Qaseh usap perutnya yang buncit. Pandangannya kosong menatap dihadapannya.
Ya! Aku nak Putri raina jadi menantu aku! Bukan perempuan tak tahu asal usul macam kau!
Qaseh pejam matanya erat. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut umi Qayish sangat menyakitkan.
Perlu ke tunaikan syarat umi Qayish itu? Dia mahu umi Qayish terima Qayish semula. Qaseh gigit bibir bawahnya.
"Tulip, fikir apa tu?" Qaseh tersentak apabila terasa bahunya disentuh. Dia pantas menoleh ke tepi. Qaseh sedaya upaya cuba untuk senyum dan menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tak ada. Cuma tengah bayangkan bila kita dah ada anak nanti. Nuha harap umi boleh terima anak kita. Biarlah dia benci Nuha seorang saja, bukan baby ni" Perutnya diusap lembut.
Qayish senyum sebelum memegang tangan Qaseh yang berada di perutnya. Mata mereka bersatu.
"Jangan risau. In Shaa Allah, umi akan lembut hati dan terima kita. Kita doa yang baik-baik saja ya?" Ujar Qayish lembut. Qaseh senyum. Suka dengan kelembutan suaminya.
"Assalamualaikum anak ayahh.." Sapa Qalish dengan suara lembut. Anak keduanya ditatap lembut.
"Hmm wanginya dia." Qalish curi haruman bau bayi Qarl adly. Mawar senyum melihat interaksi antara suami dan anaknya. Sama seperti dia melahirkan Qayla adalyn.
Qalish senyum lebar melihat kecomelan anaknya. Geramm betul dengan budak kecik ni!
Sedang berbual dengan bayi kecil itu mata Qalish menangkap kaki isterinya yang tidak memakai apa-apa. Mata Qalish menatap garang isterinya.
"Sayanggg berapa kali abang nak kena pesan stoking kena pakai. Nanti kaki tu masuk angin macam mana?" Qalish menyoal garang isterinya. Mawar ni liat betul nak pakai stoking.
"Alaaa abang, rimas la pakai stoking ni." Mawar memuncungkan bibirnya. Qalish menggeleng sebelum meletakkan anaknya di tepi Mawar. Dia bergerak ke wardrobe mengambil sepasang stoking dan kembali pada isterinya.
Mawar yang melihat stoking di tangan suaminya berdecit.
Qalish labuh punggung di birai katil. Dia menyarungkan stoking pada kaki isterinya dengan hati-hati. Mawar masih berpantang jadi dia lebih perlu berhati-hati melakukan sesuatu.
Selesai menyarungkan stoking pada kaki isterinya Qalish mendekati isterinya.
"Abang turun sekejap ambil makanan ya?"
"Ikan bakar lagi?" Tanya Mawar ingin tahu. Qalish hanya angguk kecil sebagai jawapan. Berkerut wajah Mawar. Dia sudah bosan dengan lauk itu, tolonglah...
"Abang, tak ada lauk lain ke? Mawar bosanlah... Dah dua minggu makan ikan bakar..."
"Hai? Macam tak biasa pula..." Qalish jongketkan keningnya beberapa kali. Tangan sudah bercekak pinggang.
"Ishh!"
"Mawarr, sayang kena biasakan tau makan ikan bakar. Yelah.. Tahun depan pun nanti kena makan ikan bakar lagi..." Qalish sengih nakal. Mata Mawar terus bertukar tajam. Amboiii... Dah macam plan nak tambah sorang lagi nampak?
"Haha makan ikan bakar lagi tahun depan ya? Okayyy... Harini abang kena makan ikan bakar juga! No! Bukan hari ini! Tapi sampai Mawar habis berpantang!" Mata Qalish membulat.
"Eh! Abang pula! Bukan abang yang beranak." Wajah Qalish sudah berkerut. Ah sudahh... Dulu dia dah 'join' Mawar 'berpantang' takkan sekarang kena join lagi? Matilanakk...
YOU ARE READING
Bidadari Qayish Ilyaz
RomanceQAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah yang menceritakan tentang sepasang suami isteri.Terjadinya perkahwinan rahsia diantara dua manusia. ...