"Kecut perut aku tengok bos kita tu Aulia." Ucap Sofia dengan wajah tegang.
"Kau baru kecut, aku ni macam nak innalillah rasanya. Ada ke patut Tuan Mahmud suruh aku jahit sendiri yang aku lakar?" Rungutnya tak berpuas hati.
"Tak patut tak patut, kau kena laporkan pada bahagian kebajikan pekerja." Sahut Sofia menggebu-gebu.
"Kau tak dengar ke tadi, hasil aku ni menentukan masa depan aku kerja kat sini?" Wajah Aulia berubah keruh.
"Kenapa ganas sangat CEO kita tu? Tak sangka pula Tuan Mahmud setegas itu." sahutnya bergidik ngeri.
"Hurmmm, dah nasib aku Sofia. Risaunya kalau jahitan aku tidak memenuhi standard Butik Baiduri." Keluh Aulia Azzahra kedengaran.
Ting tong!!
"Aulia, ada pelanggan tu." Sofia memuncungkan mulutnya ke arah pintu utama Butik Baiduri.
Aulia segera mempersilakan pelanggannya masuk ke Butik Baiduri.
"Selamat pagi Datin, Cik!!" Sapa Aulia Azzahra dengan ramah.
"Good morning, can see new design Butik Baiduri?" Ucap Datin Maria dengan nada angkuh.
"Sure Datin, can go this way." Tunjuk Aulia Azzahra dengan sopan.
Datin Maria dengan anaknya membelek-belek pakaian yang sudah tergantung rapi selama beberapa minit, namun belum ada yang tersangkut di hati.
"Mommy, fesyennya takde yang Rina berkenan." Sahut Rina dengan cemberut.
"Ya Allah Reen, dah berapa buah butik kita masuk tapi sehelai pun takde yang awak suka?" Rungut Datin Maria melihat anaknya yang cerewet tentang fesyen.
"Kita cari kat butik lain la mom!" Serunya sambil tersengih.
"No, mommy dah letih. Ni Butik terakhir yang akan kita masuk, Rina pilih sekarang juga. Kalau tak, selamat kredit mommy." Ucapnya sinis.
Rina mencebik mendengar kata-kata Datin Maria.
"Rina nak design sendiri." Sahutnya dengan pendiriannya.
"Mana boleh Reen, takde service begitu kat sini kot." Ucap Datin Maria pada anaknya.
"Cik, ada tak service melakar design pakaian di sini?" Tanya Rina pada Aulia.
"Oh, ada cik... kalau boleh tahu, cik nak fesyen macam mana ya?" Soal Aulia Azzahra dengan sopan.
"Rina nak dress pendek, tapi kelihatan mahal dan berkelas. I tak kisah soal harga." Sahutnya bernada angkuh.
Aulia Azzahra segera mengambil kertas dan pensil untuk melakar fesyen yang di ingini oleh pelanggannya.
"Cik nak dress jenis kembang ke?" Soal Aulia Azzahra ramah.
"Tak kisah, yang penting kelihatan mahal!" Sahutnya lagi.
Dahi Aulia Azzahra berkerut.
"Nak berlengan ke?" Tangan Aulia Azzahra lihai melakar fesyen yang di sebut oleh pelanggannya tersebut.
"Kalau cik tengok badan saya ni, sesuai macam mana?" Soal Rina kepada Aulia Azzahra sambil berpusing-pusing seperti model.
"Kejap cik, saya lakar jap yang sesuai dengan body cik Rina. Maaf bertanya, nak guna untuk apa ye?"
"Nak guna untuk party vvip, ada event kat hotel bintang."
Aulia Azzahra terangguk-angguk mendengar penjelasan Rina.
Setelah 20 minit Aulia Azzahra melakar fesyen yang sesuai dengan bentuk badan pelanggannya, bertanya jenis kain dan warna yang diingini, dia pun menunjukkan hasil tersebut.
"Cuba Datin Maria dan cik Rina tengok terlebih dahulu, bagaimana?" Tanya Aulia Azzahra dengan sopan.
Datin Maria melirik hasil seni Aulia Azzahra yang berada di tangan anaknya Rina. Dahinya berkerut sambil terangguk-angguk. Rina tersenyum puas, membuat Aulia Azzahra senang hati melihatnya.
"Fesyen ni yang Rina nak mom, pasti Zack suka nanti!" Ucapnya kedengaran manja.
"Hurmmm ye lah!" Sahutnya geram dengan karenah anaknya.
"Kira-kira berapa hari ye boleh siap?" Soalnya pada Aulia.
"Insya Allah 2 week only." Sahut Aulia Azzahra dengan yakin sambil tersenyum.
"Berapa ye deposit untuk baju ni?" Soal Datin Maria sambil menunjukkan kad kreditnya pada Aulia.
"RM250 sahaja untuk deposit, lebihnya RM300 nanti time Datin Maria nak ambil." Sahut Aulia Azzahra sopan.
"Okay, boleh bagi resit bukti pembayaran?"
"Sure Datin, sila pergi bahagian cashier Butik Baiduri." Aulia Azzahra mempersilakan Datin Maria dan Rina menuju bahagian pembayaran.
Baiduri Holdings....
"Kau dah gila ke Mud, buat macam tu kat staff Butik Baiduri 3?" Geleng Razi melihat karenah sahabatnya itu.
"Aku sengaja Raz, nak tengok kemampuan dia dalam jahitan pula." Sahutnya sambil tersenyum angkuh.
"Kan kau dah tahu, kemampuan Aulia Azzahra dalam bidang lakaran fesyen, takkan kau suruh dia juga yang jahit? Tak takut rugi ke? Set mesin jahit industry pun kau hantar kat rumah Aulia." Razi tepuk dahi melihat Mahmud Al-Farizi seperti takde perasaan.
"Suka hati akulah!" Sahutnya sambil menyandarkan badannya di kerusi kebesarannya sambil tersenyum sinis.
"Apa aku nak jawab nanti dengan Datin?"
"That's my business. Kau ikut arahan aku saja, kau selamat."
"Okay!" Sahutnya langsung duduk di sofa bahagian ruangan Mahmud.
"Malam ni kau tak pergi ke?" Soal Mahmud Al-Farizi pada Razi.
"Pergi mana?" Razi menyoal semula Mahmud dengan kerutan didahinya.
"Malam ni kan ada event kat Hotel Cahaya?" Jawab Mahmud sambil mengetuk-ngetuk dagunya perlahan.
"Aku terlupalah!" Sengih Razi sambil menegakkan badannya. "Kau rasa kawan-kawan kita semua dapat datang ke tu?"
"Entahlah, masing-masing dah bawa haluan." Sahut Mahmud Al-Farizi datar.
"Kau tak takut ke Liana datang, diakan 1 batch dengan kita juga?" Ujar Razi.
"Mustahillah, Lianakan dah jadi model kat overseas." Sahut Mahmud ragu-ragu.
"Manalah tahu dia pun kena jemput reunion sekolah menengah ni." Tak mustahil sekiranya Liana akan muncul di depan mereka semua, walaupun dia sekarang sudah berjaya dalam dunia modeling. Fikir Razi.
"Kalau dia di jemput pun, belum tentu dia akan datang." Ucap Mahmud Al-Farizi dengan yakin.
"Kau belum move on ke dengan Liana?"
"Sorry, Liana dah lama aku kubur dalam fikiranku, aku tak nak mengingat kisah lama lagi."
"Sorry bro kalau U tertekan, I tak sengaja sentuh bab Liana."
"It's okay, I tak kisah pun!" Sahutnya sambil tersenyum tipis.
![](https://img.wattpad.com/cover/324586938-288-k860017.jpg)
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...