Bab 4 Bully

6 0 0
                                    

Pagi ini Aulia Azzahra memakai baju kurung kebaya navy blue corak-corak bunga kecil dan di padankan dengan tudung navy blue polos. Dia berdiri di depan cermin sambil membetulkan tudungnya agar tidak senget bila tertiup angin. Aulia bernyanyi-nyanyi kecil dengan suaranya yang merdu. Hatinya merasa bahagia tanpa sebab yang pasti.

"Nice to see, is there anything?" sebelah keningnya terangkat melihat kelibat Aulia yang berbaju kurung kebaya navy blue. Abang Aulia iaitu Ahmad Zaid, menyapa Aulia Azzahra yang kelihatan berbeza pagi itu.

"Yes, you are jealous?" Sengih Aulia Azzahra melihatkan sebaris giginya yang putih.

"Nope!" Sahutnya sambil duduk di mejakan makan dan mengambil roti keju yang ada di hadapannya.

"Korang berdua kalau berada kat hadapan makanan tak payah nak mulakan ya!" Puan Aminah segera menyampuk sebelum suasana sarapan pagi mereka menjadi kecoh.

Ayah Aulia Azzahra iaitu Encik Ahmad Rafiq hanya membisu melihat 2 orang anaknya bila bertemu ''seperti anjing dengan kucing''. Ada sahaja yang tak kena. Ibu Aulia Puan Aminah hanya mampu menggeleng perlahan.

Walaupun Ahmad Zaid dan Aulia kerap bergurau kasar, namun ikatan bersaudaraan yang terbina membuatkan mereka mempunyai perasaan kasih sayang yang utuh.

Setelah bersarapan, Aulia segera menyalam hormat kedua orang tuanya dan Ahmad Zaid, kemudian beredar untuk ke butik dan tidak lupa juga membawa fail hasil karyanya semalam. Dia berharap agar Encik Mahmud menerima hasil lakarannya, ada beberapa jenis fesyen yang Aulia hasilkan dan berharap salah satu daripada lakaran tersebut di terima olehnya.

Wajah nan tampan yang memakai set toxedo berwarna navy blue, tingginya 185' menampakkan karismanya ketika berjalan. Di iringi dengan Encik Razi sebagai assistant manager yang sentiasa berdampingan dengannya.

"Mud, tak awal sangat ke kita berkunjung kat Butik Baiduri 3 ni?" Soal Razi tak habis fikir.

"Kita kan mahu pergi cek Butik Baiduri 1 dan Butik Baiduri 2 lepas ni, jadi kita datang awal sikit kat sini. Abah aku tak nak bertangguh kat dua cawangan tu." Jawab Mahmud Al-Farizi dengan muka tak bersalah.

"Kau ni kan menyusahkan aku saja, penat tu cek 3 cawangan dalam sehari." Keluh Razi terang-terangan.

"Aku bagi kau bonus la bodoh, kau tak nak ke?" Sahutnya dengan sinis.

"Betul ke ni?" Ucapnya seakan tak percaya.

"Yes, I beri you overtime pay.

"This is what this spirit is." Sahut Razi tergelak.

Aulia dan Sofia sudah bersedia menerima kunjungan dari CEO Butik Baiduri untuk kedua kalinya. Ini adalah kejutan buat Sofia kerana tidak tahu menahu tentang kunjungan tersebut.

"Aulia, butik kita ada buat salah ke?" Sofia mencuit pinggang Aulia, hairan dengan kedatangan CEO Butik Baiduri.

Aulia Azzahra hanya menggeleng perlahan.

"Encik Mahmud nak lakaran baju pesta, semalam Encik Razi ada buat pesanan ringkas pada aku.

"Oh!!" Sepatah ucapan Sofia tanda faham.

Mahmud Al-Farizi duduk bersilang kaki menghadap Aulia Azzahra dan Sofia. Dengan raut wajahnya yang tampan tapi tegas membuatkan jantung dua orang staffnya seperti nak melompat dari tempatnya. Takut membuat kesalahan.

"Mana hasil lakaran tu?" Tanya Razi dengan wajah datarnya.

"Ini Tuan, saya harap Tuan Mahmud berpuas hati." Sahut Aulia Azzahra gugup, dia menghulurkan sebuah fail kepada Razi dengan perasaan cemas. Risau kalau-kalau hasilnya di tolak mentah-mentah. Walaupun selalunya hasil lakarannya sering kali mendapat pujian dan penghargaan dari Butik Baiduri.

Keningnya terangkat sebelah melihat pakaian Aulia yang sedondon dengan suit toxedonya.

"Cantik baju kurung awak?" Puji Mahmud mendapat jelingan dari Razi. Buat pertama kalinya Mahmud Al-Farizi memberi respon pada staffnya.

Wajah Aulia sudah merah padam tanda malu, tak menyangka baju kurungnya menjadi isu pagi itu. Aulia mana tahu CEO Butik Baiduri memakai set navy blue.

Razi menghulurkan fail tersebut pada Mahmud Al-Farizi.

"Ini dia Tuan!"

"Hurmmm!" Sahutnya sepatah.

Mahmud Al-Farizi membelek helaian demi helaian lakaran baju tersebut, sesekali dahinya berkerut yang menjadi teka-teki pada Aulia dan Sofia.

"How many types of fashion can you prepare yesterday?" Katanya sambil melihat Aulia.

"Dalam 2 pasang saja Tuan, sebab saya tak cukup masa. Mendadak sangat!" Sahut Aulia lambat-lambat. Takut Encik Mahmud murka.

"Can you sew this one you sketched out?"

Mata Aulia Azzahra membulat besar terkejut dengan arahan CEO Mahmud Al-Farizi.

"Only one pair per design!" Keningnya terangkat melihat Aulia Azzahra yang berdiri membeku seperti patung di hadapannya.

"Insya Allah Tuan!" Sahutnya cemas.

"Nanti assistant saya Razi akan hantar kain dengan awak, ada tak mesin jahit kat rumah awak?" Soalnya lagi.

Aulia Azzahra hanya menggeleng perlahan, selama ini dia guna mesin jahit yang ada di Butik Baiduri sekiranya di perlukan. Ini adalah kali pertama di suruh menjahit sendiri rekaannya.

"Nanti Razi akan hantar mesin jahit lengkap kat rumah awak, nanti beri alamat rumah awak kat Razi." Ucapnya selamba.

"Ba..baik Tuan!" Jawab Aulia seperti nafasnya tersekat.

"Aku kena bully ke ni?" Bisik hatinya.

Selalunya, rekaan yang dia lakar akan di hantar bahagian professional tailor Butik Baiduri yang khusus untuk pakaian-pakaian Butik Baiduri sahaja.

Dahi Razi berkerut melihat perangai Mahmud Al-Farizi yang tak semena-mena mengarahkan Aulia. Di Butik Baiduri, staff bahagian lakaran fesyen hanya melakar sahaja, tapi ini dah menyalahi prosuder kontrak Butik Baiduri.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now