"Maaf Aulia, abang tak boleh dalam masa terdekat ni!!" Zakaria macam cacing kepanasan di depan Aulia.
"Sampai bila Aulia kena menunggu abang? Mama dah banyak kali bertanya, bila abang akan datang merisik Aulia?" Aulia inginkan penjelasan dari Zakaria.
Bukan sekali dua Puan Aminah bertanya, Aulia tak tahu alasan apa lagi yang akan Aulia berikan pada mamanya nanti. Aulia takut dia akan dikahwinkan dengan pilihan kedua orang tuanya. Aulia tak nak cinta yang di jaga dengan rapi hancur berkecai. Aulia cukup ikhlas dan setia pada Zakaria, walaupun pada hakikatnya ada dua tiga orang yang cuba menambat hatinya. Cukuplah dengan Zakaria dia teruskan, dia tak mahu bermula dari awal lagi dengan mana-mana lelaki.
"Boleh tak kalau Aulia bagi abang sedikit masa?" Suaranya sedikit melunak.
"Berapa banyak masa lagi Aulia nak bagi abang? Dah 5 tahun kita berkawan, berapa tahun lagi Aulia kena menunggu?"
"Abang nak berjaya dulu Aulia, abang ada buka perusahaan di Kuala Lumpur. Jadi, harap Aulia boleh pertimbangkan."
Aulia duduk di bangku berhadapan dengan kolam di sebuah taman. Zakaria memicit-micit kepalanya mundar-mandir seperti seterika di hadapan Aulia.
"Dari dulu Aulia dengar cakap abang itu je, kita mulakan dari bawah abang!!" Sahut Aulia terjerit kecil.
"Sekarang ni semua perlukan duit Aulia, abang nak persembahkan pada Aulia rumah yang besar, kereta besar agar kita hidup bahagia!" Sahut Zakaria sambil duduk di tepi Aulia.
"Aulia tak perlukan semua itu abang, yang penting kita nikah dulu. Aulia takut mama terima lamaran orang lain!" Wajah Aulia Azzahra kelihatan cemas setelah mengatakan perkara itu.
"Please Aulia, sayang tunggu abang hingga hujung tahun ni. Insya Allah, abang akan usahakan untuk datang risik Aulia!" Dahinya berkerut.
Aulia bertopang dagu memandang kolam yang ada di hadapannya. Kadang hatinya sakit dengan setiap alasan yang Zakaria beri, setiap kali mereka berjumpa pasti hampir alasan yang sama Zakaria utarakan. Zakaria tak sayang ke hubungan mereka selama ini? Dulu Zakaria kerap mengatakan sayang dan rindu pada Aulia. Tapi kini, Zakaria seolah-olah ingin menghindar. Sibuk sangat ke urus bisnes yang katanya kat Kuala Lumpur tu?
"Aulia, kamu percaya abangkan?" Zakaria menyentuh lembut bahu Aulia.
"Aulia mendongak seketika melihat Zakaria yang ada di hadapannya. Aulia mengangguk perlahan.
"Jika Aulia tak percaya dengan abang, dah lama Aulia tinggalkan abang." Jelas Aulia pada Zakaria.
"Bagi abang masa, abang akan buktikan pada Aulia ya!" Ucapnya dengan senyuman.
"Hurmmm!!" Aulia menghirup udara banyak-banyak dan menghembusnya dengan perlahan.
"Aulia pegang janji abang ni, abang takkan hampakan Aulia." Sahut Zakaria dengan yakin.
"Aulia janji dengan abang, Aulia takkan curang dengan abang." Ucap Zakaria lagi mengejutkan Aulia.
"Kenapa abang boleh fikir macam tu? Kenapa abang boleh kata Aulia akan curang dengan abang?" Sahut Aulia dengan nada sebak, tak menyangka dengan ucapan Zakaria tadi.
"Abang tahu ramai lelaki yang nakkan Aulia!" Sahut Zakaria, ada kedengaran rasa tak yakin pada diri sendiri.
"Aulia tu cantik, terpelajar pula!" Katanya lagi sambil duduk di sebelah Aulia Azzahra.
Tut tut tut
Tut tut tut"Abang, ada call tu!" Ucap Aulia setelah melihat handphone Zakaria berkelip-kelip.
Zakaria dengan spontan mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Ya, kejap lagi saya sampai!!" Sahut Zakaria setelah itu dia menutup panggilan telefon tersebut.
"Siapa call abang?" Tanya Aulia ingin tahu.
"Partner bisnes abang yang kat KL tu!" Ucap Zakaria seadanya.
___________________________________
Aulia Azzahra terbaring lesu di atas katilnya, badannya terasa penat sepulangnya dari bertemu dengan Zakaria. Terasa beban bila mengenangkan hubungannya dengan Zakaria yang tak berkesudahan. Apa yang dapat dia lakukan sebagai seorang wanita? Terlalu turun sudah egonya sebagai seorang wanita muslimah, mengharapkan hubungan yang terbina ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Mama dan papa Aulia Azzahra tak pernah menekan Zakaria untuk memberi hantaran yang glamour. Cukuplah sekadarnya saja, yang penting hubungan antara Aulia dan Zakaria di rasmikan secepatnya. Aulia tak habis fikir dengan setiap alasan yang Zakaria cipta. Tidak semua wanita inginkan material sahaja. Aulia duduk dari pembaringannya, dia tidak boleh terpuruk hanya sekadar hubungan yang belum ada kepastian lagi. Esok dia harus berusaha untuk kelihatan baik-baik sahaja.
Allaahu Akbar, Allaahu Akbar (2x)
Asyhadu allaa illaaha illallaah. (2x)
Asyhadu anna Muhammadar rasuulullah. (2x)
Hayya 'alashshalaah (2x)
Hayya 'alalfalaah. (2x)
Allaahu Akbar, Allaahu Akbar (1x)
Laa ilaaha illallaah (1x)Azan isyak berkumandang, Aulia lekas-lekas berdiri menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak. Dia tak suka melengah-lengahkan masa. Lepas ni Aulia nak melakar design terbaru untuk Butik Baiduri, malas banyak fikir. Buat sakit kepala saja. Fikirnya.
Setelah selasai menunaikan solat isyak, Aulia Azzahra melihat handphonenya berkelip-kelip tanda ada pesanan ringkas whatsapp masuk. Aulia meletakkan mood silent handphonenya.
Aulia menyentuh dan meleret kebawah screen handphonenya. Dahinya berkerut membaca pesanan ringkas yang baru saja masuk.
"Aulia, esok sediakan lakaran terbaru untuk design pakaian pesta. Encik Mahmud nak datang ke Butik Baiduri esok, nak ambil fail itu sendiri dari awak."
From:Razi.
Apa mimpi Tuan Mahmud nak datang sendiri ke butik? Tak pernah-pernahnya dia nak berhadapan dengan staffnya. Banyak persoalan-persoalan yang timbul di benaknya.
"Baik encik."
From:Aulia.
Aulia segera duduk di mejanya, dia terus mengambil kertas dan pensil untuk melakar design terbaru yang di maksudkan. Mudah-mudahan esok bosnya berpuas hati dengan ciptaannya nanti.
"Razi, kau dah beri pesan dengan Aulia ke?" Tanya Mahmud setelah mengarahkan Razi.
Razi mengangguk perlahan.
"Dah!!" Sahutnya sepatah.
Mahmud Al-Farizi duduk menyandar di kerusinya. Mereka memang suka duduk melepak sambil berbual kosong. Hanya Razi sahaja teman rapat Mahmud, dan senang dia arah-arahkan.
"Betul ke kau nak cek sendiri lakaran tu nanti kat Butik Baiduri 3?" Tanya Razi seakan tak percaya.
"Yup, aku nak pergi tapi kau kena ada dengan aku!" Sahut Mahmud lagi.
Razi menggeleng perlahan. Tak habis fikir.
"Kau ni, esokkan aku kena cek Butik Baiduri 1 dan Butik Baiduri 2, macam mana aku nak temankan kau?" Sahut Razi lagi mengingatkan sahabatnya itu.
"Please la Raz, siapa lagi aku nak harap kalau bukan kau?" Sahutnya sambil tersengih.
"So, bila aku kena cek Butik Baiduri 1 dan Butik Baiduri 2?" Tanya Razi lagi. Setiap minggu dia memang kena mengecek semua butik-butik dan sudah ada jadual yang bertulis.
"Di sini siapa sebenarnya yang bos hurmmm?" Keningnya terangkat sebelah melihat Razi yang merungut dengan tindakannya.
"Memanglah kau, tapi siapa yang nak jawab dengan Datin dan Datuk nanti?"
"Itu biar aku yang urus soal ibu dan abah aku!" Sahutnya yakin.
Razi cuma mengangkat bahunya seketika.
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...