Pakk!
Qayish meringis kesakitan sebelum mengusap lengan yang baru menjadi tempat tamparan uminya.
"Umi ni, main tampar-tampar lengan Qay pula" Memuncung sedikit bibir nipis Qayish, dia menjeling uminya. Bengis sahaja wajah wania itu ketika ini.
"Baru reti nak datang rumah umi! Kalau tak suruh, memang tak datang agaknya" Perli Elvira. Dia menjeling tajam anak keduanya. Memang anak yang paling susah nak jaga.
Qayish hanya tersengih. Dia masih rasa serba salah pada Qaseh. Kenapalah dia turut sahaja Qaseh tadi, patutnya balik sahaja esok. Dia masih risau dengan keadaan Qaseh.
"Cakap balik esok, kenapa hari ni dah datang sini?"
"Err saja. Terasa rinduuuuu dengan umi Qay ni. Umi sihat?" Tanya Qayish lembut dan senyum manis. Elvira menjeling Qayish.
"Sihat."
Malas sahaja suaranya membalas.
Qaseh termenung lama sebelum merasa mual. Dia menutup mulutnya dan berlari ke sinki segala isi perut dikeluarkan. Mulutnya dikumur dengan air paip. Qaseh menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Kepala yang terasa sakit di picit.
Haih masuk angin lah ni, tulah tadi Qayish ajak sarapan sama tidak mahu, tak lapar katanya...
Qayish sekarang mesti tengah bahagia di rumah keluarganya. Untung Qayish masih ada umi yang ambil berat. Dia?
"Untung awak Ilyaz, masih ada umi awak. Mummy... Qaseh rindu mummy. Qaseh rindu nak dengar bebelan mummy" Qaseh ketawa kecil sebelum menyeka air matanya yang baru gugur. Dia raba belakang bahu kirinya. Terdapat parut di situ. Parut yang menjadi bukti kemalangannya.
"Qaseh juga rindu Muhammad, mummy. Kenapa dia ikut mummy dengan daddy. Kalau Muhammad masih ada mesti Qaseh akan ada keluarga yang bahagia sekarang" Qaseh mengusap perut ratanya. Tempat yang pernah dihuni oleh... Muhammad.
Pranggg!!
Bunyi pinggan yang jatuh ke lantai memenuhi ruang dapur. Qayish tergamam.
"Nuha" Hati Qayish tak sedap. Qaseh. Bagaimana keadaan wanita itu. Dah pukul sembilan malam ni. Umi lah sekat dia tak bagi balik. Haishh nasib.
"Ya Allah Qay!" Qayish tersentak. Elvira meluru ke arah anaknya, pinggan yang berkecai itu dipandang.
"U-umi Qay minta maaf, Qay tak sengaja"
"Dah tak apa-apa, Qay tak kena kaca kan?" Elvira menilik tubuh anaknya. Bersih. Tiada luka.
"Tak umi. Qay okay" Qayish tersenyum nipis. Tipu. Mulut kata lain hati kata lain. Dia tidak baik-baik sahaja. Dia nak pulang ke rumah Qaseh. Qayish memandang uminya.
"Umi, Qay nak balik. T-tadi PA Qay ada call, esok ada meeting" Tipu Qayish. Hatinya penuh rasa serba salah. Dia terpaksa menipu uminya. Umi tak boleh tahu tentang ini lagi.
"Tapi dah pukul sembilan malam Qay. Boleh je kan esok pergi kerja dari sini. Baju kerja Qay ada je dekat sini kan?"
"Tapi jauhlah umi. Semua fail kerja ada dekat rumah Qay" Qayish memberi alasan. Elvira menyepetkan matanya memandang anak keduanya itu. Selalu beri alasan...
"Hmm yelah, tapi esok siap je kerja datang rumah umi tau. Umi ada buat makan-makan sikit. Raina pun ada"
"Uncle Putra? Aunty Iris?"
"Mestilah dia orang ada"
"Oh okay lah kalau macam tu. Esok Qay datang lagi. Qay pergi dulu umi. Assalamualaikum" Tangan umi disalam dahulu sebelum dia bergegas keluar. Elvira mengeluh kecil, Qayish akhir-akhir ni sudah lain. Ada apa-apa ke yang dia tak tahu ke ni?
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...