Kini sudah masanya Qaseh untuk melahirkan. Dia sudah pun berjaya dimasukkan ke dalam labour room. Qaseh tersentuh apabila Qayish sentiasa menemaninya dari tadi.
"Sayang, Nuha jangan takut ya? Abang ada. Sayang kena kuat tau! Demi abang, demi anak kita." Qayish tidak berhenti beri semangat. Air mata jejaka itu turut gugur sejurus isterinya dimasukkan ke dalam bilik persalinan.
Qaseh angguk. Qayish senyum perit sebelum tangan Qaseh yang digenggam itu dibawa ke bibir. Qayish cium lama kekura tangan isterinya.
"Baik puan, dengar arahan saya ya? Bila saya cakap push, puan push dan jangan angkat punggung." Arah Doktor Zulina. Dia sudah bersedia berdiri di hadapan Qaseh. Qaseh angguk kecil.
Tiba-tiba Qaseh merasa sakit dibawahnya. Lebih sakit dari tadi. Qaseh meringis sakit. Qayish usap kepala isterinya.
"Shhh tahan sayang..."
"A-abang s-sakit!" Adu Qaseh. Tidak pernah dia rasa sesakit ini seumur hidupnya. Sewaktu dia gugur dahulu pun dalam keadaan tidak sedar. Tahu-tahu, Muhammad telah tiada.
"Ya abang tahu... Abang ada ni, jangan risau ya sayang." Pujuk Qayish lembut. Dia pandang doktor yang menyelak sedikit kain dan melihat celah kangkang isterinya.
"Puan dah nampak kepala baby! Ambil nafas dan teran!" Arah Doktor Zulina. Dia munculkan dirinya. Qaseh patuh. Dia ikut setiap arahan doktor.
Lama. Lama keadaan seperti itu hampir setengah jam. Bayi enggan keluar walaupun kepalanya sudah terlihat oleh doktor.
Dada Qayish berdebar. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati. Bagai perkara buruk yang bakal berlaku. Dia pandang Qaseh yang sudah berpeluh.
"Nuha, Nuha kena kuat. Tolong kuat untuk baby ya sayang." Ujar Qayish mengendahkan rasa sakit kerana Qaseh mencengkam kuat tangannya.
"Puan push!"
Bilik ini sudah dipenuhi jeritan Qaseh. Dia sudah mengeluarkan segala tenaganya. Dia sudah tidak fikir apa. Dia mahu anaknya selamat. Dia tidak kesah apa yang akan berlaku padanya.
Qayish menahan tangisnya. Dia dapat lihat dari kesungguhan isterinya itu mempertaruhkan nyawa demi anak mereka. Dia dapat melihat kesakitan dari wajah isterinya. Kalaulah dia dapat ambil semua kesakitan isterinya berpindah padanya, dia sanggup!
Ya Allah! Kau selamatkanlah isteriku!
"Teran lagi puan! Separuh tubuh bayi dah keluar!" Beritahu doktor. Qayish senyum dalam tangis. Dia pandang isterinya.
"Cepat sayang, sikit lagi. Abang tahu isteri abang kuat. Nuha boleh!" Qayish cuba beri semangat apabila kelihatan Qaseh sudah mula lemah. Bibir isterinya itu sudah memucat. Dia geleng kepala perlahan.
Selepas menerima arahan lagi dari doktor. Qaseh tarik nafas dalam-dalam sebelum meneran sekuat hatinya.
Tak lama kemudian, terdengar bunyi tangisan bayi yang kuat di dalam ruangan itu. Hati Qayish menjerit bahagia. Anaknya sudah selamat lahir di muka bumi ini. Isterinya sudah berjaya. Dia pandang Qaseh. Kelihatan wajah Qaseh benar-benar pucat.
Mata mereka bersatu. Sama-sama sudah menitiskan air mata. Qayish genggam erat tangan Qaseh. Melihat Qaseh yang ingin bersuara, Qayish dekatkan sedikit jarak mereka.
"Abang... Nuha minta maaf! Nuha dah tak kuat abang. Jaga anak kita baik-baik ya? Fi.. Amanillah... Qayish ilyaz.. Ya zaujii.." Ujar Qaseh perlahan, senyuman terakhirnya terukir sebelum Qaseh menutup matanya. Selamanya.
Qayish termenung sambil berjalan keluar dari bilik persalinan. Apa yang berlaku di dalam bilik persalinan tadi menghantui dirinya.
Fi... Amanillah... Qayish ilyaz...
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...