Qaseh menahan dari rasa kekok. Pertama kali dia makan semeja dengan kembar Qayish dan juga isterinya. Isteri kembar Qayish sangat ramah orangnya, sudahlah cantik.
"Qay, lepas ni kak long nak pinjam isteri Qay boleh? Nak ajak dia jalan-jalan." Ujar Mawar memandang Qaseh dan Qayish bersilih ganti.
"Sayanggg, Mawar tu kan mengandung, larat ke nak jalan-jalan." Qalish menyoal lembut. Pelik betul, tiba-tiba ramah pula isteri dia ni, siap nak ajak jalan-jalan.
"Ala abang, baru empat bulan. Bolehlah eh?"
"Emm Qay tak kesah. Kalau Qaseh nak, Qay izinkan je. Tak ada umi kan?" Tanya Qayish hati-hati. Takut kakak iparnya membawa umi sekali, entah apa yang jadi nanti.
"Taklah! Kak long nak jalan-jalan dengan Qaseh je. Bolehkan Qaseh? Nak tak ikut kak long shopping." Mawar senyum manis.
Qaseh yang merasa namanya disebut terus mengangkat kepala. Qaseh memandang Mawar dan Qayish bersilih ganti.
"Q-Qaseh okay je" Qaseh senyum tipis. Dia memandang abang iparnya sekilas. Lelaki itu langsung tidak memandangnya. Kembar Qayish tak suka dia ke?
"Hm. Jangan balik lambat pula." Pesan Qalish pada isterinya. Mawar mengangguk laju sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Wow! Look who's here!" Keempat-empat orang itu terus memandang punca suara.
Qaseh terkebil-kebil memandang wanita itu. Bukankah dia ini yang pernah makan bersama dengan Qayish waktu itu? Wanita yang sama datang ke rumah Qayish dua tahun lalu. Qaseh cam wajah ini!
"Raina.." Qaseh dapat mendengar suara perlahan Mawar. Oh. Raina namanya.
"Haih kau orang ni makan tak ajak pun. I nak join sekali boleh tak?" Tanpa mendengar persetujuan dari sesiapa Raina terus melabuhkan punggungnya di sebelah Qayish.
Qayish sudahpun berada di tengah-tengah antara Qaseh dan Raina. Jejaka itu mengesot sedikit merapati isterinya. Mahu menjaga jarak dengan Raina.
Raina yang perasaan akan itu menahan rasa. Dia melakar senyuman lebar.
"Qaseh right?" Tanya Raina ramah. Qaseh mengangguk kecil.
"I'm Putri raina. Dua pupu Qalish and Qayish. Ayah kita orang cousin" Raina menghulurkan tangannya pada Qaseh. Semua mata menuju ke tangan Raina.
Qaseh senyum tipis sebelum menyambut huluran itu.
"Emm Raina, awak tak kerja ke?" Saja Mawar menyoal mahu menghilangkan suasana yang canggung.
"I kerja. Lunch hour kan sekarang. I ajak nak makan seorang, ini dah terserempak dengan kau orang I join lah sekali. Tak apa kan? Ke... I ganggu kau orang."
"Very" Gumam Qalish. Mawar yang mendengar itu menepuk perlahan paha suaminya.
"Hm order lah apa you nak. I bayar" Ujar Qayish tanpa memandang wajah Raina. Dia menyambung aktiviti makannya.
Raina memaki di dalam hati apabila tiada seorang pun mempedulikan kehadirannya. Masing-masing sibuk dengan isteri.
"Qay, boleh you hantar I ke hospital lepas ni? I tak bawa kereta hari ini. Daddy yang hantar." Pinta Raina lembut. Tangannya memeluk lengan Qayish.
"Habis tu you datang sini naik apa?" Tanya Qayish sambil menarik lengannya. Tidak selesa dengan sentuhan Raina. Entah sejak bila wanita ini suka pula menyentuhnya.
"Naik grab. Bolehlah you hantar I eh?"
"I busy. Banyak kerja dekat office." Jawab Qayish tiada nada. Perlahan-lahan tangannya bergerak menggenggam tangan mungil isterinya. Tangan itu digenggam erat. Bukan dia tak perasan riak wajah isterinya apabila Raina menyentuhnya.
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomantizmQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...