Qaseh memandang rumah yang tak kalah besar dengan rumah keluarga Qayish. Terpegun Qaseh melihat luar rumah banglo ini. Sangatlah cantik!
"Jomlah kita masuk" Suara Qayish menyentakkan Qaseh. Qayish menarik Qaseh masuk ke halaman rumah kembarnya. Loceng yang berada di tepi pintu ditekan. Tak lama kemudian, pintu itu terbuka dari dalam. Muncul wajah seiras Qayish.
"Qay, Qaseh... Marilah masuk. Kak long ada dekat ruang tamu dengan baby." Ujar Qalish, dia membuka luas pintu rumahnya untuk Qayish dan Qaseh masuk. Qayish dan Qaseh terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Mereka bertiga berjalan ke ruang tamu. Qaseh senyum melihat bayi comel yang ada di dukungan kakak ipar Qayish.
Qayish dan Qaseh labuhkan punggung di lantai agar terlihat lebih beradab. Iyalah isteri tuan rumah pun duduk dekat lantai beralas toto, takkan mereka berdua yang tetamu ni nak duduk di sofa.
"Qay, Qaseh. Datang pun kau orang dua... Dekat Mekah hari itu macam mana? Mesti best kan dekat sana." Mawar senyum lebar. Nanti lepas dia habis berpantang, dia mahu ajak suaminya pula ke sana!
"Best. Dekat sana pemandangan cantik. Kak long kalau dah habis berpantang bolehlah pergi sana." Ujar Qaseh cuba menghilangkan rasa kekok. Sudah lama dia tidak berjumpa Mawar adriana ini.
"Hmm sudah pasti! Tapi itulah... Suami kak long ni busy je memanjang..." Mawar jeling suaminya yang hanya diam dari tadi. Qalish angkat kepala apabila rasa dirinya disebut.
Qayish gelak kecil sebelum melihat Qaseh yang sedang merenung bayi di dukungan Mawar.
"Kak long... Boleh bagi isteri Qay dukung baby. Biar dia ambil mood ibu. Lepas ni dia pula." Ujar Qayish tersenyum mengusik. Qaseh hanya tersengih malu. Suami dia ni kan...
"Oh! Dukunglah! Nah." Qaseh lambat-lambat ambil bayi lelaki yang berada di dukungan Mawar. Sekarang bayi lelaki itu bertukar tangan. Qaseh merenung wajah bayi lelaki itu. Comel. Ada iras Muhammad...
"Apa nama dia kak long?"
"Qarl adly." Jawab Mawar lembut. Matanya tidak lepas memandang Qaseh yang seakan terpegun dengan bayinya.
"Assalamualaikum, Qarl adly." Jari Qayish bergerak mengusap pipi tembam Qarl adly. Comelnya!
Mata Qayish melirik Qaseh yang sedari dari tadi merenung wajah Qarl adly. Tiba-tiba Qaseh tersenyum.
"Abang, Qarl adly mirip anak kita. Muhammad" Ujar Qaseh lembut memandang Qayish. Qayish terkedu. Muhammad...
Lambat-lambat Qayish senyum dan mengusap kepala isterinya mahu menenangkan wanita itu.
Qalish dan Mawar terkebil-kebil sendiri. Muhammad? Siapa tu? Anak mereka?
"Muhammad?" Qayish dan Qaseh sama-sama menoleh ke Mawar. Mereka memandang satu sama lain.
"Arwah Muhammad... Anak kami. Dia dah meninggal." Ujar Qayish perlahan menahan sebak di dada. Remuk hati apabila teringat tentang Muhammad.
Dahi Qalish berkerut. Mawar hanya diam tidak mahu menyoal lebih. Dia memandang suaminya yang merenung Qayish dan Qaseh.
"Abang, Ayyin mana?" Tanya Mawar saja mahu menghilangkan rasa kekok sekarang. Qalish tersentak.
"Dia ada dengan..." Tak sempat Qalish mahu berkata datang seorang kanak-kanak perempuan dari dapur, berlari ke arah Qayish.
"Papa ngah!" Semua menoleh ke kanak-kanak perempuan itu. Wajah Qayish terus berubah, senyuman melebar.
"Ayyin" Qayla adalyn selamat berada di pelukan Qayish. Qayish mengusap kepala anak kecil itu. Rindu dia dengan anak buah dia yang seorang ini.
"Ayyin yindu papa ngah." Rengek Qayla adalyn manja. Qayish terkekeh kecil. Dah jadi kakak pun masih manja.
Qaseh senyum melihat keakraban dua orang itu. Mawar telan air liur apabila muncul ibu mertuanya dari dapur. Hish! Lupa pula dia umi ada dalam rumah ni, harap tiada apa yang berlaku lah.
Qayish yang terasa ada seorang tiba terus menoleh. Tergamam dia melihat sosok uminya di sebelah Qalish. Tak tahu pula ada umi di sini. Qayish terus bangun dari duduk mendekati uminya.
"Umi." Qayish menghulurkan tangannya ingin menyalam tangan uminya tapi tangannya langsung tidak di sambut oleh wanita itu. Qayish senyum perit sebelum tarik semula tangannya. Wajah uminya ditatap rindu.
"Umi sihat?" Tanya Qayish lembut. Dia menahan sedih apabila wajahnya langsung tidak ditatap oleh uminya. Betapa bencinya umi terhadapnya sampai pandang pun tidak mahu.
"Ria, ni ada nasi dengan ikan bakar, makanlah. Umi nak masuk dapur semula, ambil air." Ujar Elvira pada Mawar. Dulang yang ada nasi dan ikan bakar diletakkan di sebelah Mawar. Elvira terus berlalu pergi.
Qalish tanpa berkata apa terus melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya, mahu menyuap. Mata Qayish tak lepas memandang umi yang sudah berlalu pergi.
Qaseh pandang suaminya yang masih memandang dapur. Dia mengeluh kecil. Dia pun turut sedih melihat suaminya dilayan begitu. Qarl adly diletakkan di atas tilam bayi. Qaseh berdiri menghampiri Qayish yang masih berdiri tegak di tempatnya.
"Abang, Nuha pergi tengok umi sekejap ya." Qaseh senyum tipis sebelum melangkah ke dapur.
Mata Qaseh menangkap umi Qayish sedang membuat air dengan wajah kosong. Qaseh ambil keberaniannya dahulu sebelum melangkah dekat ke arah wanita itu.
"Puan nak saya tolong apa-apa?" Soal Qaseh lembut. Bibirnya mengukir senyum. Qaseh tetap senyum walaupun umi Qayish membuatnya seperti tidak wujud di sini.
"Marilah saya bawa jag tu ke ruang tamu." Pelawa Qaseh mahu mengambil jag yang berisi air tetapi umi Qayish pantas mengambil jag itu menjauh.
"Tak payah! Saya masih kuat lagi nak bawa jag ni ke ruang tamu." Ujar Elvira dingin. Dia membawa jag itu ke ruang tamu. Qaseh gigit bibir bawahnya. Orang nak bantu pun tidak boleh ke? Sabar sajalah... Dia perlu banyak bersabar untuk ambil hati ibu mertuanya.
Qaseh pandang suaminya yang sedari dari tadi hanya diam. Suasana mula kekok sekarang ini. Semuanya diam saja. Kalau ada Qayla mungkin bising lah juga tapi Qayla sudah tidur di dalam biliknya.
"Err kandungan Qaseh dah berapa bulan?" Tanya Mawar memecahkan keheningan. Qaseh senyum tipis.
"Dah tujuh bulan."
"Ohhh... Baby boy ke baby girl?" Tanya Mawar ingin tahu. Elvira pandang Qaseh, tertanya jantina anak dalam kandungan Qaseh.
"Baby boy." Jawab Qaseh lembut. Mawar ukir senyuman lebar.
"Wah! Bolehlah dia orang geng nanti." Mawar memuncungkan bibirnya pada Qarl adly yang sedang nyenyak tidur. Qaseh hanya senyum.
"Umi balik dulu." Elvira bangun dari duduknya. Semua mata terus memandang Elvira.
"Awalnya umi nak balik. Umi kata nak tunggu abi ambil umi" Ujar Qalish turut bangun dari duduknya. Wajah umi ditatap lembut.
"Tak apalah. Umi boleh balik sendiri. Tak kuasa nak duduk sini lama-lama tengok muka orang tak tahu asal usul ni." Habis itu, Qaseh dijeling tajam. Qayish mengeluh kecil sebelum mengusap belakang isterinya mahu menenangkan wanita itu.
"Hmm yelah. Umi hati-hati ya." Pesan Qalish lembut. Elvira hanya mengangguk malas.
Tangan uminya disalam. Qayish lambat-lambat bangun dari duduknya ingin menyalam tangan uminya itu juga walaupun dia tahu hulurannya itu tidak akan disambut.
Elvira hanya mengabaikan anak keduanya yang sedang menunduk sambil menghulurkan tangan dan berlalu pergi. Qayish senyum tipis.
Qalish yang melihat kembarnya diabai menepuk perlahan bahu Qayish.
"Dah lah tu. Mari kita makan, umi ada masak tadi sebelum kau orang datang. Hey, umi masak lauk kegemaran angah tau, tom yam seafood." Ujar Qalish mahu menyedapkan hati kembarnya.
Qayish angkat kepala memandang kembarnya sebelum senyum tipis.
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...