kandungan ni baru masuk dua belas minggu!"
"Ala tak apalah, kita berbual awal-awal "
"Ayah, ibu!!"
"Dia datang dah" Gumam Qalish perlahan. Orang baru nak bermanja-manja ni, ada pula orang ketiga.
Adalyn berlari ke arah ibu dan ayahnya. Dia melompat ke atas katil. Bibirnya tersenyum lebar.
"Ayyin anak ayah, kenapa ni hm tiba-tiba masuk dalam bilik ni. Lapar? Haus?" Qalish bangun dari baring mengiring. Dia duduk bersila di atas katil. Qalish mengambil Adalyn duduk di atas ribanya.
"Ayyin boshan!" Adalyn memeluk tubuh tanda protes, geram apabila ayahnya terus masuk ke dalam bilik layan ibu.
"Sowwy anak ayah yang comel. Ayah rindu ibu, sebab tu terus masuk dalam bilik" Qalish mengenyitkan sebelah matanya pada Mawar, bibir tersenyum nakal.
"Hmph! Nanak tawan ayah!"
"Eleh, ibu ada. Ibu boleh jadi kawan ayah. Kan ibu?"
"Hish kau orang berdua ni! Ada-ada je! Dahlah ibu malas nak layan dua-dua"
Ding dong! Ding dong!
"Eh, siapa yang datang malam-malam ni?"
"Papa ngah!!" Adalyn melompat dari katil, berlari keluar dari bilik Qalish dan Mawar.
Qalish dan Mawar memandang satu sama lain. Qayish?
"Jomlah sayang, kita tengok siapa tu. Entah betul tak Qay yang datang" Qalish memimpin tangan Mawar turut keluar dari bilik.
Turun sahaja dari tangga mata Qalish menangkap seorang jejaka yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Haih memandai Adalyn bukakan pintu!
Dengan tangan yang masih bertaut, mereka berdua melangkah dekat ke arah jejaka itu.
Adalyn sudah selamat berada di riba Qayish. Mereka berdua sedang bergelak tawa.
Mata Qayish memandang sepasang suami isteri yang baru tiba. Matanya terjatuh pada tangan yang bertaut. Ye, memang korang je dah kahwin!
"Seriuslah depan anak pun nak bersweet-sweet ke?" Qayish menjulingkan matanya ke atas. Qalish hanya diam, eleh jeles la tu!
Qalish dan Mawar duduk di sofa hadapan Qayish. Mereka tertanya, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja datang , waktu malam pula!
"What brings you here?" Tanya Qalish memandang Qayish yang melayan Adalyn. Adalyn sejak dari kecil memang rapat dengan Qayish, kadang-kadang Adalyn tu siap cakap diaorang couple! Tu yang tak berpisah tu! Apa-apa jelah nak.
"Saja nak melawat girlfriend Qay"
"Huh!"
"Qay nak minum? Kak long boleh bancuhkan air"
"Eh tak apalah kak long. Qay tak haus"
"Ayyin aus!" Adalyn menayang sebaris giginya. Qalish menggeleng kecil.
"Ayyin nak air apa? Biar ayah buat, ibu tak boleh banyak bergerak" Yeah, as usual, protective Qalish! Padahal kandungan baru dua belas minggu minggu, perut pun tak nampak lagi!
"Shushu!"
"Siap!" Qalish meninggalkan Qayish dan Mawar di ruang tamu bersama Adalyn. Jeles sebenarnya tapi takpelah ade Ayyin jadi orang ketiga.
"Kak long sihat?" Tanya Qayish bersahaja. Mawar hanya tersenyum nipis dan mengangguk kecil.
"Qay sihat?"
"Alhamdullilah sihat. Seronoklah Ayyin kan dapat adik, nanti Ayyin mesti tak ingat dekat papa ngah dah"
"Mana ada papa ngah! Ayyin takkan lupakan papa ngah. Papa ngah kan boyfend Ayyin!"
Ayyin, hang ikut perangai sapa ni?!
"Betul ni? Pomish?" Qayish menunjukkan jari kelingkingnya. Adalyn dengan senang hati menyatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking 'boyfend' nya.
"Pomish!"
Mawar menggeleng kecil melihat dua orang dihadapannya. Nasib baik Adalyn dapat membezakan antara ayahnya dengan papa ngahnya, kalau tidak... Haru!
"Air susu sampai!"
"Yeayy!" Qalish meletakkan segelas susu comel di atas mejanya. Qayish mengambil gelas comel itu dan menghulurkannya pada Adalyn. Adalyn meminum susu yang dibancuh ayahnya dengan rakus.
"Qay nak bermalam di sini? Boleh kak long siapkan bilik"
"Eh tak apalah kak long, Qay saja je datang sini nak jumpa Ayyin, tak nak tidur sini pun" Qayish tersenyum nipis.
"Ha baguslah tu" Sampuk satu suara. Mawar mengecilkan matanya memandang si suami.
"Abang..."
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...