Air mata Qayish tak berhenti dari tumpah. Dia memandu dengan perasaan yang bercampur baur.
"Kenapa Nuha tak faham abang? Kenapa Nuha nak jadi sama macam umi? Tinggalkan abang seorang-seorang." Bicara Qayish sendiri. Biasalah, apabila Qaseh sedang mengandung ini dia pula yang sensitif.
"Nuha tak sayangkan abang ke hah?" Sedang memandu di jalan raya itu, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Qayish terus teringat kemalangan dia dahulu di US. Serentak itu bunyi guruh yang kuat menyapa di telinganya. Sebelah tangan Qayish bertindak menutup sebelah telinganya.
Qayish langsung tiada niat ingin berhentikan keretanya. Diteruskan saja perjalanan tanpa hala tuju itu. Dia perlu lawan perasaan takut ini! Sampai bila dia perlu takut dengan semua ini.
"K-kau boleh lawan Qayish. Kau boleh!" Semakin Qayish cuba menguatkan dirinya semakin kuat bunyi guruh menyapa ditelinga. Mata Qayish terpejam.
'Abang perlukan Nuha.'
Qayish buka matanya kembali apabila samar-samar cahaya masuk ke dalam celahan matanya bersama bunyi hon menyapa di telinga.
Qayish panik memusing stereng kereta sebelum terlanggar kuat penghadang besi di tepi jalan raya.
"Nuha!" Qayish refleks bangun dari baringnya. Matanya terbuka sempurna. Qayish pandang sekeliling mencari sosok isterinya. Adakah dia berada di hospital sekarang?
Qayish pandang pintu bilik wad yang terkuak dari luar. Umi.
"Ya Allah Qay! Anak umi dah sedar." Elvira berlari ke arah anaknya dan memeluk tubuh itu. Qayish terdiam.
Elvira terus melepaskan pelukan memegang lembut bahu anaknya.
"Qay nak apa-apa? Umi boleh ambilkan? Nak makan apa? Cakap saja umi belikan ya sayang." Ujar Elvira mengusap lembut kepala Qayish yang berbalut.
"U-umi dah tak marahkan Qay?" Tanya Qayish hati-hati. Ya Allah! Aku tidak bermimpi kan? Betul ke wanita dihadapan ini adalah umi ku?
"Tak. Umi dah tak marah dah. Umi sayang anak umi" Ujar Elvira tersenyum manis. Qayish lambat-lambat senyum lebar. Terima kasih Ya Allah!
Dia pandang sekeliling bilik wad nya sebelum pandang wajah umi dengan senyuman.
"Isteri Qay mana?" Tanya Qayish lembut. Tak nampak pula figura isterinya. Mana Qaseh? Dia tak sabar mahu beritahu Qaseh uminya telah maafkannya dan terimanya semula!
Dengar saja soalan anaknya, terus mati senyuman Elvira.
"Dia tak ada. Dia dah tinggalkan Qay. Umi dah cakapkan, dia tak layak untuk Qay. Tengok sekarang, mana dia? Qay terlantar seminggu dekat hospital ni pun dia tak lawat." Tipu Elvira. Ada juga sebenarnya Qaseh datang beberapa kali mahu melihat Qayish tetapi dia tak benarkan. Entah apa nanti dia buat pada Qayish!
Senyuman Qayish turut mati mendengar setiap bait kata uminya. Dia menggeleng perlahan.
"T-tak. Mustahil. Umi... Mana isteri Qay? Umi tipukan? Mesti isteri Qay ada datang sini. Mustahil dia tak jenguk Qay langsung!"
"Suka hati Qay lah nak percaya ke tidak. Lebih bagus Qay tak payahlah nak fikir pasal dia. Dia pun langsung tak fikir pasal Qay. Marilah kita makan." Pujuk Elvira lembut. Raut wajah Qayish sudah berubah. Wajah uminya langsung tidak dipandang.
"Tak nak. Selagi isteri Qay tak ada. Qay tak nak makan." Ujar Qayish dingin. Elvira mendengus geram.
"Jangan degil! Kenapa Qay suka lawan cakap umi?! Perempuan tu dah bomoh-bomohkan anak umi ni ke?"
"Jangan cakap benda buruk pasal Qaseh. Umi tak kenal dia jadi umi tak layak nak nilai dia macam mana." Elvira berdecit. Qayish lemparkan pandangannya di luar tingkap.
Mana Nuha, sayang?
Qaseh pegang dadanya.
"Abangg...." Rasa rindu sudah menguasai dirinya. Kalau sejam pun dia sudah rindu inikan seminggu?
Qaseh bagai sudah hilang dirinya. Dia mahu jumpa Qayish! Dia mahu tahu keadaan suaminya!
"Nuha harap abang baik-baik saja. Tolong... Ingat Nuha. Jangan sesekali lupakan Nuha" Bisik Qaseh bagaikan Qayish dapat tahu isi hatinya.
Tolonglah, jangan pisahkan kami. Beri kami peluang untuk bahagia. Qaseh takut. Qaseh takut tak dapat nak luangkan masa lagi dengan Qayish. Dia mahu lihat wajah suaminya. Bagaimanalah keadaan Qayish sekarang? Adakah suaminya dah sedar? Qaseh hanya mampu bertawakal pada Allah SWT.
Malam menjelang. Qayish tidak puas merenung langit dari tingkap wad nya. Langit yang tadinya cerah sudah bertukar gelap. Qayish tatap dalam bintang-bintang yang bersinar di langit gelap itu.
Isi hatinya sekarang hanya penuh dengan wanita bernama Qaseh arnuha. Mana isterinya itu? Kenapa langsung tidak menjenguknya.
"Nuha... Nuha tak ingat abang ke sayang? Abang rindu nak tatap wajah Nuha. Baby.... Ya Allah, kau lindungilah isteriku di mana jua dia berada." Qayish pejam matanya erat. Sejurus dengan itu, setitis air matanya tumpah.
Rumit betholl kisah depa ni haihh... Bila nak bahagia pon tktau laaa 😓
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...