"Silakan di minum tuan." Ucap Aulia Azzahra pada 3 orang jejaka tampan yang ada di hadapannya.
"Thanks Aulia." Sahut Mahmud Al-Farizi dengan senyuman tipis melihat Aulia Azzahra.
"Welcome Tuan." Jawabnya kemudian menundukkan kepalanya seketika.
Aulia Azzahra telah menghidangkan 3 cawan coffee dan sepinggan kek pisang coklat cute, resepi dari shafiquecute_official. Memang sedap hingga menjilat jari, kerana banyak pisang yang telah masak di rumahnya, Aulia Azzahra telah membuat sarapan pagi dan membawa separuh ke Butik Baiduri mengikut resepi dari Instagram chef Shafiq cute.
"Wow sedapnya, siapa yang masak?" Tanya Jamil dengan bersemangat setelah merasa kek pisang coklat tersebut, betul-betul serasi dengan tekaknya. Lembut dan manisnya cukup di tekaknya.
"Saya yang masak Tuan Jamil." Sahut Aulia Azzahra dengan suara perlahan dan sopan.
"Pandai awak masak ya, ngam jadi bini aku..." Ucap Jamil spontan berseloroh dan mengenyitkan matanya.
"Hem..hem....! Kalau playboy jangan ada hati nak ngorat staff aku, aku tak izinkan." Mahmud Al-Farizi menggenggam penumbuknya tanpa ia sedari. Rahangnya mengeras. Kenapa hatinya tak rela? Walaupun Jamil anggap bergurau tapi dia tak mahu Aulia Azzahra di jadikan alat gurauan oleh sahabatnya Jamil Hamdan. Seorang yang tak pernah serius dengan seorang perempuan, belum ada perempuan yang dapat menambat hatinya namun telah diugut oleh daddynya Datuk Hamdan akan dijodohkan dengan pilihan keluarga selagi belum ada pilihan sendiri.
"Alah Mud, you ni... Kalau dengan staff you I akan serius sumpah." Ucapnya sambil menaikkan tangan kanannya.
"Sudah-sudahlah tu Mil, jangan nak mengada-ngada kat butik ni. Habiskan kek pisang you tu." Sahut Razi seadanya. Merasa suasana mencengkam, Razi tahu sahabatnya Mahmud Al-Farizi sedang marah, tapi di sebabkan apa? Takkan di sebabkan Aulia Azzahra? Sedangkan selama ni Mahmud Al-Farizi tak pernah peduli sekiranya Jamil Hamdan bergurau dengan mana-mana perempuan sebelum ni.
"Aulia, awak pergi duduk dengan Sofia kat kaunter di belakang, tak payah nak beramah mesra sangat..." Ucap Mahmud Al-Farizi dengan tegas. Dia tak nak lihat Aulia Azzahra berdiri terus dekat mereka.
"Baik Tuan." Aulia Azzahra mengundurkan dirinya. Terkejut mendengar ucapan Mahmud Al-Farizi tadi, risau melihat wajah bosnya Mahmud Al-Farizi yang dingin. Seolah-olah marah dengan dirinya. Apa salahnya?
"Mud, macam mana kalau I pinjam staff you tadi sebagai modeling accessories I, I rasa dia cukup kategori untuk modeling bertudung." Sahut Jamil Hamdan mulai serius.
"No, I tak mahu staff I you jadikan modeling you. You boleh cari orang lain, jangan staff I." Ucap Mahmud Al-Farizi dengan serius dan tegas.
"You ni, kenapa tiba-tiba memanas? Pelik you ni." Tanya Jamil Hamdan hairan melihat perangai Mahmud Al-Farizi yang berubah drastik.
"Suka hati I, apa yang you sibuk?" Sahutnya sinis.
"Okay-okay, jadi siapa yang boleh I jadikan modeling I time event kat Hotel Bintang tu? Lagipun I akan support modeling you yang akan memakai accessories dari syarikat I. Terutamanya Aulia, I akan bagi free pada dia. Macam mana?" Tawar Jamil Hamdan pada Mahmud.
"I dah tegaskan, sekiranya Aulia... I akan tarik balik kerjasama kita." Sahutnya sambil melirik Aulia Azzahra yang tengah bersembang dengan Sofia dari jauh. Awas sahaja kalau Aulia Azzahra menerima tawaran Jamil Hamdan nanti, dia akan membuat perhitungan tegas dengan Aulia Azzahra.
*****************************
Gudang Baiduri Holdings.
"Kenapa dengan you ni Mud? I tak faham, tiba-tiba marah dah kenapa? You dah tutup peluang Aulia Azzahra tahu, apa salahnya Aulia menjadi modeling sehari jer pun." Hairan Razi melihat sahabatnya itu bertegas dengan tawaran Jamil Hamdan tadi.
"Apa you tahu, kalau tak tahu apa-apa lebih baik you senyap." Sahut Mahmud Al-Farizi sinis, jantungnya bergemuruh. Dia tak terima sekiranya Jamil Hamdan menjadikan Aulia Azzahra modelingnya. Dia kena beritahu Aulia Azzahra dengan segera agar menolak tawaran Jamil Hamdan tadi. Risau sekiranya Jamil Hamdan menemui Aulia Azzahra tanpa pengetahuannya.
"Apa salahnya you bagi Aulia Azzahra satu peluang untuk berjaya, mana tahu dia ada peluang besar untuk jadi model, nama syarikat Baiduri Holdings juga yang akan naik kerana Aulia Azzahra masih di bawah kontrak Baiduri Holdings.
"I dah tegaskan, I tak nak. Ambil sahaja orang lain, I tak mahu Aulia Azzahra jadi tontonan orang lain." Tegas Mahmud Al-Farizi.
Dahi Razi berkerut.
"Kenapa I rasa you tengah jealous? You jealous dengan Jamil ke? Come on la, you suka kat Aulia ke?" Tanya Razi pada Mahmud Al-Farizi. First time Mahmud Al-Farizi begini sekiranya staffnya ingin di jadikan model syarikat besar lain.
Mahmud Al-Farizi terdiam, dia tak tahu nak jelaskan bagaimana dengan Razi. Hatinya dah bulat akan menolak kerjasama dengan Jamil Hamdan sekiranya Aulia Azzahra yang dijadikan modeling bertudung yang mereka cari tika ini.
"Apa salahnya kita pakaikan sahaja tudung pada modeling kita yang biasa. Tak payah ambil modeling lain." Saran Mahmud Al-Farizi pada Razi.
"Mana boleh Mud, merekakan dah diberi tugas juga untuk memakai pakaian yang seksi, sekarang ni kita tengah cari yang bertudung." Jelas Razi lagi.
"Nanti kita bawa Jamil lihat staff kita yang lain, yang memang bertudung." Ucap Mahmud Al-Farizi beri idea pada Razi.
"Okay, esok kita jumpa Jamil lagi. Staff yang mana awak nak tawarkan untuk di jadikan modeling tu?"
"Siapa-siapa jer yang penting bukan Aulia Azzahra."
"Okay, kalau itu yang you nak." Kata Razi sambil melihat sahabatnya itu yang tengah berfikir.
Razi hairan, apa yang Mahmud Al-Farizi lihat pada Aulia Azzahra kenapa dia berkeras tentang hal ni. Razi tanya dia suka ke dengan Aulia Azzahra, tapi Mahmud Al-Farizi tak pernah mengaku dan tak juga menafikan. Dia cuma senyap dan cuba mengalihkan perhatian mereka.
"Hani, tolong listkan nama-nama modeling dan staff-staff Baiduri Holdings pada Jamil Hamdan nanti kecuali staff Butik Baiduri 3." Ucap Mahmud Al-Farizi pada Hani yang tengah sibuk dengan kerjanya.
"Baik Tuan, nanti saya akan hantar senarai nama pada Tuan Jamil Hamdan."
Mahmud Al-Farizi terangguk-angguk, dia memang puas hati dengan setiap pekerjaan Hani, cepat dan pantas. Tak banyak songeh sekiranya di beri tanggungjawab padanya.

YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...