Bab 25 Keresahan Zakaria

5 0 0
                                    

Wajah Zakaria kelihatan masam setelah mereka sampai di kereta, dia tak habis fikir dengan sikap Rina yang seenaknya sahaja. Zakaria tak dapat nak menjawab setiap pertanyaan Mahmud Al-Farizi tadi kerana Rina terlalu cepat menjawab tanpa memberi ruang untuk Zakaria membela diri.

"Kenapa dengan you ni Zack? Masam jer dari tadi?" Soal Rina menatap Zakaria yang sudah duduk bahagian pengemudi.

"Apa maksud you cakap i ni tunang you?" Soal Zakaria dengan geram.

"Salah ke I kata macam tu? Memangnya you akan jadi tunang I!!"

"I tak pernah bersetuju dengan cadangan daddy dan mommy you, untuk bertunang dengan you!!"

"Kenapa you tak nak dengan I? Apa kurangnya I? I boleh menjamin kehidupan dan bisnes you." Jawab Rina ringan. "I boleh sempurnakan kebutuhan yang you perlukan."

"Tapi you bukan pilihan hati I." Bantah Zakaria dengan tegas.

"I tak peduli, you mesti jadi pasangan I."

"Tapi I dah ada pilihan sendiri Reen, please mengerti." Ucap Zakaria dengan resah.

"You tolak I gara-gara perempuan tak sedar diri tu ke? Dia bukan level I..." Sahut Rina dengan nada angkuh.

"You jangan rendah-rendahkan Aulia Azzahra, dia wanita baik-baik memang tak selevel dengan you yang takde adab."

"You kata I takde adab? Kalau I takde adab, apa kurangnya you?" Ucap Rina dengan berang.

Zakaria buntu dengan kekerasan kepala Rina, yang nak menang sendiri. Macam mana dia nak jelaskan pada Aulia Azzahra nanti? Aulia Azzahra adalah satu-satunya wanita yang ia inginkan, dan dia ingin tunaikan segala janji-janji yang telah dia berikan pada Aulia Azzahra.

Setelah ia menghantar Rina kerumahnya, Zakaria balik ke apartmentnya dan cuba menghubungi Aulia Azzahra. Dia mesti meluluhkan hati Aulia Azzahra untuk memberikannya kesempatan perbaiki hubungan mereka. Zakaria tak tahu macam mana dia boleh terjebak dengan Rina. Pada hal awalnya Zakaria tak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan lebih serius pada Rina. Dia tak menyangka Rina mempunyai perasaan yang lebih padanya.

"Aulia, angkat call abang sayang." Ucap Zakaria dengan resah.

Tut Tut Tut!!
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi."

Zakaria melihat screen handphonenya, hanya operator sahaja yang bercakap.

"Aulia tak aktifkan handphonenya ke?" Tanyanya pada diri sendiri.

"Semua ni gara-gara Rina, kenapalah aku bodoh sangat ikut Rina tadi." Ucapnya sambil meremas kasar rambutnya. "Tak sangka tempat Rina tempah pakaian tempat Aulia kerja." Ucapnya resah.

*****

"Kamu kenapa Aulia?" Tanya Mahmud Al-Farizi, setelah melihat raut wajah Aulia Azzahra yang tak seceria tadi.

"Takde apa Tuan Mahmud, aku okay jer." Sahut Aulia Azzahra cuba menyembunyikan perasaannya yang remuk, hancur berkecai.

"Awak ada problem ke?" Soal Mahmud Al-Farizi sambil menaikkan sebelah keningnya.

Aulia Azzahra hanya menggeleng singkat dan mendiamkan diri sahaja, dia akan cuba kuat mengatasi keremukan hatinya. Dia tak mahu orang tahu akan kesedihan yang dia alami sekarang, lagipun Tuan Mahmud Al-Farizi dan Razi tak tahu tentang hubungannya dengan Zakaria.

"Kalau macam tu kami balik dulu." Sahut Mahmud Al-Farizi dan diikuti oleh Razi.

"Baik Tuan."

Setelah melihat Mahmud Al-Farizi dan Razi keluar dari butik, Aulia Azzahra duduk di sofa. Dan cuba menata hatinya. Dress yang Mahmud Al-Farizi ingin lihat tadi ditinggalkan tergeletak di atas meja. Aulia Azzahra mencapai dress tersebut dan menyangkutnya semula bahagian penyimpanan stok baju-baju.

"Aulia, kamu okay ke?" Tanya Sofia yang mendekatinya dan duduk bersebelahan dengan Aulia Azzahra.

"Insya Allah aku okay Sofia, lagipun kita belum tahu perkara sebenar." Jawabnya cuba tersenyum untuk kelihatan baik-baik sahaja.

"Aulia, kalau awak nak luah...luahkan dengan aku." Ucap Sofia menawarkan dirinya.

Aulia Azzahra hanya tersenyum hambar mendengar tawaran Sofia, biarlah dia diamkan saja dulu, dia harus mendengar penjelasan dari Zakaria sendiri terlebih dahulu, sejauh mana kebenaran yang Rina katakan tadi. Terus terang, hatinya memang sakit namun dia tidak nafikan masih ada perasaan cinta pada Zakaria. Begitu lama dia menjaga hubungannya dengan Zakaria, dan berusaha untuk setia pada Zakaria satu-satunya.

Aulia Azzahra melihat screen handphonenya, dari tadi Zakaria cuba menghubunginya tapi dia letak mode 'silent' pada deringan handphonenya. Buat masa ni, dia belum mahu bertemu dengan Zakaria dan bahaskan soal hubungan mereka yang mulai retak atau dah lama retak, Aulia Azzahra tak tahu. Aulia Azzahra meletakkan handphonenya diatas meja, dia tak peduli ada berapa pesanan ringkas dan call dari Zakaria.

"Apakah Zakaria sudah berubah atau masih seperti dahulu?"

"Adakah kerana Kemunculan Rina yang membuatkan Zakaria melengah-lengahkan hubungan mereka?"

Aulia belum ada jawapannya, dia perlukan jawapan dari mulut Zakaria sendiri.

"Sejauh mana hubungan Zakaria dan Rina?"

Aulia Azzahra menghembuskan nafasnya berat, sesak rasanya mencintai dan berharap pada orang yang belum tahu arah hubungan mereka. Dia ingin berteriak namun dia tak mahu Sofia tahu akan kesedihan yang dia hadapi sekarang.

"Aulia, kau tak nak jawab call Zakaria ke?" Aulia tersenyum tipis sambil menggeleng. "Aku belum mahu bertemu atau bercakap dengan dia buat masa ni, aku nak tenangkan fikiran dan hati aku." Ucap Aulia Azzahra lemah. "Sofia, aku nak keluar sekejap, bolehkan awak jaga kedai kejap?" Tanya Aulia Azzahra pada Sofia yang masih setia duduk disampingnya.

"Kau nak kemana Aulia?" Soal Sofia ingin tahu.

"Aku nak cari angin kejap, rasanya sesak..." Sahut Aulia Azzahra dengan sebak, dia cuba kawal emosinya.

"Yalah, kau tenangkan fikiran dulu...biar aku jaga kedai, semoga kau dapat ketenangan nanti."

"Terima kasih Sofia." Ucap Aulia Azzahra seadanya kemudian dia mencapai handphonenya yang terletak diatas meja. Dia keluar dari butik menuju ke taman yang berdekatan dengan Butik Baiduri.

Aulia Azzahra duduk di depan tasik sambil melihat orang yang lalu lalang dihadapannya. Tanpa Aulia Azzahra sedar, airmatanya jatuh berlinangan kepipinya. Begitu lama dia menjaga hubungannya dengan Zakaria, namun kesakitan yang dia dapat. Betapa sakitnya hati setelah kita serahkan kepercayaan pada seseorang. Aulia Azzahra mengusap airmatanya dengan tisu yang dia bawa. Aulia Azzahra tak tahu macam mana nak bebaskan perasaannya daripada mengingati Zakaria, hatinya betul-betul sakit.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now