Bab 34 🌷🖤

1.3K 54 0
                                    

"Berdasarkan maklumat yang aku dapat, arwah Tan Sri Azran ada dua anak perempuan. Qaseh ariyani dan Qaseh arnuha." Ujar Emir serius. Dia mengeluarkan beberapa fail dan memberinya pada Qayish.

Qayish tak terkata. Qaseh anak Tan Sri? Tapi kenapa sekarang hidup dia sederhana sahaja?

"Pasal kemalangan tu? Siapa je yang terlibat?" Tanya Qayish. Fail itu disambut, dia memandang Emir serius.

"Tan Sri Azran, Puan Sri Qaseh arlani dan juga... Isteri kau. Qaseh arnuha." Ujar Emir rasa serba salah. Mata Qayish terus membulat. Jadi parut di belakang bahu Qaseh itu ialah kesan dari kemalangan dua tahun lalu?

"Pemandu, Tan Sri Azran dan Puan Sri Qaseh arlani tidak dapat diselamatkan. Hanya isteri kau yang selamat."

"Qaseh ariyani?"

"Oh! Masa tu dia tak ada di Malaysia. Dia ada di Itali bersama dengan suami dia. Tapi tak sampai berapa bulan, suami dia meninggal. Dan sekarang Qaseh ariyani ada di Itali, dia handle company arwah suami dia dekat sana." Qayish mengangguk faham.

"Habis tu macam mana dengan harta Tan Sri Azran? Kenapa Qaseh langsung tak dapat harta ayah dia?" Tanya Qayish ingin tahu. Mana pergi semua harta Tan Sri Azran? Kenapa tak tinggal pada Qaseh.

"Sebenarnya syarikat Tan Sri Azran dah bankrupt. Dan sekarang pemegang saham utama AzQa corp ialah Dato' Mukhtar. Lepastu aku tak tahu macam mana rumah dan kereta Tan Sri Azran sekarang bawah nama Dato' Mukhtar juga, sepatutnya itu semua hak Qaseh ariyani dan isteri kau. Entahlah mungkin Dato' Mukhtar dalangnya."

"Apa? Kemalangan dua tahun lepas tu?" Soal Qayish serius. Emir lambat-lambat angguk. Qayish mengepal kuat tangannya.

"Dato' Mukhtar... Kawan Tan Sri Azran?" Soal Qayish lagi. Sekali lagi Emir anggukan kepala.

Qayish terus membuka fail yang diberi oleh Emir tadi. Semuanya tentang harta Tan Sri Azran. Langsung tiada nama Qaseh ariyani dan Qaseh arnuha.

"Kau boleh buka semula kes kemalangan tu. Tanpa pengetahuan isteri aku dan kakak dia. Aku nak kau handle kes tu. Tolong Emir, aku nak tahu punca kemalangan tu. Aku takut dia orang di aniaya."

"Tapi kes ni dah tutup. Kalau nak buka semula pun mesti akan sampai ke pengetahuan isteri kau dan kakak dia." Ujar Emir serius. Qayish berdecit.

"Kalau macam tu kau ikut aku jumpa Dato' Mukhtar. Senang kau nak tangkap dia kalau dia memang betul-betul punca semua ni. Please Emir... Aku nakkan keadilan untuk isteri aku. Aku nak ambil semula harta isteri aku."

"Without her knowing?"

"Yes!"

"Haish kau ni, aku ada latihan lah lepas ni. Esok lah. Jom join aku latihan. Kau mesti rindu nak pegang pistol kan?"

"I'm not a trainee anymore!"

"Oh lupa kau sepatutnya polis juga sekarang tapi tulah sebab broken dengan minah saleh terus berhenti buat latihan" Perli Emir. Qayish jeling tajam Emir. Perkara dah terjadi beberapa tahun lepas. Tak payahlah nak diungkit semula ergh!

"I'm not broken! She's nothing to me."

"Yalah tu. Lepas lima tahun kau duduk US dulu then tiba-tiba datang sini. Bukan ke broken namanya?" Sambung Emir lagi.

"Mana ada! Aku memang nak balik Malaysia. Nak mula hidup baru" Jawab Qayish malas.

"Without Nadine anderson?" Emir senyum sinis. Qayish mendengus geram. Erghh! Lepas tiga tahun dia berpisah dengan Nadine masih ada lagi yang menyebut namanya.

"Shut up! Jangan sebut nama dia! Aku dah ada isteri sekarang dan aku sayang isteri aku. Only Qaseh arnuha."

"Okay okay sorry. Tapi kau tak takut Nadine datang Malaysia cari kau."

"After three years she left me? Huh!" Mustahil Nadine akan datang, kalau datang pun dia tak akan pandang.

"Hm apa-apa jelah. Jomlah ikut aku, kau patut tengok skill menembak aku." Emir menjongketkan kening beberapa kali. Qayish mengangguk malas.







Qayish fokus memandang papan sasaran itu. Semakin dia cuba fokus semakin itulah dia teringat pada Nadine. Ini semua Emir punya pasal!

Qayish merapatkan dadanya pada belakang tubuh Nadine. Kedua-dua tangannya memegang bahu Nadine.

"Okay my little bear, you need to focus on the target. Relax don't be nervous. When you confirm the target then shoot!" Ujar Qayish lembut pada kekasihnya, Nadine.

"Okay my boo, but are you sure you're teaching me right now? I think you wanna flirt with me because your hand is too naughty!" Ujar Nadine lembut tetapi sedang menyindir sebenarnya. Tangan sibuk mengusap bahunya, bibir pula tidak duduk diam.

Qayish gelak kecil, sebelum jauhkan jarak wajahnya dengan leher Nadine.

"Okay my bad. Now focus!" Tegas Qayish. Nadine terus fokus pada titik sasaran. Selepas sudah memastikan targetnya tepat Nadine melepaskan tembakan.

"Wow! My little bear is so good" Puji Qayish. Dia memeluk tubuh memandang Nadine yang sudah bangga.

"I know. Looks who's the teacher."

"Oh, Qayish ilyaz. The most sexy guy in this world" Qayish kenyit sebelah mata sebelum tersenyum nakal.

"Yucks!" Nadine buat muka jelek. Haih nasiblah dapat boyfriend Malaysia yang overconfident ni!

"Can we continue our training?" Tanya Nadine malas. Haih orang datang sini nak berlatih dia nak main-main pula.

"Sure my little bear!" Qayish senyum manis. Dia mengambil pistol kemarahannya dan berjalan ke sebelah Nadine di mana terdapat satu lagi papan di hadapannya.

Qayish menarik picu pistol dan diangkat separas bahu. Tak sampai berapa saat dia menarget sasaran, Qayish terus lepaskan tembakan.

Tepat!

"Wow! My boyfriend is the best shooter in this world! I'm proud of you my love!" Nadine terus memeluk tubuh tegap Qayish dari samping.

"Thank you for the compliment. So your turn?" Qayish melepaskan pelukan itu. Nadine terus senyum lebar. Dia terus ambil tempat mahu melepaskan tembakan lagi.

Qayish hanya memerhati. Hampir seminit Nadine mahu menarget sasarannya. Dan selepas itu tembakan dilepaskan. Tepat!

Nadine senyum tipis apabila terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Terasa hangat nafas Qayish menampar di lehernya.

"Good job my little bear. I'm proud of you too." Bisik Qayish menggoda. Nadine menahan malu.

Qayish terus gelengkan kepalanya laju. Mahu melupakan semua itu. Zaman jahil dia dahulu. Huh kesian pada diri sendiri tak tahu jaga batasan dengan perempuan.

Walaupun Nadine bukan muslim, tetap saja tidak boleh. Dia ini muslim.

Terus Qayish tidak jadi mahu menembak. Dia meletakkan pistol ke atas meja yang tersedia. Emir yang perasan akan perubahan Qayish juga berhenti dari aktiviti menembaknya.

"Qay, okay tak ni?" Tanya Emir. Dia duduk di kerusi yang berada di sebelah Qayish. Qayish mengangguk malas.

"Kau terfikir pasal Nadine?"

"Jangan sebut nama dia. Aku benci dia. Please..."

"Qay, bukan salah dia. Bapa dia yang tak suka hubungan kau orang berdua, sebab tu dia bawa Nadine ke Europe."

"So? Kenapa dia tak pertahankan aku? Kenapa dia pilih untuk ikut cakap bapa dia? Kalau dia sayang aku dia akan pertahankan hubungan kita orang," Ujar Qayish tidak puas hati. Emir hanya mampu diam, tidak mahu bersuara lagi. Orang kalau dah benci memang begini gamaknya.


Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now