Bab 27 🌷🖤

1.5K 69 1
                                    

Qayish tidak sedap hati pula. Nak dekat sejam dah. Kenapa Qaseh tak panggil dia langsung? Hish! Ni semua salah dia! Kenapalah dia ikut sangat perasaan tadi. Sebagai seorang suami sepatutnya dia sabar dengan tingkah isterinya. Ini dia tinggalkan pula.

Qayish meluru masuk ke bilik Qaseh mahu melihat keadaan Qaseh. Buka sahaja pintu itu, Qayish melihat Qaseh masih dengan posisi yang sama, bubur pula dipandang. Hmm tampaknya langsung tidak disentuh. Qayish mendekati isterinya.

"Nuha kenapa tak makan lagi?"

Qaseh hanya menggeleng kecil. Keluar keluhan kecil dari Qayish. Dia berjalan mendekati mangkuk bubur itu. Mangkuk bubur di ambil dan dibawa keluar dari bilik.

Qaseh hanya menghantar Qayish keluar melalui pandangan mata. Keluar titisan air mata Qaseh apabila Qayish keluar tanpa sepatah kata.

Hampir sepuluh minit Qayish keluar dari bilik kini ia muncul kembali bersama mangkuk bubur. Kelihatan bubur itu berasap. Qayish melabuhkan punggungnya di birai katil. Qayish menyudu bubur itu sebelum ditiup-tiup.

"Bismillah" Qaseh memandang bubur yang berada di hadapan mulutnya. Lambat-lambat Qaseh melafadzkan Bismillah dan memakan bubur itu.

Qaseh ralit memandang wajah kosong suaminya dari tadi sehinggalah bubur itu hampir habis. Mata Qayish langsung tidak memandangnya.

"Awak marah saya?" Perlahan sahaja nada suara Qaseh menyoal. Hanya gelengan dari Qayish bagi menjawab soalan Qaseh.

Hening.

















Raina memandang Qayish yang sedari dari tadi mengunci mulut. Selalunya Qayish ni yang paling bising ini tidak. Qayish sudah seperti Qalish, dingin dan pendiam.

"Eh Raina, makanlah nasi tu." Teguran dari Elvira menyentakkan Raina. Raina tersenyum kekok, dia mengalihkan matanya pada Qayish. Qayish senyap memakan makanannya, langsung tidak memandang sesiapa.

"Qay, asal diam je ni?" Tanya Qalish. Pelik dia melihat Qayish yang hanya diam. Qayish hanya menggeleng kecil.

Qalish dan Mawar memandang satu sama lain. Tahu ada benda yang tak kena.

Qash juga perasan dengan perubahan anaknya. Qayish sudah menjadi seperti dua tahun lalu. Senyap, dingin dan tidak peduli pada orang lain. Qash tertanya siapa yang telah merubah anaknya ini?





Raina mencuit bahu Qayish yang sedang mengelamun dari tadi. Sejak habis makan, Qayish terus membawa diri ke balkoni rumah.

"Nak apa?"

"I tengok you dah berubah? Who did that to you? That girl?"

"Tak ada kena mengena dengan you. Jangan cakap pasal dia dalam rumah ni. I tak suka"

"Why? You takut umi dan abi you tahu pasal dia?" Raina tersenyum sinis. Qayish mengetap kuat rahangnya. Bukan dia yang berubah sekarang ini tapi Raina. Raina yang telah berubah.

"Tak. Sikit pun I tak takut kalau parents I tahu. I lagi suka, tak perlulah I terangkan apa-apa lagi."

"That's good! Apa kata you beritahu umi dan abi you sekarang. Mesti dia orang bangga dapat anak macam you ni. Heh!" Raina memeluk tubuh dan tersenyum mengejek. Dia sudah nekad. Dia mahukan Qayish. Dulu mungkin dia akan diamkan diri tentang Qaseh tapi sekarang tidak.

"Putri raina Putra qaysar!" Keras suara dari belakang mereka. Bukan suara Qayish tetapi Qalish. Jejaka yang sangat menakutkan itu. Urgh!

Qalish berdiri di sebelah Qayish memandang tajam Raina.

"What's wrong with you huh?"

"What?" Raina menyoal semula. Tidak ada rasa serba salah saja gayanya.

"Kenapa you nak provok adik I? Why? You masih ada perasaan ke dekat dia?" Qalish menyilangkan tangannya di dada. Sebelah keningnya dijongketkan.

"Huh! I cuma tak nak aunty dan uncle kecewa dengan perangai adik you ni! Dari dulu menyusahkan. You tak rasa yang sama ke Qal? Adik you ni suka buat masalah dari dulu lagi dengan perangai tak senonoh dia ni!" Raina memandang Qayish atas bawah. Saja dia mahu api-apikan sepasang kembar itu.

Qalish tidak betah di situ. Kalau tidak dikenangkan ibu bapa Raina yang ada di ruang tamu dah lama dia campak minah ni dari balkoni. Biar patah riuk, sesuka hati dia cakap buruk pada kembarnya.

"You-!" Tidak sempat Qalish ingin menyembur kata-kata Qayish terlebih dahulu menahan.

"Along, dah lah. Nanti umi, abi, uncle Putra dengan aunty Iris dengar" Perlahan saja nada suaranya. Dia tak boleh nak melawan. Apa yang dikatakan Raina betul. Dulu dia memang teruk. Tapi sekarang dia dah berubah, kenapa perlu ungkit? Dia sangat lemah bila orang mula ungkit kisah lalunya.

"Raina, suka hati you lah nak cakap apa pasal I. I tahu, I jahat dulu. Tapi I rasa you tak layak nak cakap semua tu. I cuma takut apa yang you cakap tadi, terpalik pada you. Ingat, kita akan diuji dengan apa yang kita tegur. I balik dulu. Assalamualaikum" Qayish senyum tipis sebelum berlalu pergi.

Raina tergamam. Sangkanya Qayish akan mengamuk kerana dia kenal Qayish, Qayish sangat mudah melenting. Tapi sekarang, tidak. Qayish sememangnya sudah berubah seratus peratus. Dia tahu, pasti Qaseh yang sudah merubahnya. Raina sudah tidak kenal Qayish.















Selepas sahaja pulang dari rumah keluarganya, Qayish membersihkan diri dan berbaring di sebelah isterinya yang sudah nyenyak tidur. Tangan Qayish bergerak mengusap rambut Qaseh.

Entahlah, dia masih tergugat dengan kata-kata Qaseh semalam. Kenapa Qaseh perlu menyebut lagi perkataan cerai itu.

"Awak tak sayang saya ke, Nuha? Kata-kata awak, buat saya rasa saya sudah tak layak jadi suami awak."

"Mungkin betul kata Raina, saya ni menyusahkan. Saya selalu buat awak marah, sedih, kecewa. Tapi percayalah tulip, I have try my best to change myself just because I wanna be the best husband for you. Saya cuba ubah diri saya untuk awak. Saya nak bahagiakan awak. Saya nak tebus salah saya. I just want to be happy with you. Forever "

"Kalau satu hari nanti awak tak ada. Saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya. Mungkin saya akan masuk hospital gila" Qayish tertawa kecil. Tawa yang palsu. Tanpa sedar air matanya menitis.

"Saya harap bila saya buka mata esok. Semua akan berubah, awak dah tak dingin dengan saya. Awak akan selalu beri senyuman manis awak pada saya. Awak dah tak nangis lagi. And yeah, one fact, I hate your tears. Biarlah saya sahaja yang mengeluarkan air mata. Biarlah saya sahaja yang sedih. Saya tak nak isteri saya sedih. Hati saya bagai dilapah bila melihat setiap titisan air mata awak. Tapi apa nak dikata? Setiap tangisan awak tu penyebabnya adalah saya. Mungkin saya perlu pergi supaya awak tak keluarkan air mata lagi." Qayish menyeka air matanya dan tersenyum manis. Dahi Qaseh dikucup.

"Sweet dreams, my tulip" Baru sahaja mata ditutup, Qayish merasa satu tangan melingkar di tubuhnya, dadanya juga terasa basah.

Qayish membuka kelopak matanya.

"Jangan pergi. Saya sayang awak" Qaseh mengangkat wajahnya. Matanya bertemu dengan mata hazel milik Qayish.

"Then I won't leave" Qayish membalas pelukan itu. Terasa air matanya kembali gugur.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now