Bab 15 Pendirian Mahmud Al-Farizi

7 0 0
                                    

Butik Baiduri 3

"Aulia, kenapa bos kita tu tiba-tiba naik angin?"

"Entahlah Sofia, aku pun tak tahu. Tiba-tiba sinis jer dia bercakap dengan aku. Macam nak telan orang pun ada juga." Kecut perut Aulia Azzahra setelah melihat jelingan Mahmud Al-Farizi tadi, seumur-umur hidupnya first time ada orang buat dia macam tu.

"Jangan-jangan ada benda yang kau lakukan tanpa kau sedari, dia marah?"

"Mungkin juga, takut aku dibuatnya." Keningnya bertaut, berfikir kesalahan apa yang telah dia lakukan hingga bos mereka murka?

"Kau terima ke tawaran Encik Jamil tu? Peluang besar tu, bila lagi ada tawaran emas macam tu. Peluang untuk terkenal sebagai modeling 2 syarikat besar." Kata Sofia dengan takjub.

"Tak naklah aku Sofia, aku tak biasa jadi tontonan orang ramai."

Lagipun Aulia Azzahra sedar, pasti CEO Baiduri Holdings Mahmud Al-Farizi tidak menginginkan dia untuk menjadi modeling, awal-awal bos mereka kata tadi takut Butik Baiduri 3 akan terabai sekiranya dia menerima tawaran tersebut. Sekiranya Encik Jamil berpuas hati dengan pekerjaan Aulia, secara tidak langsung dia akan menjadi modeling tetap syarikat accessories Encik Jamil iaitu Syarikat Mutiara Holdings.

"Up to you Aulia, lagipun itu semua terpulang dari kau...kau yang akan bekerja." Ucap Sofia dengan selamba.

"Hurmmm!!" Aulia Azzahra menghembuskan nafasnya dengan kasar. Tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk menjadi modeling, apa lagi untuk menjadi terkenal. Cukuplah setakat menjadi staff Baiduri Holdings, itupun dia seperti tak cukup tangan nak handle semuanya.

Kening Sofia berkerut melihat Aulia Azzahra tak seperti biasa.

"Kau kenapa Aulia? Ada problem ke? Sharelah dengan aku, itu pun kalau you nak share." Ucap Sofia kedengaran hingga ke gegendang telinga Aulia Azzahra.

"Tak tahulah Sofia, pening kepala aku fikir jahitan aku ni." Sahutnya sambil menyandarkan badannya di sofa dan memejamkan matanya.

"Insya Allah, yakin dengan diri sendiri. Kalau CEO kita dah yakin dengan kau, apa lagi yang kau risaukan?"

"Takut tidak menepati standard jahitan Baiduri Holdings Sofia, kau tahu tak? Sekiranya jahitan aku tidak menepati cita rasa Encik Mahmud, Encik Razi kata aku akan di hadapkan dengan Encik Mahmud. Tulah kenapa Encik Mahmud kata jahitan aku nanti adalah penentuan masa depan aku kerja kat sini. Risau aku Sofia." Jelas Aulia Azzahra dengan panjang lebar, hatinya merasa sedih. Patutkah dia berjumpa dengan Tuan Mahmud Al-Farizi? Kalau dia bertemu dengan Tuan Mahmud Al-Farizi, macam mana dia nak mulakan? Apa harus dia cakap?

"Apa yang kau takutkan Aulia, kau dah siapkan separuh jalan sepasang dress tu, setelah siap kau hantar pada Tuan Mahmud, bagi tengok hasil jahitan kau. Aku tengok jahitanmu cukup-cukup kemas." Terang Sofia meyakinkan sahabatnya itu.

"Terima kasih Sofia, susah payah kau tenangkan hati aku. Insya Allah, malam ni aku siapkan sepasang. Tak kisah aku bergadang ni malam." Jelas Aulia Azzahra dengan senyuman tipis. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri.

****************************

Mahmud Al-Farizi pulang ke kondominiumnya yang berada di Pavilion Suites, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Dia berbaring di atas katilnya yang bersaiz king melihat lelangit biliknya sambil berfikir.

Betul ke dia telah menyekat peluang Aulia Azzahra?

Dia tak pernah terfikir untuk menyekat menutup periuk nasi staffnya, itu rezeki masing-masing... tapi dia ada sebab kenapa bertegas dengan diri Aulia Azzahra. Dia tak mahu sejarah mungkin berulang kembali. Cukuplah Liana gadis kampung yang lemah lembut dahulunya sekarang telah bertukar karakter.

Haruskah aku beri peringatan pada Aulia Azzahra?

Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga kebaikan staff aku.

Aku tak pernah cemburu pada Jamil, kenapa Razi kata aku cemburu?

Pleaselah, itu bukan aku!!

Mahmud Al-Farizi tersenyum sinis, tak menyangka Aulia Azzahra telah mengganggu gugat pendiriannya.

Mahmud Al-Farizi menyangkal setiap perkataan yang Razi ucapkan padanya.

Kring kring kring!!

Mahmud Al-Farizi terkejut dari lamunan panjangnya. Dia melihat screen handphonenya. Dahinya berkerut melihat whatsapp Razi baharu saja masuk.

Mahmud Al-Farizi menyapu ke atas screen handphonenya dan membaca mesej yang cuba Razi sampaikan.

From: Razi

Mud, jom lepak. Aku dan Jamil tunggu tempat biasa.

Reply to Razi

Okay.

Mahmud Al-Farizi terus sahaja bersiap untuk pergi menemui Razi dan Jamil, pasti ada something yang mereka hendak sampaikan. Tapi kalau mereka nak pujuk untuk mengambil Aulia Azzahra sebagai modeling berhijab, sorry...dia akan tolak mentah-mentah.

Apa lagi Aulia Azzahra masih berada dalam kontrak Baiduri Holdings yang bersisa 5 tahun lagi, jadi dia ada kuasa untuk mengontrol pergerakan Aulia Azzahra. Mahmud Al-Farizi menyunggingkan bibirnya, dia ada kuasa untuk itu.

Setelah sampai di sebuah Kafe tempat mereka selalu lepak, Mahmud Al-Farizi terus sahaja menuju bahagian bilik VIP, yang telah di booking oleh Razi.

"Ada apa nak jumpa aku?" Madmud Al-Farizi bertanya direct to point.

"Kenapa dengan kau ni Mud? Saja nak lepak-lepak rehatkan otak yang kusut." Sahut Razi dengan selamba.

Mahmud Al-Farizi melihat Jamil yang duduk di sebelah Razi tengah menghisap rokoknya dengan tenang. Paling Mahmud Al-Farizi tak suka hidu bau rokok, kepalanya terus sahaja pening.

"Please Jamil, padam dulu rokok you kalau nak i join dengan korang!"

"Okay bro, jangan marah-marah...aku buang rokok aku sekarang." Sahut Jamil seadanya.

Mahmud Al-Farizi duduk berhadapan dengan 2 orang sahabatnya itu.

"Betul ke kau tak nak Aulia Azzahra sebagai modeling berhijab yang kita cari?" Tanya Jamil inginkan kepastian.

"Aku dah buat keputusan, jadi please jangan desak aku." Sahut Mahmud Al-Farizi mula terbakar emosi. Dia cuba bertenang menghadapi karenah Jamil yang tak berputus asa untuk memujuknya.

"Okay, nanti aku pilih yang ada kat senarai tu, senarai tu dah Hani beri pada aku tadi petang." Ucap Jamil dengan tenang.

"Mud, kata Aulia dia akan cuba siapkan sepasang dress ni malam untuk kau cek esok hasilnya. Dia risau akan kekemasan jahitannya." Jelas Razi tiba-tiba sambil meminum secangkir kopi panas.

"Okay, kalau dia dapat siapkan ni malam, esok kau yang pergi ambil jahitannya tu, aku tunggu kau kat pejabat aku." Sahut Mahmud Al-Farizi sambil menyandarkan badannya.

"Kau ada problem ke mud?" Soal Jamil setelah melihat perangai Mahmud Al-Farizi seperti takde mood pada malam itu.

"Aku okay jer Mil, cuma aku rasa penat sangat hari ni." Kata Mahmud Al-Farizi dengan senyuman yang tipis. Dia tak mahu Razi dan Jamil fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Biarlah dia diamkan sahaja. Lagipun kalau dia cerita apa yang ada di fikirannya, takut mereka mengesyaki dirinya yang tidak-tidak.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now