Ting tung!!
"Assalamualaikum!" Terlihat sesosok tubuh Mahmud Al-Farizi memakai three piece gray Lazio tuxedo set di padankan dengan kasut kulit, berkaca mata hitam dan memasukkan sebelah kiri tangannya ke poket seluarnya melangkah penuh bergaya. Dengan ketinggian 185', kacukan melayu Arab bertambah ketampanan Mahmud Al-Farizi tika itu. Semua mata tertumpu pada Mahmud Al-Farizi, tercengang melihat penampilannya yang memukau baru sahaja menapak di Butik Baiduri 3 untuk melihat keadaan staffnya yang di khabarkan kurang sihat pada hari itu.
"Waalaikumussalam!!" Sahut semua mereka yang berada di Butik Baiduri setelah tersedar keberadaan Mahmud Al-Farizi.
Mahmud Al-Farizi dengan penuh tertib datang mendekati Aulia Azzahra yang terbaring di atas sofa kelihatan pucat lesi tak bermaya namun masih terserlah kejelitaannya.
Dengan penuh perhatian Mahmud Al-Farizi meletakkan belakang tangannya untuk merasa suhu badan Aulia Azzahra, semua mata yang melihat pemandangan itu tak dapat berkata apa-apa seolah-olah dipukau dengan perlakuan Mahmud Al-Farizi pada Aulia Azzahra.
"Bila lagi Aulia Azzahra sakit?"
"Baru tadi pagi Tuan Mahmud." Sahut Sofia seolah-olah menggantikan percakapan Aulia Azzahra.
Mahmud Al-Farizi duduk di tepi Aulia Azzahra berbaring, dengan hati-hati dia mengambil tuala lembab dan mengelap wajah Aulia Azzahra dengan lembut.
"Eh, tak payah Tuan Mahmud." Tegah Aulia Azzahra sedikit panik bangun dari perbaringan dan terus sahaja duduk. Apa lagi mata tertuju pada dirinya tika ini.
Mata Zakaria melotot melihat perlakuan Mahmud, apa yang telah terjadi di depan matanya? Dia merasa kalah dengan Mahmud Al-Farizi, selama 5 tahun dia ada hubungan special dengan Aulia Azzahra... dia sendiri tidak seberani itu untuk menyentuh Aulia Azzahra dengan sesuka hatinya.
"Awak nak buat apa dengan Aulia?" Tanya Zakaria hati-hati, takut kesabarannya tak dapat terkawal.
"I nak tahu keadaan staff I, tak boleh ke?" Mahmud Al-Farizi menatap Zakaria yang sangat jelas tidak berpuas hati padanya.
"Tapi Aulia Azzahra bukan muhrim awak?" Ucapnya tak berpuas hati.
"That's what I know." Mahmud Al-Farizi menaikkan sebelah keningnya melihat Zakaria yang berada di hadapannya. "Aulia, are you coming with me to the health clinic right now?" Perintah Mahmud Al-Farizi yang tidak mahu ada penolakan.
Aulia Azzahra bagaikan tersihir dengan setiap ucapan Mahmud Al-Farizi.
"Baik bos!" Ucap Aulia Azzahra dengan lemah dan gugup. Takut melihat keadaan tegang seperti ini.
"You tak perlu risau, I akan jaga Aulia Azzahra seperti nyawa I sendiri. Lagipun dia staff I, di bawah tanggungjawab I." Ucap Mahmud Al-Farizi sambil tersenyum sinis melihat Zakaria yang tak berdaya tika itu.
Zakaria hanya mengangguk perlahan. Dia tak dapat berbuat apa-apa kerana Mahmud Al-Farizi adalah atasan Aulia Azzahra, sedangkan dia hanya 'teman lelaki' Aulia Azzahra. Walaupun dia berkeras hendak membawa Aulia Azzahra ke klinik kesihatan, tapi dia kena meminta kebenaran dengan Mahmud Al-Farizi juga.
"Baiklah, aku serahkan Aulia Azzahra kepada awak untuk di periksa kesihatannya." Ucapnya dengan nada lemah.
"Razi, awak ganti sementara waktu Aulia Azzahra jaga butik ni. Kasihan Sofia sendirian berjaga kat butik ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/324586938-288-k860017.jpg)
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...