Bab 10 Terserempak Arliana

3 0 0
                                    

"Don't touch me Liana, nama you dah lama pupus kat hati i!!" Bentak Mahmud Al-Farizi dengan perasaan jijik dan kemarahan yang meluap-luap. Jantungnya berpacu dengan laju, dia tak kisah Arliana tu perempuan. Cukup hatinya dah sakit di perlakukan sewenang-wenangnya oleh Arliana, berapa tahun dia cuba mengubati hatinya yang lara, setelah dia dah dapat move on dengan kisah lalu ... Arliana muncul kembali dengan tak tahu malu mengharapkan cintanya semula. Sorry, ia dah lama berakhir.

"You kejam Mahmud, sampai hati you layan I macam ni?" Ucapnya seakan terluka. Arliana tidak mengalah dengan layanan buruk yang dia dapat dari Mahmud, dia tak kisah... yang penting baginya, dia harus kembali menakluki perhatian dan cinta Mahmud Al-Farizi seperti dahulu. Dia akui, selama ni dia selfish dengan Mahmud... Tapi dia lakukan semua itu untuk mencapai cita-cita yang dia impikan ... Ingin menjadi modeling taraf dunia, sekarang dia dah capai ... Hatinya sudah merasa puas.

"Siapa yang kejam di sini?" Ucap Mahmud Al-Farizi dengan sinis.

"Can we talk nicely?" Ucapnya penuh penekanan.

"No Arliana, I don't have time for it all!" Sahutnya bernada angkuh.

"You tak nak ke kita mulakan dari awal lagi?" Pujuk Arliana dengan suara manjanya yang mendayu-dayu.

Mahmud tersenyum sinis, dia tak menyangka Arliana makin hari makin tak ada perasaan malu. Perasaan malunya dahulu dah tebal dengan sifatnya sekarang. Tidak ada perubahan yang Mahmud lihat dari sosok Arliana, perangainya yang ingin menang sendiri betul-betul sudah menguasainya.

"Cukup sekali Arliana, bagi aku you dah lama mati. Please jangan jumpa aku lagi!" Setelah mengatakan itu, Mahmud beredar dan menapak dengan penuh gaya dan angkuh.

"Ingat Mahmud, selagi you tak balik dengan I, I takkan putus asa!!" Teriak Arliana melihat Mahmud yang tidak memperdulikan keberadaannya.

"Cubalah kalau you berani Arliana!" Batinnya berbisik.

Sedang Mahmud berjalan tak tentu hala, dia terlihat kelibat 2 orang staff Butik Baiduri berada di Butik sellection sedang memilih-milih handbag. Hatinya tergerak untuk mendekati mereka berdua. Tak salahkan dia bertegur sapa dengan staffnya sendiri?

"Korang berdua buat apa di sini?" Tegur Mahmud Al-Farizi kedengaran datar dengan wajah serius.

"Eh, Tuan Mahmud..." Sahut Aulia Azzahra ragu-ragu.

"Nak beli handbag ke?" Soalnya, keningnya terangkat sebelah melihat Aulia dan Sofia masing-masing memegang sling bag coach. Simple tapi lawa.

"Camtu lah Tuan, kitaorang nak survey-survey handbag." Ucapnya sepatah-sepatah.

Mahmud Al-Farizi tergelak melihat gelagat 2orang staffnya seperti belud yang tak tentu arah melihat keberadaannya.

"Tuan nak sponsor kami ke?" Sahut Sofia tiba-tiba dengan muka tak tahu malu. Aulia menepuk pelan dahinya, tak sangka Sofia mulutnya betul-betul tak berlesen. Berani-beraninya dia bercakap begitu dengan Tuan Mahmud? CEO Baiduri Holdings. Kat mana Aulia nak sorok wajahnya yang merah padam menahan malu kerana ulah Sofia.

"Kalau saya bayarkan handbag korang, apa yang saya dapat?" Ucapnya sambil tersenyum sinis.

"Errrr... kami akan kerja lebih giat lagi Tuan!" Sahut Sofia tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Emmm, boleh di pertimbangkan!" Sahutnya sambil mengeluarkan card kreditnya.

"Tuan nak belanja kami ke?" Ucap Sofia lagi, matanya dah terbelalak berkilau seperti mutiara.

"Eh... tak payah Tuan, kami boleh bayar sendiri handbag ni." Sahut Aulia Azzahra dengan segan.

"Takpe Aulia Azzahra, hari ni saya belanja awak, lain hari awak boleh belanja saya pula." Ucap Mahmud Al-Farizi penuh makna. Dia tersenyum samar melihat Aulia yang sudah salah tingkah di hadapannya.

Aulia terdiam membisu, tidak menyangka CEO Mahmud Al-Farizi seorang yang murah hati dan ramah. Melalui khabar yang dia dengar, CEO Baiduri Holdings seorang yang tegas dan sukar untuk bertegur sapa. Tapi ini dah bertolak belakang dari apa yang dia dengar.

"Siapa perempuan yang Mahmud bayarkan handbag tu?" Bisik hati Arliana. Dahinya berkerut. "Mahmud dah ada pengganti ke? Hatinya dah beralih arah ke? Aku mesti pastikan Mahmud Al-Farizi menjadi milik aku seorang." Fikirnya sambil tersenyum sinis.

Setelah melihat Mahmud Al-Farizi berlalu, dengan pantas Arliana mendekati Aulia Azzahra dengan Sofia.

"Excuse me, you ni siapanya Mahmud Al-Farizi ya?" Soal Arliana dengan nada angkuh kepada Aulia dan Sofia.

"Ya cik, kenapa ya?" Soal Aulia semula, hairan tiba-tiba miss world modeling Arliana Johan menyapa mereka.

"Korang berdua ni apa kaitan dengan Mahmud?" Ucapnya terus terang dan tak berselindung. Riak wajahnya kelihatan angkuh dan bersahaja.

"Oh, kami ni staff Butik Baiduri. Pekerja Tuan Mahmud Al-Farizi." Jelas Aulia Azzahra segan silu.

"Oh, budak kampungan rupanya." Ucapnya dengan nada sinis. Kemudian berlalu pergi begitu sahaja di hadapan Aulia dan Sofia.

"Kurang hajar punya betina langsung tak ada sopan, dah dia yang sound kita duluan, sempat di makinya lagi kita." Tempik Sofia tak berpuas hati.

"Biar Sofia, ada masa kita balas balik!" Ucap Aulia Azzahra dengan senyum samar.

"Menyampah aku Aulia, angkuh juga ya Arliana tu, ingatkan baik." Ucap Sofia kedengaran sinis.

"Mari kita balik, tak payah di uruslah soal tu, tak penting pun kita nak layan, buang masa saja." Aulia Azzahra menarik tangan Sofia untuk pulang.

_____________________________

"Tak sangka ya Tuan Mahmud nak bayarkan handbag kita Aulia." Ucap Sofia dengan girang.

"Ha'ah ....." Jawabnya sepatah.

"Selamat duit aku RM1300 hari ini, boleh buat beli benda lain pula!" Ucapnya sambil tersenyum-senyum ceria.

Aulia melirik Sofia yang tak henti-henti bercakap dari tadi macam burung pipit yang baru lepas dari sangkarnya. Aulia menggeleng singkat, hairan melihat perangai Sofia.

"Kau tak penat ke berkicau dari tadi Sofia?" Tegur Aulia, telinganya terasa bingit mendengar suara Sofia.

"Ala Aulia, kau ni kan... takkan aku nak senyap jer, penatlah kalau tak bercakap." Rungut Sofia kedengaran.

Dahi Aulia berkerut. Ada ke orang senyap penat? Hairan betul dengan kawannya seorang ni. Betul-betul seorang yang penghibur. Fikirnya.

"Ada-ada saja kau ni Sofia, aku yang penat tengok kau bercakap tak henti-henti dari tadi." Tegurnya sambil tergelak kecil melihat karenah wajah Sofia yang masam mencuka.

"Yalah, aku senyap." Rajuknya.

"Janganlah pula merajuk, aku gurau-gurau jer laa...!" Gelak Aulia kedengaran.

"Tau pun takut!" Sahut Sofia dengan ceria.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now